uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday, 29 November 2011

Rokok Campakkan Diri Dalam Kebinasaan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Beberapa penyakit kronik yang dikaitkan dengan perokok telah lama diperkatakan lebih tiga puluh tahun lalu lagi. Namun kesedaran perokok tidak ada biarpun beberapa langkah yang telah diambil oleh pihak tertentu untuk mengurangkan gejala tersebut. 

Contohnya dengan memberi amaran bahaya di kotak rokok, menaikkan harga rokok, kempen kesedaran terhadap gejala merokok dikaitkan dengan penyakit kronik dan pakar nasihat dari Kementrian Kesihatan untuk menghilangkan ketagihan merokok seterusnya berhenti merokok.
Beberapa pendapat juga ada menyatakan merokok adalah makruh dan ada juga yang menyatakan haram.
Mengikut kajian, merokok boleh menjejaskan kesihatan malahan boleh membawa maut kepada perokok sendiri malahan kepada orang yang berada disekililingnya kerana terhidu pencemaran yang disebabkan oleh asap rokok.

Cuba kita teliti satu persatu ayat-ayat al-Quran yang boleh dikaitkan dengan tabiat merokok ini:

Merokok membahayakan kesihatan. Dan Allah berfirman dalam al-Quran:

 .وأنفقوا في سبيل الله ولا تلقوا بأيديكم إلى التهلكة وأحسنوا إن الله يحب المحسنين
"Dan belanjalah pada jalan Allah, dan janganlah anda mencampakkan diri ke jalan kebinasaan, dan berbuat baiklah sesungguhnya Allah sangat suka mereka yang melakukan kebaikkan." (2:195)

Dari ayat di atas sudah ternyata bahawa perokok sengaja mencampakkan dirinya dalam kebinasaaan apabila sudah mengetahui bahawa merokok itu mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan.

Dan Allah berfirman lagi dalam al-Quran:
 يا أيها الذين آمنوا لا تأكلوا
 أموالكم بينكم بالباطل إلا أن تكون تجارة عن تراض
 .منكم ولا تقتلوا أنفسكم إن الله كان بكم رحيما                                                           
"Wahai orang-orang yang beriman, jangan anda makan harta sesetengah kamu dengan jalan tidak betul (kebatilan), melainkan ada persetujuan diantara kamu, dan jangan ada membunuh diri anda, sesungguhnya Allah Maha Penyayang." (4:29)

Merokok membazirkan wang dan Allah berfirman:
 .وآت ذا القربى حقه والمسكين وابن السبيل ولا تبذر تبذيرا
.إن المبذرين كانوا إخوان الشياطين وكان الشيطان لربه كفورا
"Dan berilah jiran-jiran kamu haknya, dan orang miskin, dan orang yang berjuang di jalan Allah dan janganlah anda melakukan pembaziran. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu bagi Tuhanmu golongan kafir." (17:26-27)

Merokok menyebabkan pencemaran alam sekitar dan ia merupakan tabiat buruk. Para perokok menyebarkan bau yang tidak enak dan asap rokok mereka merangsang pula mereka yang tidak merokok. Semua ini sudah cukup bagi menggolongkan tabiat itu sebagai satu kejahatan.

Allah berfirman dalam al-Quran:
.يأمرهم بالمعروف وينهاهم عن المنكر ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث.  
Mereka menyuruh dengan kebaikkan dan menegah dari kemungkaran, dan Allah menghalalkan bagimu benda-benda yang baik dan mengharamkan ke atasmu benda-benda yang jijik-jijik dan kotor." (7:157)

Jelaslah ayat-ayat di atas terhadap larangan merokok kerana merokok boleh menjejaskan kesihatan diri sendiri dan orang lain, melakukan pencemaran udara dan alam sekitar apabila merokok di tempat awam dan membuang puntong rokok merata-rata. Oleh kerana merokok tidak mendatangkan faedah maka perbuatan membeli rokok itu merupakan suatu pembaziran. Lebih baik duit yang dibelanjakan untuk membeli rokok tersebut disumbangkan kepada orang yang berhak demi Agama, Bangsa dan Negara.

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...