Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Dr. Danial Zainal Abidin pada tarikh 14 November 2011 (Isnin) bertempat di Anjung Institut Kemahiran MARA Alor Setar pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi yang bertajuk Quran, sains dan sahsiah, menarik perhatian seluruh warga organisasi tersebut.
"Boleh dikatakan semua orang boleh membaca Al-Quran malahan terdapat segelintirnya hafiz Al-Quran. Pada hakikatnya Al-Quran adalah merupakan teks dan terdapat konteksnya."
"Ayat pertama yang diturunkan oleh Allah ialah Iqrak, bacalah dengan takwa. Jadi bagaimanakah untuk bertakwa seandainya bacaan Quran itu hanya menyebut perkataan-perkataanya tanpa memahami maksudnya."
Pengacara bertugas....
Oleh itu Dr. menyarankan setiap individu membaca tafsir Al-Quran untuk memahami, menyelidik dan seterusnya bertakwa kepadaNya. Hanya individu yang berilmu berlandaskan Al-Quran dapat keluar dari zaman kegelapan dan benar-benar mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Al-Quran adalah merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhamad S.A.W dan merupakan peta penyuluh laluan untuk mencapai matlamat hidup. Di dalamnya terkandung ilmu mencakupi pelbagai bidang dan tidak terkecuali dari bidang sains dan teknologi.
Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Danial yang penuh hikmah dan kebijaksanaan tersebut memungkinkan berlakunya tranformasi kepada semua warga IKMAS. Ini adalah kerana selepas ceramah tersebut, ramai yang berebut-rebut untuk bergambar dan meminta tandatangan Dr. Danial.
Minda Super (Dr Danial Zainal Abidin)
BAHAYA JAHALIAH: "Allah paling murka kepada mereka yang beragama Islam tetapi mengikut landasan jahiliah, dan juga kepada mereka yang ingin menumpahkan darah seseorang tanpa hak." (Riwayat Tabrani.
Diriwayatkan juga oleh Bukhari dengan sedikit tambahan) Islam menuntut umatnya agar mengenali jahiliah di zaman mereka supaya mereka tidak mudah terpedaya dengan pengaruhnya. Khalifah Omar al-Khatab ra mengingatkan umat Islam berhubung dengan perkara ini melalui ucapan beliau: 'Sesungguhnya ikatan Islam akan TERUNGKAI satu demi satu dari diri seseorang jika jika dia tidak mengenali jahiliah. Manifistasi jahiliah pada hari ini wujud di dalam setiap bidang kehidupan manusia. Faktor kritikal yang menyebabkan jahiliah ini terus hidup berkembang ialah meledaknya isme dan falsafah hidup sesat yang mendasari acuan dan pemikiran dan nilai hidup masyarakat pada hari ini. Salah satu ialah HEDONISMA (pentingkan keseronokan nafsu) yang mendalam umat hari ini.....petikan ringkas dari buku Minda Muslim Super.
Ahli Jawatan Kuasa Majlis...............
Presiden Persatuan Pelajar mengemukakan isue semasa...............
Penulis melayan tetamu jemputan dari Institut Kemahiran MARA Sik, Kedah.
No comments:
Post a Comment