Penulis Di hadapan Rumah Ruslina |
Bapa kepada Ruslina, Ruslin bin Long sebenarnya pernah bercadang untuk menjual rumah tersebut setelah siap dibina selama sebulan. Namun Ruslina Ruslin, tahu bapa beliau sekadar ingin menguji beliau sejauh mana sayangnya terhadap rumah tersebut. Pernah ada seorang wanita turun dari kereta dan menadah tangan seperti berdoa. Wanita itu kemudian memberitahu Ruslin Long, ia bersyukur kerana disebalik rumah-rumah batu di bandar ini masih ada rumah kampung.
Sebahagian Daripada Pelajar Yang Terlibat Dengan Kerja-Kerja Mengukur |
Tangga bahagian hadapan rumah pula dibina secara terbuka sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu. Serambi dihias dengan sisir udara dan jeriji terbuka bagi memudahkan pengaliran udara. Dua buah bangku kayu panjang disediakan di beranda untuk berehat. Dinding rumah tersebut pula dibina dari kelari buluh.
Rumah Melayu tradisi begini adalah sesuai untuk diperlihatkan kepada jenerasi muda sekarang sebagai bahan rujukan untuk mengenal budaya bangsa.
2 comments:
cantik binaan rumah ni,boleh dijadikan tarikan pelancung.
Thanks..Tuan rumah bznessman Alor Setar.Rumah ini memang untuk pelawat dan sesiapa sahaja buat kajian.Ada dapur kayu, perigi alat2 lama orang kampong. As homestay tuan rumah.
Post a Comment