uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday 27 March 2012

Perlawanan Persahabatan Tinjau Keupayaan Lawan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Bola jaring...
Pagi buat pemeriksaan kesihatan organ, petang latihan permainan,  mengadakan perlawanan persahabatan dengan MRSM Kepala Batas Kedah. 

Institusi kamikan.... tidak ada padang dan dewan. Jadi dengan mengadakan perlawanan persahabatan...safe budjet untuk sewa padang dan dewan.

Ingatkan tahun ini saya tidak mahu melibatkan diri dalam sukan kerana hendak menumpukan perhatian kepada program lain.





Pengurus bola jaring...mengatur permainan...
Oleh kerana kesiankan kawan-kawan saya bersedia juga untuk serta tapi hanya indoor-game sahaja itu pun saya hadkan kepada satu permainan sahaja. 

Dari mula bekerja hingga sekarang hampir 30 tahun aktif dalam sukan, saya ingin merehatkan diri dan memberi ruang kepada kakitangan muda pula aktif.

Permainan yang saya sertai sebelum ini ialah bola jaring, bola tampar, badminton, pimpong, dart, karom dan catur. 
Hebat....

Bila umur menginjak saya mula menarik diri dari permainan bola jaring dan bola tampar. Rasanya sendi jari-jari tangan ini sudah pun sakit sedari aktif sukan sejak di sekolah menengah lagi. 

Lepas itu saya melepaskan permainan pimpong dalam tempoh sudah 2 tahun. Kali ini saya hanya ingin menyertai permainan karom sahaja.

Dalam mesyuarat AJK sukan, mereka terhenti 5 minit terkedu memikirkan mengapa kali ini saya enggan menyertai sukan. 

Petanque lelaki.....










Mungkinkah saya merajuk! Tidak...saya bukan jenis merajuk...Zaman kanak-kanak bolehlah merajuk... Tidak ada apa yang hendak dirajukkan...

Saya sebenarnya kepenatan kesana kemari....macam tidak ada rehat. 




Petanque wanita...
Perkara yang melucukan...beberapa permainan padang terpaksa dibatalkan kerana tiba-tiba hujan ribut...Petir pula sabung menyabung...Takut! Takut kena sambar petir..Jadi permainan terpaksa dihentikan...

Lain kali kita lawan lagi ya!



http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...