uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Saturday 17 March 2012

Pengantin Fazleen Berkontek Lens Hijau Tidak Dapat Menyelami Hatinya

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Beberapa minggu ini banyak betul jemputan kenduri perkahwinan kawan dan anak kawan. Kadang-kadang dalam satu hari sampai 3 buah rumah pergi kenduri. Melibatkan 2 buah negeri. Nasib baik Negeri Kedah dan Perlis tidak luas sangat. Jemputan yang jauh dari Negeri Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka tidak dapatlah hendak memenuhi undangan. Minta maaf ya....

Apa pun diucapkan tahniah menjadi Raja Sehari dan Selamat Pengantin baru....Moga berkekalan hingga keakhir hayat.

Petang tadi terlanjur menghantar anak ke asrama singgah kenduri pengantin kawan kerja Fazleen di Kelab Bandar Laguna Merbok. Bila sampai bersalaman dengan ibu dan adek pengantin. Bertegur sapa dengan kawan-kawan yang dikenali. Lepas itu ke ruang tengah bertemu pengantin. Wah! tergamam aku dibuatnya. Pakai kontek lens warna hijau berjalur-jalur....Canteknya Lin hari ini...Raja sehari katakan ...Hari-hari biasa pun dia memang cantek..Tapi hari ini lagi cantek...

Semasa makan pasang angan-angan nak ambil gambar pengantin. Dalam hati juga..tak nak lah bergambar dengan pengantin sebab aku ni memang fobia bergambar. Sebab tak fotogenik...dah la tak cantek..tak fotogenik lagi. Lagi la minta maaf nak bergambar. Fasal bergambar, selagi boleh mengelak, mengelaklah jawapnya.

Lepas makan bersalaman pulak dengan pengantin untuk ucap terima kasih. Bertentang mata lagi dengan mata hijau Lin. Ucap terima kasih...puji Lin...Cantek! Mata aku tak dapat menembusi matanya sampai ke hati untuk menyelami perasaannya...Tentulah hatinya gembira! 

Dah tergamam lupa nak ambil gambar...Ha...Ha...Ha...Dalam senarai ada lagi kenduri pengantin....

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...