uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday 21 August 2022

Iman

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

"Agama" itu adalah ibarat sebatang pohon, - Akar umbinya serta usul asalnya bahkan benihnya ialah "Iman"; dan seluruh pohon itu meliputi batangnya, dahannya, rantingnya, daunnya, bunganya dan buahnya ialah "Islam"; manakala kesuburannya, keharumannya, kemanisannya dan seluruh keindahannya ialah "Ihsan".


jika dipandangi dari segi kepercayaan dan keyakinan hati disebut dengan nama "Iman"; 
Iman ertinya percaya dalam amalan lahir, batin, perkataan dan perbuatan hati dan anggota.

Pertama - Percayakan benarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.
Kedua - Segala 
jenis amalan taat - hasil dari kepercayaan dan kesanggupan itu.
Ketiga - Perkara-perkara yang diimankan itu; dan iman dengan erti inilah yang dikehendaki di sini.


Yakni hendaklah engkau lakukan amal ibadat atau taatmu kepada Allah s.w.t. dengan keadaan seolah-olah engkau nampak Ia melihat dan memerhatikanzahir batinmu. kiranya engkau tidak dapat mencapai keadaan itu maka hadirkanlah keyakinanmu bahawa Allah Taala tetap melihat dan memerhatikan mu kerana sesungguhnya Ia sentiasa melihat dan memerhatikan segala keadaanmu.


أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله

Yang ertinya: "Aku meyakini serta menerangkan kebenaran,  bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah" adalah menjadi asas atau "Rukun Islam" yang pertama bahkan menjadi anak kunci bagi seseorang masuk Islam.
Tiap-tiap orang Islam dituntut melafazkan "Kalimah Al-Taqwa" dalam kehidupan sehari-hari.
"Kalimah Al-Taqwa" itu ialah tiap-tiap tutur kata yang memelihara danmenyelamatkan seseorang dan tiap-tiap perkara yang membahayakannya serta mendatangkan manfaat dan kebahagiaan, sama ada di dunia mahu pun di akhirat dan semulia-mulia "Kalimah At-Taqwa" itu ialah:
لا إِلَهَ إِلا الله مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ الله
 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...