uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Thursday 28 February 2013

Facebooks Comment Dalam Blog

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Banyak blog dan laman web yang menawarkan tutorial cara meletakkan komen dalam facebooks untuk dijelmakan di dalam blog.


Baca punya baca, tidak ada satu pun kaedah yang pantas hanya menggunakan dua tiga langkah. Rata-rata tutorialnya melibatkan empat lima langkah dengan melibatkan mengatur HTML. Jika melibatkan mengatur HTML, berkemungkinan terpaksa mengambil sekurang-kurangnya 30 minit.

Pemikiran juga perlu tumpuan pada kerja-kerja mengatur HTML tersebut. Oleh itu, perlu ambil masa yang betul-betul sesuai untuk memasang komen facebooks ke dalam blog kita...Sekali sekala kita kena mengalah dengan keadaan kerana kesuntukan masa...Kena ambil cuti...baru boleh buat kerja mengatur HTML tersebut dalam keadaan tenang...Betul tak....

 http://Petuapaje.blogspot.com

Facebooks Like Widget Buat Serabut Pada Setiap Post

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Meluat betul.....Dah letak facebooks like widget pada post blog tapi nampak serabut pula....linked kepada auditor facebooks widget tersebut ganggu post entry.

Nak edit balik HTML, nak cari kedudukan pada HTML tersebut bukannya senang. Gerenti terbeliak biji mata mencarinya sebab alang-alang pandai. Kalau pandai, mesti ada tekniknya. Sah buat kerja cepat.

Tak apa...Lain kali kalau ada masa, boleh edit....Yang penting ada kemahuan untuk belajar dan memperbaikinya...Betul Tak? Betul...................................


 http://Petuapaje.blogspot.com

Wednesday 27 February 2013

Letak Facebooks Like Widget Pada Blog

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Aku dah letak facebooks like widget pada blog. Pening lalat juga hendak letak di mana paling sesuai. Pada blog ataupun pada post. Kalau pada post, hendak diletakkan di atas tajuk post ataupun dibawah post.

Akhirnya aku buat keputusan letakkan facebooks like widget tersebut pada blog.

Adakah ianya memberi kesan? Aku pun masih kurang pasti.....Apapun kena trial and error dahulu kesesuaiannya.

Bila aku share post....engkau orang jangan lupa klik pada like widget tersebut tau....


http://Petuapaje.blogspot.com

Sunday 24 February 2013

Himpunan 1000 Alumni KKTM/IKM "Tautan Kasih Mutiara Gemilang" 2013

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Hari bersejarah ini telah berlangsung di Dewan Utama, Hotel Premiera, Menara MARA, Kuala Lumpur pada 23hb. Februari, 2013 bermula dari 6.30 petang.

Ajenda utama dalam majlis ini ialah pelancaran dan gimik Tabung Warisan MARA dengan "tagline" 'Pay It Foward" semangat menabung hari ini untuk keperluan pendidikan anak-anak Melayu generasi hadapan. Ia berkonsepkan wakaf dan sedekah.

Kepada penyumbang "ganjaran dan pahala yang berlipat ganda di sisi Allah".

Dapatkan maklumat di: http://tabungwarisanmara.org

Sumbangan anda layak mendapat Tolakan Cukai Pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.1389 Warta Kerajaan No. 1395 bertarikh 10 April 1969


 http://Petuapaje.blogspot.com

Friday 22 February 2013

"Anonymous" Atau Komen Layang, Tak Akan Disiarkan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......


Kalau dulu-dulu, surat menyurat yang tidak ada nama dipanggil "surat layang". Tapi zaman teknologi maklumat ini kita boleh memberikan komen kita melalui laman web dan sebagainya termasuklah melalui post yang dipaparkan di dalam blog.

Komen-komen tersebut yang tidak ada nama yaitu "Anonymous" banyak yang masuk ke dalam ruang komen untuk disiarkan. Mulai saat ini, saya tidak akan siarkan "komen layang" walaupun komen-komen tersebut  memuji-muji blog saya.



 http://Petuapaje.blogspot.com

Thursday 21 February 2013

Ruang Iklan Untuk Promosi Produk Perniagaan Anda!

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Dalam blog inilah ruang  untuk mempromosikan  produk perniagaan anda. Ini adalah kerana ciri-ciri yang terdapat di dalam blog ini yaitu:

1. Tinjauan pelawat meningkat dari hari ke sehari.
2. Rating SEO semakin meningkat kini 60.2%.
3. Alexia rank pada kedudukan 18,572,993 dari 30          
    billion domain.Ranking rendah bermakna ramai 
    pelawat.
4. Nilai blog dianggarkan  $524USD
5. Jaminan keselamatan 100%.
6. Reputasi 100%.


Untuk mendapatkan maklumat sewaan ruang klik di 
sini: http://petuapaje.blogspot.com/p/iklan.html

http://Petuapaje.blogspot.com

Tuesday 12 February 2013

Petua Menyimpan Bahan Mentah Dalam Peti Ais

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Ramai pengguna komen pasal menyimpan bahan mentah makanan di dalam peti ais akan menghilangkan rasa sebenar bahan tersebut terutamanya yang berunsurkan daging.

Kebiasaannya pada hujung minggu, ketua keluarga akan membeli keperluan bahan mentah untuk dimasak pada hari-hari bekerja. Oleh itu bahan mentah tersebut seperti daging dan ikan akan disimpan di dalam peti ais pada bahagian sejuk beku untuk keperluan 5 hari berikutnya.

Jika tidak kena caranya, bahan tersebut hanya boleh disimpan selama 2 hari sahaja. Jika lebih dari 2 hari, rasa makanan tersebut sudah jadi tidak sedap bila sudah siap dimasak. Ini adalah kerana sebahagian dari kelembapan dalam bahan makanan mentah tersebut telah kehilangan kandungan kelembapan semulajadinya. Jadi Bagaimana? Begini caranya.....

Bahan mentah berunsurkan daging dan ikan hendaklah dimasukkan di dalam bekas plastik. Kemudian masukkan air sehingga menutupi bahan tersebut. Biarkan ia membeku.Jadi ....Kandungan kelembapan pada bahan tersebut tidak hilang, hanya berkurangan adalah air membeku dalam bekas tersebut.

Anda boleh cuba...Saya pun, nelayan beri tahu.....

http://Petuapaje.blogspot.com

Friday 8 February 2013

Follower Kerja Senang, Copy Paste Post Orang Lain!

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Kerja senang, curi, copy post orang lain letak di blog sendiri. Aditor tersebut ialah Azilan. Azilan copy paste post aku yang bertajuk Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Projek dan dia paste di blog dia blog Borak-Qs. Kalau ia pun bagitaulah dulu minta izin atau bagi hint sikit. Bukan marah tapi terkejut.........Nasib baik lah ko +Azilan dah jadi follower aku...Kalau tidak aku saman kau ha ha ha.

Ha ha ha...janji nak kongsi maklumat kan? Tak apalah.....Ko tulis di bahagian bawah post ko tu credited to http://petuapaje.blogspot.com.....Kalau ia pun link kan lah ke blog aku...supaya pencari-pencari maklumat tahu pula blog aku yang tak seberapa ini. At least win win situation la.....Tapi aku takde la sampai nak copy post orang lain dan letak di blog aku...he he he.

 http://Petuapaje.blogspot.com

Tuesday 5 February 2013

Sesiapa Lagi Nak Ke Pekan Baru/Bukit Tinggi Sumatera ?

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

 Tiket ke Pekan Baru ada promosi lagi...RM170 pergi balik.  Layari  promosi AirAsia terkini....

PAKEJ TOUR 4HARI/3MALAM PEKAN BARU-BUKIT TINGGI
Tarikh:           19 (Selasa) – 22 Mac (Jumaat), 2013

DAY  01 :  AIRPORT- BUKIT TINGGI 
Setibanya di lapangan terbang berjumpa  dengan pemandu pelancong dan terus dibawa untuk short city tour dan makan tengah hari. Selepas makan tengah hari bertolak ke Bukit Tinggi melalui Payakumbuh dan kelok Sembilan. Makan malam dan check in hotel di Bukit Tinggi.

Jawatan Kosong Pelukis Pelan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

DRAUGHPERSON (FEMALE)
• Certificate in Drafting
• Good knowledge in Autocad,3D application(current used Autocad 2007)
• Able to work independently,fast learning.


Please send or e-mail your applications with a comprehensive resume,starting current and expected salary to:

JWS ENGINEERED TRANSPORT SDN BHD
23E,Worldwide Bussiness Park, Block 2,Jalan Tinju 13/50,Section 13,Shah Alam,Selangor.
Tel:03-55116575(Ms.Noni) Fax:03-55116585 Email:Nornoni@loadout.com.my

 http://Petuapaje.blogspot.com

Saturday 2 February 2013

Saranan Kerajaan Malaysia Supaya Memakai Baju Batik

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......

Teman seperjuangan gah memakai baju batik Malaysia.
Kakitangan kerajaan dikehendaki memakai baju batik pada setiap hari khamis. Saranan kerajaan tersebut adalah untuk meningkatkan ekonomi pengusaha pengeluar batik di Malaysia.

Kain batik dihasilkan adalah melalui menghasilkan corak dengan cara mengikat, menitik atau mengaris lilin di atas kain kemudian baharulah mewarnakannya. Selain dari peroses tersebut adalah dikategorikan bukan batik. Bolehlah dikatakan batik tiruan.

Kepada kakitangan kerajaan yang memakai batik tiruan adalah terang-terang satu ajenda merosakkan perusahaan batik di Malaysia dan bercanggah dengan saranan kerajaan. Maaf lah ye...

 http://Petuapaje.blogspot.com

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...