Pandai, bijak dan cerdik sahaja bukanlah jadi ukuran jaminan untuk seseorang berjaya sepenuhnya dalam kehidupan yang serba mencabar hari ini apatah lagi dimasa-masa akan datang. Terdapat aspek tambahan yang perlu demi menjawab persoalan tadi iaitu aspek kecerdasan emosi. Kita lihat dan dengar sendiri orang yang bijak tapi akhirnya pada satu peringkat keadaan, tidak dapat menyesuaikan diri dan mengawal emosi, akhirnya menuju kegagalan dan kehancuran.
Kecerdasan emosi (EQ) adalah merujuk kepada keupayaan sesaorang untuk membaca dan meluahkan perasaan dengan tepat, keupayaan untuk mencapai dan menggunakan perasaan untuk membantu pemikiran, keupayaan memahami emosi dan memiliki ilmu emosi dan keupayaan untuk mengawal emosi untuk menggalakkan perkembangan emosi dan intelektual. Kecerdasan emosi atau terkadang juga dipanggil celik emosi adalah berasal dari pekataan EQ iaitu Emotional Quotient. Perkataan ini telah dicipta oleh John Meyer dan Peter Salovey pada tahun 1990. Pada tahun 1995, Daniel Goleman telah memperkasakan lagi kajiannya dan menamakan perkataan tersebut kepada Emotional Intelligent.
Jika sesaorang iu cerdik, pandai ditambah pula dengan kecerdasan emosi yang tinggi, sudah pasti seseorang itu lebih mampu menguasai keadaan dan merebut peluang yang ada tanpa menimbulkan banyak masalah kepada dirinya sendiri bahkan kepada orang lain juga. Kecerdasan emosi itu adalah melibatkan sesaorang untuk memahami, merasai dan meningkatkan kuasa pemikiran untuk memantau perasaannya sendiri dan seterusnya membimbing cara pemikiran dan tindakannya kearah yang positif.
Cuba anda analisa kecerdasan emosi terhadap orang-orang yang berada di sekeliling kita. Ada yang cepat marah, lambat marah dan ada juga yang macam tidak marah dan kita sendiri rasa pelik dengan sesaorang itu sesaolah dia tidak ada perasaan. Ada sesetengah orang pula ada yang cepat baik semula, ada yang lambat baik dan ada juga langsung tidak boleh baik terus. Kita juga hairan....betapa sesaorang itu tergamak berbuat demikian.
Abu Hurairah ra pernah berkata "Yang dinamakan pendekar bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya, tetapi pendekar sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika sedang marah" (sahih muslim). Oleh itu jadikan lah ia sebagai kata azimat yang boleh mempengaruhi pemikiran, tindakan, motivasi dan meningkatkan produktiviti dalam apa jua bidang yang kita usahakan dalam kehidupan kita ini. Sebelum kita membuat sesuatu keputusan perlulah kita mengumpulkan seberapa banyak maklumat, membuat penilaian dan akhir sekali baharulah kita mendapatkan satu altenatif keputusan yang tepat. Sudah tentu keputusan tersebut adalah merupakan keputusan yang positif yang mendatangkan kebaikkan kepada diri kita sendiri dan kepada orang lain yang berada di sekeliling kita.
Sesaorang yang boleh mengawal emosinya dengan baik sudah tentu boleh mempengaruhi pemikirannya dan mencetuskan cara dan gaya komunikasinya. Bahkan orang-orang seperti ini berupaya menjangkakan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Sudah tentu ramalan tersebut adalah berkaitan dengan kejayaan yang cemerlang. Cuba kita perhatikan pula terhadap sesaorang yang cepat marah, tidak upaya mengawal keadaan dan mengeluarkan kata-kata yang kesat dan tidak manis didengar...Apakah kesimpulan anda ? Hari ini anda kemungkinan sudah dapat menilai bahawa orang-orang seperti ini adalah orang yang lemah kecerdasan emosinya. Apakah anda juga ingin berada dalam kelompok tersebut ? Tanyalah diri sendiri. Tepuk dada tanya selera. Orang yang lemah emosi sudah tentu bawa banyak kesan negatif dan menjuruskan diriya berada ke arah kehancuran.
Saya akan bincangkan dilain post pula tentang bagaimanakan cara-caranya kita menguruskan kecerdasan emosi kita. Lawati blogspot saya dilain hari untuk mengetahui selanjutnya. Buat sementara waktu, komen boleh dikemukakan di ruang komen. Kita boleh berbincang andainya ada apa-apa kemuskilan untuk diselesaikan. Berjumpa lagi.....
No comments:
Post a Comment