uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Petuapaje.blogspot.com

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Jumaat, 24 Mei 2013

KEMPEN KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN KEARAH PERSIJILAN AMALAN 5’S

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......


 

Kriteria pemilihan bekas air:

            1. Mempunyai muncung – tidak perlu menggunakan penyedut air.
2. Penutup yang luas dan boleh dibuka – memudahkan pekerja cafeteria menuang air dan
                memasukkan ais.
            3. Bertangkai – memudahkan pelajar menjinjing.
4. Ukuran yang bersesuaian untuk memuatkan air yang dibeli di cafeteria.
5. Tidak mudah pecah atau bocor seperti penggunaan plastik.
6. Harga yang murah RM6.00
7. Menjana keuntungan kepada koperasi Bina Jaya Bhd.


Kesan penggunaan bekas air ini:
1. Tidak perlu menggunakan plastik dan penyedut air – kos dapat dikurangkan seterusnya harga air minuman yang lebih murah.
2. Kuantiti sampah dan tong sampah dapat dikurangkan.
3. Bekas minuman ini boleh diletakkan di luar studio, kuliah, makmal dan bengkel.
4. Meminimumkan kotoran lantai kesan dari air yang menitik.
5. Sumber tenaga kerja dapat dikurangkan.
6. Perhubungan yang lebih harmoni dapat dikekalkan.
7. Tempat pembelajaran lebih ceria, bersih dan selamat dapat dikekalkan.
8. Tempat pembelajaran yang lebih bersih menjamin kesihatan warga kerja.

  

Lihat Kegagalan Dan Kesilapan Dari Posisi Positif

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Semua orang tidak terkecuali melakukan kesilapan dan gagal melaksanakan sesuatu perkara tampa sedikit pun cacat-celanya. Bak kata pepatah melayu ibarat "Rumah siap tapi pahat berbunyi". Jadi kesilapan dan kegagalan adalah merupakan lumrah dalam melayari kehidupan.

Kita berusaha  sedaya upaya dan mengambilkira beberapa kemungkinan namun kadang-kadang masih terdapat cacat-celanya. Jika merancang, kita mengharap untuk mencapai 100%, kadang-kadang target kita tercapai, kadang-kadang namun masih tidak dapat mencapai 100% apa yang diharapkan. 
Jika kita merancang, sudah tentu pencapaiannya menghampiri 100% dan sebaliknya jika kita tidak merancang pula, ada orang boleh mencapai sasaran 100% dan terkadang meleset jauh. 

Kita boleh lihat tokoh-tokoh yang berjaya juga pernah melalui kesilapan dan kegagalan. Ada yang melakukan kesilapan dan kegagalan berkali-kali. Kegagalan menghasilkan ciptaan, kegagalan dalam pelajaran, kegagalan dalam rumahtangga, kegagalan dalam percintaan, kegagalan dalam perniagaan, kegagalan untuk mencapai cita-cita dan bermacam-macam lagi.

Kita perlu melihat kegagalan dari kesilapan itu dari posisi positif. Ramai orang menumui kegagalan tetapi bangkit semula dan membuahkan hasil kejayaan yang lebih besar, berdaya maju dan sangat bermakna dalam hidup. Lihatlah bagaimana tokoh-tokoh ternama menghadapi kegagalan dan cara-cara untuk mengatasinya. Penting sekali, kita tidak boleh berputus asa dan tidak ada jalan pintas untuk seseorang mencapai kejayaan. Pengalaman kesilapan dan kegagalan adalah merupakan guru yang terbaik dalam kehidupan seseorang. Dari situ kita boleh jadikan iktibar, pengajaran dan bertindaklah secara rasional untuk mencari jalan penyelesaiannya dan mengatur strategi kembali langkah-langkah yang perlu dilaksanakan.

Mungkin ada hikmah disebaliknya...kalau direnung dan difikirkan ...kemungkinan dari kesilapan itu seseorang akan lebih bermotivasi, berhati-hati, terhindar dari melakukan kesilapan yang lebih besar. Manisnya...... Orang sekeliling akan memberi nasihat, peringatan dan tunjukkan tanda sayang....

http://Petuapaje.blogspot.com

Sabtu, 11 Mei 2013

HiShop 32% Off

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Jom shop kat blog aku....



 http://Petuapaje.blogspot.com

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...