Saya puji Kerajaan kali ini kerana “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”. Biarpun sumbangannya sedikit tetapi berbaloi dan menepati terus kepada sasarannya sekiranya tidak membazir. Contohnya pemberian RM100 ringgit kepada anak yang bersekolah peringkat sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Bagi anak-anak yang belajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6 pula mendapat baucar buku sebanyak RM200.

Orang kata, senang dapat senang habis….Memang perlu dihabiskan tetapi untuk keperluan persekolahan anak. Semasa mesyuarat PIBG tidak ramai kaum bapa datang tapi bila ambil duit RM100….ramai pula. Seram juga rasanya…Ya lah takut-takut duit tersebut digunakan untuk berhibur seperti berjudi, tikam ekor dan melaram ke pusat-pusat hiburan. Sebagai ibu bapa kenalah perihatin dengan pendidikan anak-anak untuk menjamin kecemerlangan masa hadapannya. Hanya dengan ilmu dan takwa dapat merubah dari kegelapan hidup.
Cuba kalau difikirkan pula, pemberian bantuan kerajaan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah. Pemberian ini macam tidak adil kerana tidak merujuk kepada bilangan individu di dalam sesebuah rumah tersebut. Saya katakan tidak adil kerana bilangan penghuni sesebuah rumah tidak sama. Kemungkinan tinggal warga emas suami isteri sahaja. Ada pula sesetengah rumah mempunyai anak kecil yang semuanya belum bersekolah tetapi memerlukan perbelanjaan yang banyak. Saya mengharapkan kerajaan mengkaji balek pemberian bantuan ini biar betul-betul menepati sasarannya.
Kerajaan hendaklah dengar suara-suara rakyat dari peringkat akar umbi untuk menjamin kesinambungan pemerintahan. Apa pendapat anda? Suarakannya semuga suara-suara anda semua dapat disampaikan kepada pihak yang berwajib melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
No comments:
Post a Comment