Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one) Malaysia dan salam seluruh dunia.......
Tiga hari selepas kehilangan burung tekukur, saya sudah pun membeli saekor burung tekukur yang baru. Tiga hari saya bergenang air mata kesedihan sebelum itu, bimbang bukan apa, risaukan pemelihara burung itu memberikan makanan dan minuman yang kurang berkualiti.
Hari ini saya sudah tidak peduli lagi tentang burung yang hilang itu kerana saya sudah ada burung tekukur yang sangat jinak dan manja. Polis penyiasat pun sepatah tidak kata apa. Sekurang-kurangnya katakan lah sesuatu biarpun jawapannya mengecewakan.
Sebenarnya sebelum burung saya hilang, saya telah diterima keahlian menyertai Yahoo group: Burung Tekukur kesenian Dan Kebudayaan Melayu. Terima kasih saya ucapkan kepada moderator Yahoo group ini kerana menerima saya menjadi ahli. Diharapkan ahli-ahli kumpulan ini dapat memberi nasihat yang berguna berkaitan dengan pemeliharaan burung tekukur kepada saya.
Saya katakan burung tekukur yang baru ini jinak dan manja adalah kerana dia tidak mengelupur bila didekati dan ditangkap untuk dimasukkan kedalam jebak. Bila lalu dibawah sangkarnya dia akan menundukkan kepala untuk mengintai pergerakkan saya.
Memelihara burung merupakan terapi kepada diri saya bila mendengar suara burung berkukur....Salah satu cara juga bagaimana saya menceriakan waktu pagi dan petang dengan menjenguk burung sebelum pergi bekerja dan sebelum masuk ke dalam rumah setelah pulang bekerja.
http://Petuapaje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment