uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Saturday 10 March 2012

Kulaan Banjar

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Saya ni kira-kira, jenarasi ke-3. Jenerasi pertama adalah datuk saya Hj Dahlan dan Tukacil (gelaran nenek saya), jenerasi ke-2, mak saya Hjh Masrumi. Saya tahu jenerasi yang ke-4 memang ramai sudah tidak pandai berbahasa Banjar. Anak-anak saya adalah tergolong dalam golongan tersebut. Di luar sana sudah pasti begitulah sinarionya.
Dengar cerita orang tua-tua dahulu, masa saya zaman kanak-kanak, semasa tinggal di kampong, mereka menceritakan bahawa Bahasa banjar itu pun macam-macam versinya. Ada Banjar Hamuntai, Banjar Keluak, Banjar Pekacangan, Banjar Alai dan entah apa lagi. Mereka kata dialek tersebut mengikut kampong. Ya ke tak, saya pun tak tahu. Tak pernah buat kajian dan tidak sempat hendak mengkaji.

Saya pun sebenarnya tidaklah pandai sangat. Jadi dengan adanya ruangan ini boleh menambahkan pula pengetahuan saya dan jenerasi akan datang untuk mengetahui perkataan-perkata dan komunikasi Bahasa Banjar.

Jadi, kalau ada sesiapa yang lebih pandai, bolehlah menambahkan perkataan-perkataan yang saya tidak tahu. Pihak anda juga boleh lah berkomunikasi dengan cara menyoal saya supaya saya boleh menjawapnya dalam Bahasa Banjar.

Dengan tidak membuang masa. Mari kita mulakan berkomunikasi menggunakan Bahasa Banjar. Kita mulakan           komunikasi yang biasa digunakan bila sesaorang bertemu. Bahasa Banjar saya ialah Banjar Keluak rasanya...he he he.

Soalan: Siapak Ngaran muk?
Jawapan: Ngaran kuk Saedah.

Siapak-siapa
Ngaran-nama
muk-kamu
kuk-aku

Soalan: Kauk handak kemanak?
Jawapan: Akuk handak ke sanak. ka kadai.

Kauk-engkau
Handak-hendak
Sanak-sana
Kadai-kedai

Soalan: Apanyak handak ditukar?
Jawapan: Akuk handak nukar ouyah.

Apanyak-apa benda
Ditukar-dibeli
Nukar-beli
Ouyah-garam

He he he...bagaimana? Belajar Bahasa Banjar macam belajar bahasa lain juga. Kena hafal. Ada pronaunnya...gaya mengucapkannya..Ini peribahasa Banjar:"Bahasak Arab, Bahasak Syurgak; Bahasak *** Bahasak Narakak; Bahasak Banjar juak yang lamah lambut".

Ok. Saya sambung di lain hari...Muga bertemu lagi di blog saya ini.
Wassalam.


http://petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...