uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday 31 July 2012

Kelebihan Ramadhan Al-Mubarak

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Tarikh:           30hb Julai, 2012
Masa:            9.00pagi
Tempat:         Anjung IKMAS
Penceramah:  Ustaz Aminuddin bin Abd Rahim (Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah Darul-Aman)

Di antara ceramah beliau ialah menyarankan kita semua menjadikan bulan Ramadhan sebagai masa untuk membakar semangat  beramal ibadah dan mengandakan pahala. Pahala akan lebih digandakan lagi jika kita beramal di Madinah dan Mekah

Renungkan seketika dengan persoalan: Siapakah Pencipta kita? Untuk apa kita diciptakan? Kemanakah akhirnya kehidupan kita?

Sunday 29 July 2012

Majlis Perpisahan Encik Azmi Majid

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

En. Azmi memberi ucapan kemaafan
Tarikh:    29hb. Julai 2012
Masa:     2.30 petang
Tempat:  Anjung IKMAS

Baharu berada di IKMAS 6 bulan, sudah mohon bertukar ke Ibu Pejabat MARA di Kuala Lumpur. Akhirnya berjaya juga permohonan beliau dan ditempatkan di Bahagian Kemahiran Dan Teknikal.

Moga maju jaya diucapkan kepada beliau.

Dalam majlis perpisahan diadakan juga cabutan bertuah. Saya adalah juga di antara yang bertuah....

Thursday 26 July 2012

Kerja Sebagai Ibadah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tarikh: 25hb. Julai, 2012
Tempat: Anjung IKMAS
Masa: 9.00 pagi

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abdullah bin Samsudin, Penolong Pengarah cawangan Pengajian,
Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA dan beliau juga adalah merupakan Presiden BUKM-Badan Ugama Kebajikan MARA).

Pekerjaan adalah merupakan sebagai ibadat bagi umat Islam apabila mematuhi kehendak syarak. Pekerjaan itu pula dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat upah dan ganjaran pahala. Asas kepada setiap pekerjaan adalah dimulakan dengan niat.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan kepada-Ku" (51:56 Adh-Dhariyat)

Sunday 22 July 2012

Perpisahan! Meraikan Kawan Pindah Tempat Kerja

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Yang diraikan....Cikgu Azmi ditemani isteri dan anak
Baru kerja di Alor Setar lebih kurang enam bulan. Cikgu Azmi dah nak berpindah ke Kuala Lumpur balek. 

Dah pujuk, tak payah lah pindah, sesuaikan tempat di sini. Bila kita berpindah kerja, kena lah berpindah semua. Barang-barang rumah, anak-anak, perasaan dan pemikiran sekali. Bermustautin di tempat di mana kita kerja.

Baru enam bulan berada di Alor Setar ini, sudah tentu banyak tempat-tempat yang tidak dijelajahi lagi.



Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak InsyaAllah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Wahai tetamu Ramadhan yang mulia....Untukmu Rahmat, Maghfirah, Air mata taubat, Dendangan Tadarus selimut Tarawih dan bantal Tahajud, Moga mewarisi Jannah....


Bulan kemuliaan, penghulu segala bulan, anugerah dari Ilahi untuk umat nabi Muhamad SAW. Selamat berpuasa semuga amalan mendapat keberkatan dan mendapat seribu rahmat kepada semua.


Kembang melati sungguhlah indah,
Di tengah taman menjadi hiasan,
Harum Ramadhan tercium sudah,
Salah dan khilaf mohon dimaafkan.

 http://Petuapaje.blogspot.com

Friday 20 July 2012

Anugerah Kecemerlangan Sek. Keb. Seberang Perak Baru

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Ucapan Guru Besar di atas pentas yang berhias cantek
Tarikh:     18hb. Julai 2012
Tempat:   Dewan Sri Perak
Masa:      8.30 - 12.45 pagi

Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Haji Abdul Muthalib bin Harun, JP, Pengerusi Kumpulan WETRA.

Saya berada dimajlis ini kerana anak saya Nur Aizzah tahun 6 mendapat anugerah kecemerlangan kedudukan dalam aliran dan mata pelajaran terbaik. Mula-mula saya memang tidak bercadang untuk menghadiri majlis kerana kesibukkan urusan kerja.

Wednesday 18 July 2012

Ceramah Penghayatan Ramadhan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tarikh:     16hb. Julai 2012
Tempat:    Dewan IKMAS
Masa:       11.00 - 12.45 pagi

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Manzur bin Othman dari Makhtab Rendah Sains MARA Pendang. 

Harapan beliau kepada semua pendengar adalah semuga dipanjangkan doa supaya hayat kita sampai ke bulan Ramadhan setelah menempuhi bulan Rejab dan Sya'aban. Beliau mengalakkan kita berpuasa pada bulan Rejab dan Sya'aban untuk melatih diri supaya apabila tiba bulan Ramadhan, tubuh badan kita sudah terlatih berpuasa dan mengerjakan amalan ibadah yang lain.

Tuesday 17 July 2012

Perhimpunan Bulanan Bulan Julai 2012

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tarikh:        16hb. Julai 2012
Tempat:      Dewan Ikmas
Masa:         8.15 hingga 9.45 pagi

Majlis dimulakan demgan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Majlis Amanah Raayat dan Lagu Institut Kemahiran Mara. Tidak dilupakan juga bacaan doa untuk mendapat keberkatan dari Allah Subhanahuyataala. 

Majlis seterusnya diperdengarkan dengan taklimat Fadilat Puasa di bulan Ramadan oleh Ustaz Hisham dan Ucapan Aluan Pengarah.  

Monday 16 July 2012

Petua Pastikan Cendawan Tidak Beracun

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Beberapa minit lalu, kawan saya En. Mustafa Sharip, dalam facebook, memberikan petua orang tua dahulu untuk mempastikan samada cendawan tersebut beracun atau pun tidak. Saya dengan dia berencik bukan apa..Semasa saya pelajar di Institusi IKM Tasya dahulu, saya masa itu pelajar tetapi masa itu dia adalah Pengajar. 

Katanya "cendawa beracun apabila dipatahkan, ia reput atau pecah sehingga bahagian luarnya. Cendawan yang boleh dimakan atau cendawan yang tidak beracun pula biasanya liat dan tidak mudah pecah".

Terima kasih En. Mustafa kerana memberikan petua ini kepada saya dan boleh pula saya kongsikan di dalam blog saya ini.

Sunday 15 July 2012

Cendawan Liar Tumbuh Selepas Hujan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Hidupan cendawan adalah di antara hidupan flora dan fauna lain yang menarik perhatian saya. Macam-macam jenis yang pernah saya temui. 

Semasa zaman kanak-kanak, kehidupan saya sebahagian masa adalah berada di dalam kebun.

Masa itu emak saya perkenalkan cendawan susu harimau. Katanya cendawan ini berasal dari susu harimau. Ibu harimau akan tinggalkan susu untuk anaknya pada daun yang gugur. Susu harimau tersebut akan jadi cendawan bila tidak dijilat anak harimau tersebut. 

Wednesday 11 July 2012

Pendaftaran Kokurikulum Sessi Julai-Disember 2012

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Pendaftaran kokurikulum sessi Julai-Disember 2012 telah diadakan pada 9hb. Julai 2012 pada jam 8.15 hingga 10.45 pagi di Dewan IKMAS. 

Pendaftaran tersebut sangat lancar dan pantas. Hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. 

Belum sempat saya mengambil gambar...eh dah siap pendaftaran sedangkan terdiri dari 140 pelajar semester 1 dan 2 untuk mendaftar sebagai ahli kepada 9 buah kelab/persatuan.


Friday 6 July 2012

Tok Su Tinggalkan Sejarah Senibina Budaya Melayu

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Rumah Tok Su terletak di hadapan Wisma Darul Aman, Jalan Lumba Kuda, Alor Setar Kedah. Rumah ini berasal dari kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu, 200 kilometer dari Alor Setar. Rumah ini telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2001 dan telah dipindahkan ke tapak ini.

Rumah Tok Su memberi gambaran bangunan traditional senibina warisan budaya Melayu. Rumah ini berkeluasan 1,7000 kaki persegi bertiang 34 batang tiang. Dianggarkan usia rumah ini sudah melebihi 100 tahun.

Thursday 5 July 2012

Sehari Lawatan Ke Rumah Bersejarah Sekitar Alor Setar Kedah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Pelajar Senibina Semester 1 sessi Julai-Disember 2012

Tuesday 3 July 2012

Pelaksanaaan Kegiatan Kokurikulum Di IKMAS

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Definisi:
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan berkumpulan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar kurikulum yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik kuliah, studio, makmal atau bengkel. Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum yang merangkumi semua pengatahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur budaya dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk menyampaikan pengetahuan. Kokurikulum menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan  insan yang bersepadu dan menyeluruh. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri, kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan inovasi, kecintaan kepada alam semula jadi, kewarganegaraan dan kesetiaan kepada bangsa dan Negara, kebudayaan, integrasi nasional dan sebagainya akan membantu pelajar menentukan hala tuju kehidupan masa depannya. Kokurikulum adalah aktiviti pembelajaran tidak formal yang berteraskan keperluan pelajar mengalami sendiri aktiviti-aktiviti  kependidikan dalam keadaan sebenar

Sunday 1 July 2012

Comel, Comei Hari Keluarga JPJ Perlis 2012

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Baru satu tahun lebih...nak tanding juga......

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...