uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday 6 March 2012

Kenangan di Serandu ......sabit, banting, tumbuk padi dan buat emping

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......
Anak paling bongsu bertengkolok di Muzium padi
Saya pernah menatap di Pekan Pahang selama 15 tahun. Seronok tinggal di sana kerana suasana kampungnya. Bila hujung minggu kami memancing di Sungai pahang, pergi ke jeti nelayan di kuala membeli ikan atau berkelah di tepi Pantai Air Leleh.....itu adalah kenangan setelah berkeluarga.

Semasa menjadi pelajar di sebuah Institusi di sana, hujung minggu kami ramai-ramai pergi ke Sungai Pahang mencari etok-etok sejenis siput di dalam sungai tersebut. Lepas itu kami bawa ke rumah kenalan dan masak etok-etok tersebut. Masak gulai lemak cili padi. Lepas itu pula kami bawa balek ke asrama dan makan ramai-ramai.

Sungai Pahang, ketika airnya surut, paras air hanyalah paras buku lali. Boleh menyeberangi sungai tersebut hanya berjalan kaki. 

Tapi awas! Dalam beberapa saat, bila air pasang, paras air tiba-tiba mendadak naik. Saya pernah hampir lemas.




Padi mula menguning ......
Paras air melepasi kepala jadi saya pun berenang. Di permukaan air kelihatan tenang dan tidak deras, rupanya bahagian bawah air bergulung-gulung. Kemungkinan disebabkan paras tanah dalam sungai tidak rata. Kedudukan timbunan pasir di dasar sungai sentiasa berubah-ubah.

Sekarang padi diketam menggunakan mesin padi
Saya dihanyutkan air ke bawah rimbunan buluh pinggir sungai. Sudahlah takut lemas, takut pula disambar buaya. Manalah tau ada buaya....Dengan berpaut pada batang buluh yang terjuntai ke dalam sungai, saya menyelamatkan diri. Kalau tidak...Mujur.... umur masih panjang.

Kenang yang paling seronok ialah bila berkunjung ke rumah kawan di Serandu....Rumah Aminah Isa...

Pagi-pagi selepas sarapan kami ke sawah padi. Kami pakai baju lama kawan tersebut, pakai tengkolok kain batik, bawa guni tepong dan sabit seorang satu.

Kami sabit tangkai padi kemudian membanting padi tersebut di tempat pembanting. Ingatkan membanting padi kena pukul kuat-kuat. Rupanya tidak..
Mesin padi. Padi yang di ketam akan dibawa dan diproses di kilang padi 

Padi tersebut di bantingkan perlahan-lahan asalkan padi tersebut terlerai dari tangkainya.

Setelah itu dimasukkan kedalam guni sedikit seorang untuk dibawa balek ke rumah. Proses seterusnya kami menumbuk padi tersebut didalam lesung kayu besar dan menumbuk bergilir-gilir ikut giliran. Sebab menggunakan lesung besar dan ada 3 alunya.

Setelah kulit padi atau sekam padi terlerai, giliran kawan yang lain pula menampi beras di dalam nyiru untuk mengasingkan padi dari sekam. Lepas itu baharu boleh masak nasi menggunakan beras tersebut.

Bila hendak memasak lauk, satu lagi cabaran yang kami hadapi iaitu tidak ada minyak. Orang kampong menggunakan kelapa untuk mendapatkan minyak. Terpaksalah pula mengait kelapa di pokok. Lupas itu kupas sabut kelapa, belah kelapa, kukur kelapa dan perah santan. Dari santan tersebut di tanak sehingga mengeluarkan minyak. Baharulah boleh menumis rencah untuk masak pucuk peria laut goreng. Ah! Sedapnya..Makan nasi lauk pucuk peria laut goreng, sambal belacan, ulam petai dan ikan kering goreng.

Lepas kenyang makan, kami mandi ditepi pantai sebabnya rumah kawan tersebut lebih kurang 200 meter sahaja dari tepi pantai. Sebelah petang pula kami membuat emping padi. Kami petik padi yang hampir masak. Lepas itu kami goreng dalam kuali tanpa minyak. Padi tersebut akan pecah macam bertih jagung. Bila sudah pecah kami masukkan dalam lesung dan tumbuk menjadi kepingan emping. Emping tersebut perlu ditampi untuk mengasingkan sekam padi tersebut.

Nak makan emping? Campurkan dengan kelapa kukur dan gula merah...sedap....


 http://Petuapaje.blogspot.com

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bertuahnya merasa kehidupan kampung.. akak tak pernah. anak2 lagila.. kampung nenek diorang pun kat bandar..camana?? mmmm

saedah said...

Angkat orang kampong...adik angkat,mak angkat, nenek angkat, kakak angkat...cuti2 boleh pergi balek kampong..

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...