uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday 25 September 2011

Dialog Antara Agama

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Di dalam Al-Qur’an (Surah Ali-Imran;19) 


“sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.”

Saturday 24 September 2011

Teknologi Pembinaan Pensetabilan Cerun

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Cerun terdiri daripada dua jenis iaitu cerun asli dan cerun binaan. Cerun asli adalah cerun yang terbentuk melalui proses semula jadi manakala cerun binaan pula adalah dibina melalui pemotongan atau penambakkan sesuatu kawasan tanah mengikut gradien yang tertentu. Pada umumnya, kesetabilan sesuatu cerun bergantung kepada kekuatan ricihnya. Gelinciran berlaku apabila berat tanah melebihi kekuatan ricih cerun tersebut. Gelinciran akan menyebabkan tanah menggelangsar ke bahagian kaki cerun.
Analisis tentang kesetabilan cerun amat penting dilakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian tanah runtuh. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kesetabilan sesuatu cerun. Diantaranya ialah :

Pemasaran Produk

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
1.0              Pengenalan
            Pelan tindakan pemasaran atau pemasaran campuran adalah merupakan pelan yang mengariskan tindakan dan aktiviti yang sesuai untuk menghasilkan jualan daripada pasaran sasaran. Strategi pemasaran ini merangkumi 4 faktor iaitu produk, harga, edaran dan promosi.

2.0              Produk
Produk merupakan sesuatu yang ditawarkan di pasaran, yang dapat memuaskan sesuatu keinginan atau kehendak.Produk pula terbahagi kepada dua atau campuran kepada entiti ini iaitu barangan dan perkhidmatan. Barangan adalah ketara dan mempunyai bentuk manakala perkhidmatan pula adalah tidak ketara dan menyediakan manfaat langsung.

Wednesday 21 September 2011

Tidak hadir kerja/kelas

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
 Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pembaca blog saya. Terima kasih sekali lagi kerana sudi dan meluangkan masa untuk mengundi dalam poll yang saya sediakan bertajuk tentang ketidakhadiran sebelum dan selepas perayaan.

Di atas kajian /poll yang telah dijalankan didapati paling ramai tidak hadir kerja/kelas sebelum dan selepas Perayaan Hari Raya adalah disebabkan keinginan untuk berhari raya lebih lama dengan keluarga iaitu seramai 54.55%. 

27.27% tidak hadir adalah disebabkan kehabisan tiket. Sebab sakit dan ada kenduri pula adalah masing-masing seramai 9.09%

Pekerjaan atau mengutamakan pelajaran sepatutnya lebih diutamakan berbanding perasaan atau keinginan untuk berhariraya lebih lama dengan keluarga. Bebarapa faktor kemungkinan untuk berbuat demikian pada musim Perayaan Hariraya Aidil-Fitri yang baru lepas adalah kerana masing-masing bermastautin jauh diperantauan. Ini menyebabkan kita perlu rehat lebih lama untuk memulakan semula perjalanan demi menjaga keselamatan diri dan pihak pengguna lain di jalanraya. Saya pun duduk di rantau orang....faham...faham....

Faktor yang kedua adalah disebabkan kehabisan tiket. Ini juga boleh diterima kerana musim perayaan serentak dengan cuti persekolahan. Rata-rata kenderaan awam yang digunakan adalah keretaapi dan bas.

Faktor selebihnya adalah kerana sakit dan ada kenduri adalah sesuatu yang bukan dirancang oleh individu yang terlibat. 

Manalah tidak sakit...makan banyak sangat....cuba tiru macam saya....makan bila lapar...berhenti sebelum kenyang...Diet! Diet! Tapi hairan...diet pun dah naik 6kg...macam mana ni? Mana tidaknya...kurang exercaise...jangan risau...nanti saya buat calender untuk kecantikan dan kesihatan. Saya akan share dengan anda. Lepas itu lihat hasilnya....menjadi atau tidak..ha ha ha.

Masaalah kenduri? Bilang sama Mama and Papa. Buat kenduri semasa cuti....

Tidak akan mengalah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum semua...beberapa hari ini tidak sempat hendak buat post/tajuk cerita baru. Maklum sahaja lah kerana kesibukan melayan hobi-hobi sampingan seperti mencuci aquarium, memberi makan burung kesayangan, burung tekukur...dan macam-macam lagi. Sekarang ini pun anak-anak kucing ini naik ke atas pangkuan ....sabar je lah...

Masaalah berblogging ini lagi..Al-maklum sahajalah keterbatasan ilmu pengetahuan menyebabkan beberapa kesukaran. Kalau anda semua lihat paparan blog saya mesti tergelak macam orang kata, ala nothing......Saya akui juga buat masa ini blog saya macam tidak mesra pengguna...bukan macam, memang ya tidak mesra. Saya bukanlah orang yang cepat mengalah. saya akan berusaha membaiki satu persatu sampai dapat. Mula-mula berblogging, asyik duduk depan laptop hingga tidak peduli kepada beriadah petang menyebabkan berat badan naik. Sekarang saya sanggup pula berlapar kerana berblogging, jadi disamping itu secara tidak langsung bolehlah saya menurunkan berat badan. Apa-apa pun saya akan pastikan juga pemakanan yang saya ambil memenuhi nutrien keperluan tubuh badan

 Saya sudah cuba sendiri edit yang mana patut...tapi tidak menjadi juga. Contohnya yang saya cuba buat ialah berkaitan page dan edit HTML untuk menjadikan paparan gambar untukjadi slide.Sekarang ini gambar-gambar yang saya paparkan berterabur dalam paparan blog. Memang nampak tidak cantek. Nampaknya saya perlu meminta bantuan talian hayat bagaimana hendak mengubahnya.Tolong! Tolong!

Eh! Kalau adalah sesiapa yang voluntier nak membantu, alangkah bagusnya....Bloger-bloger yang lain tolonglah saya. He he he...Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya Nenek Muda baru belajar, Kalau salah tolong tunjukan....ha ha ha...

Sunday 18 September 2011

Angkara Simbahan Asid

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Foto
AMENEH Bahrami hilang penglihatan dan wajahnya cacat akibat serangan asid yang dilemparkan rakan sekelas di universitinya di Teheran, Iran kira-kira tujuh tahun lalu, hanya disebabkan enggan menerima cinta lelaki berkenaan

Berhati-hatilah menjalin hubungan. Kejadian simbah asid di Malaysia kini semakin meningkat. Majoriti kes simbah asid angkara cinta, kerjaya dan pertikaian jiran. Ditakuti juga simbahan asid secara rambang di perjalanan....perlukah kita melindungi wajah kita dengan topeng? Itu persoalannya....

Serangan asid ditakrifkan sebagai adalah satu bentuk serangan ganas dengan yang pesalah membuang asid ke tubuh seseorang “dengan niat mencederakan atau mencacatkan akibat rasa iri hati atau dendam.” Serangan bahan kimia murah ini juga sering dikaitkan dengan kes jenayah asmara dan keganasan rumah tangga. 

Asid adalah suatu senjata yang mudah diperoleh dan murah dan biasanya boleh dibeli pada harga kurang $1 dolar (RM3.20) seliter dan sering digunakan untuk kerja pembersihan di rumah atau mencuci pakaian di kawasan luar bandar. Pesalah serangan ini biasanya membuang asid pada muka mangsa dengan niat mencacatkan wajah meninggalkan parut kekal dan menyebabkan mangsa buta.

Bajet 2012 ambil kira usaha atasi kenaikan kos sara hidup

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
2011/09/18
IPOH: Kerajaan mengambil beberapa inisiatif dalam penyediaan Bajet 2012 dalam usaha mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, peningkatan kos sara hidup itu berpunca daripada keadaan global yang tidak stabil di mana dalam konteks bekalan makanan, ia didapati tidak ada keseimbangan dalam bekalan dan permintaan.
"Peningkatan ini juga disumbang oleh pertambahan penduduk dunia (dan) bagi mengatasi masalah ini di Malaysia, kerajaan memasukkan perkara ini di dalam agenda negara dan merupakan antara Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
"Di dalam konteks negara kita, kos sara hidup ini membabitkan bekalan makanan, perumahan dan pengangkutan awam. Inisiatif kerajaan adalah mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi perkara ini yang akan dibentangkan di dalam bajet tahun 2012," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rancangan Perumahan Tersusun Jelapang Baru di sini, hari ini.

Ahmad Husni berkata, terdapat beberapa rancangan pemulihan yang membabitkan pelan jangka pendek dan pelan penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah berkenaan.

Katanya, bagi pelan jangka pendek ia akan menyelesaikan masalah-masalah yang mampu diselesaikan segera, manakala pelan jangka panjang membabitkan pengukuhan keseluruhan rantaian.

"Sebagai contoh, di dalam soal sistem pengangkutan, kerajaan meluluskan pembinaan MY Rapid Transit(MRT) bagi penduduk di Wilayah Persekutuan.
"Bagi penduduk di luar Kuala Lumpur pula, kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk membuat kajian menyeluruh dan membentangkan kepada kabinet," katanya.

Katanya, kajian tersebut turut disertakan kaedah untuk meningkatkan tahap keberkesanan sistem sedia ada. - BERNAMA

Friday 16 September 2011

Berita Harian Online | Teratak klasik

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Berita Harian Online | Simen atau konkrit?

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Berita Harian Online | Kediaman mesra alam

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Thursday 15 September 2011

Projek Pembinaan Jambatan Ampang Jajar

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Setiap tapak pembinaan perlu disiasat secara terperinci dan tersendiri kerana kemungkinan ada perkara tertentu yang berbeza dan ada pula beberapa persamaan dalam aspek-aspek lain. Objektif utama penyiasatan tapak telah digariskan dalam BS 5930 :1981, iaitu “Code of Practise “ for site investigation. Antara objektif penyiasatan yang perlu pada permukaan projek bangunan dan kejuruteraan awam adalah untuk menilai kawasan tapak secara keseluruhan, membantu menyediakan reka bentuk yang lengkap, ekonomi, selamat dan membantu pembinaan supaya berjalan dengan lancar.

Lawatan Tapak Projek Pembinaan Jambatan Ampang Jajar

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Wednesday 14 September 2011

Projek Mini Marina

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Projek Brief
Projek: Pembangunan Kemudahan Pelancungan “Mini Marina” Sungai Kedah, Alor Star, Kedah Darul Aman.
Contract sum: 7.5 juta (lump sum)
Jenis tender: Negotiated
Klien: Kementerian Kebudayaan dan Pelancungan


Tuesday 13 September 2011

Minggu Aktiviti IKMAS

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Main teng-teng....

Mari kita nyanyi dulu.....
-Teng-teng gula batu
-Naik loteng pukul satu
-Mak! Mak! buka pintu
-Adek takut burung hantu











Main sepak raga bulat....hati-hati bermain...nanti kena kipas lagi...takut kalau membidas balek kena muka...cacat muka...turun saham..





















aim! aim! ala....jangan jentik kuat sangat...

















Sambil main sempat lagi isyarat...peace.....










Wah!..pro-aktif...pelanggan tak datang gerai....peniaga cari pelanggan. Syabas! Harap perkara lain pun pro-aktif macam ini....



Only the best will do......







Asyik dok melemparkan senyuman....kentang yang digoreng hangus....











Berniaga jangan terlampau ambil untung banyak.Itu cekik darah namanya...20% untung dah lah....























Taukeh! mau pakai strategi apa? Arini niaga tak ada untung ke?



Monday 12 September 2011

Bio-enzim Dari Bahan Buangan Buah-buahan Dan Hampas Tebu

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera......

Jiran sebelah rumah saya telah lama memperkenalkan kepada saya macam mana hendak membuat bio-enzim menggunakan bahan dari buah-buahan dan sayuran terbuang. Jiran sebelah rumah saya ini berbangsa cina tetapi tidak pernah lokek berkongsi ilmu pengetahuan kerana kami mempunyai hobi yang sama iaitu menanam pokok bunga. Perbezaan di antara dia dan saya dalam hal menanam pokok bunga ialah mempunyai tujuan yang berbeza.

Jiran saya menanam pokok bunga untuk tujuan komersial. Pokok bunga yang sudah subur, cantik, rendang dan ada yang berbunga akan dijual ke nesery. Hanya dengan menanam pokok bunga di tepi rumah dia mampu membeli kenderaan mewah baru. Selalu juga saya meronda di tepi pagar rumahnya untuk melihat pokok bunga yang ditanam dan kuntuman bunga yang segar sedang mengembang seperti bunga raya, bunga rose, laily dan lain-lain lagi. 


Sesetengah species pokok bunga mempunyai verity yang banyak contohnya pokok bunga orkid, pokok bunga keladi, pokok bunga raya dan lain-lain lagi. Bila banyak verity, dia kata pokok bunga tersebut boleh dipertandingkan seperti pokok bunga orkid. 


Sesetengah benih pokok bunga yang ditanam katanya diambil dari luar Negara. Dia juga pernah memberi saya pokok bunga lidah buaya atau aelo vera yang berasal dari luar Negara. Pokok aelo vera yang saya tanam dalam keadaan tak tentu arah bersiram atau pun berbaja, tumbuh besar berpelepah sebesar lengan orang tua gemok. Ha ha ha ha……Ada pembeli yang ingin membeli sepokok aelo vera RM 100. Jadi dia telah jual 2 pokok bernilai RM 200. Macam tidak percayakan?

Saya pula menanam pokok bunga dan pokok herba untuk tujuan di makan sebagai ulam, dijadikan ramuan masakan dan bunga-bunga yang mengeluarkan bau wangi seperti kenanga, melor, melati dan putri malam untuk mandi bunga dan dicampur dengan dua tiga titisan essential oil. He he he untuk kesegaran dari belengu stress dan keletihan.

Kalau nak mandi bunga datang lah ke rumah saya. Itu menyebabkan saya nampak lebih muda sepuluh tahun dari usia kot. Ha..ha ha….bukan saya yang kata, tapi kawan-kawan yang kata…tapi tidaklah membuat saya perasan….kawan-kawan itu pun tak tahu lah samada ikhlas memberi pujian atau pun dah tak ada modal untuk diperkatakan sebagai bahan gurau senda atau pun untuk mengambil hati saya sahaja. Sesetengah pokok pula saya biarkan merimbun semak untuk melindungi pandangan mata orang luar.

Berbalik kepada bagaimana cara membuat bio-enzim yang jiran saya ajarkan, dia kata bio-enzim in boleh digunakan sebagai baja pokok, sebagai bahan pemutih mencuci bilik air dan juga pemutih baju. Sekiranya kita menggunakan bio-enzim ini sebagai baja tanaman kita, sudah tentu tanaman kita jadi subur, mesra alam dan menghasilkan sumber makanan yang selamat. Dia juga telah memberi saya sebotol enzim yang dia proses untuk saya mencuba menggunakannya seperti kegunaan yang saya sebutkan tadi. Saya sudah gunakannya dan memang sungguh berkesan!

Dia kata buat enzim dari bahan buangan makanan atau menggunakan buah-buahan yang diambil, tidak boleh dijual lagi dari gerai buah-buahan. Buah-buahan tadi di masukkan ke dalam tempayan, dicampurkan dengan gula merah dan diperam beberapa hari. Kalau hendak mendapatkan enzim yang wangi, boleh lah menggunakan kulit nenas atau hampas tebu. Dia juga ada menyebut berkaitan sukatan-sukatannya tetapi saya sudah terlupa kerana tidak di catitkan selepas penerangan yang diberinya.

Petuapaje.blogspot.com

Sunday 11 September 2011

Perangkap Cinta Wanita

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Setiap insan inginkan kebahagian di dunia hingga ke akhir hayat dan mengharapkan jua kebahagian hingga ke akhirat kelak. Salah satu cara untuk mencapai kebahagian itu ialah melalui sebuah perkahwinan. Dari zaman kanak-kanak lagi sesetengah orang sudak berangan-angan tentang perkahwinan. Mengapa saya katakan begitu ialah kerana semasa zaman kanan-kanak ada di antara permainan mereka ialah main pondok-pondok mengadakan lakonan meminang dan bersanding. Selepas itu melakonkan watak ibu, bapa dan anak-anak.

Berapa ramaikah yang dapat mencapai impian perkahwinan pada “right time, right place and with the right person”. Bagi wanita tentulah bila sahaja meningkat remaja dan umur terus meningkat, saudara mara, kenalan rapat akan menerjahkan soalan-soalan yang sudah tentunya mengugat perasaan dan pemikiran. Bila hendak berkahwin ataupun hendak makan nasi minyak? Dah ada boyfriend ke belum? Kenapa nak tunggu lama-lama?

Ada yang menyerahkan soal jodoh kepada suratan takdir. “Kalau ada jodoh adalah, kalau tidak ada nak buat macam mana. Hidup dan mati, jodoh pertemuan ditentukan oleh Allah, manusia hanya merancang Tuhan yang akan menentukan”. Tidak kurang juga ada yang berusaha keras untuk mencari jodoh walau dengan apa cara sekali pun biar pun desakan seakan menghalalkan cara. Itulah yang saya ingin utarakan isue ini yang saya panggil “perangkap cinta”.

Melalui pengamatan, penceritaan dan pengalaman seseorang saya dapati ramai yang sangup pasang perangkap cinta demi memenuhi impian sebuah perkahwinan dengan pasangan yang diidamkan. Pasangan yang terperangkap pula tidak menyedari tipu helah pasangan oleh kerana kekurangan ilmu pengatahuan.

Ada di antaranya sanggup berpura-pura hendak membunuh diri gara-gara pasangannya seolah-olah sengaja melewatkan menghantar rombongan meminang. Cubaan membunuh diri ini bermacam-macam cara di antaranya ialah hendak terjun ke dalam telaga, berlari ketengah jalan supaya di langgar kenderaan, makan panadol atau ubat tidor dalam kuantiti yang banyak, terjun dari bangunan tinggi, terjun ke dalam laut dan macam-macam lagi perkara aneh yang tidak masuk akal dan menjadi bahan lucu pula untuk di bincangkan di meja makan. Mengapa tidak, tektik tersebut bukanlah bertujuan untuk membunuh diri tetapi dilakukan adalah sekadar untuk menarik simpati pasangan untuk menyegerakan peminangan dan perkahwinan.

Andai bernasib baik, pasangan pula jenis simpati dan lembut hati maka usaha-usaha tersebut akan beroleh kejayaan. Bagaimana pula andaikata usaha tersebut tidak berjaya malahan cubaan membunuh diri tersebut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Mati tidak, tubuh sendiri jadi sangsara mendapat kecederaan dan menjadi bualan lucu pula oleh saudara mara, sahabat handai dan masyarakat. Impian tidak dapat dicapai, kekecewaan terus menghantui diri dan berlaku kemurungan dan tekanan perasaan yang tidak berpenghujung. Kecuali lah kembali kejalan kebenaran dan merubah kehidupan dan pemikiran yang lebih positif.

Ada juga yang memerangkap cinta dengan cara sanggup mengadai maruah dan harga diri kononnya demi untuk membuktikan cinta. Pepatah kata orang tua-tua “jangan bermain api nanti terbakar diri” itulah padahnya apabila tersalah pilih jalan dan silap perkiraan. Pasangan yang lembut hati kemungkinan ada yang bersimpati, merasa kasihan dan bertanggupjawap sanggup menikahi kononya bertanggungjawap dan ingin menebus kekesalan, kesalahan dan dosa. Bagaimana pula andai pasangannya enggan bertanggungjawab dengan alasan, “tidak akan menikahi wanita murahan, tidak ada maruah dan harga diri, mungkin sudah bekas-bekas orang lain, tidak layak menjadi calon isteri dan berbagai-bagai alasan lagi yang memang ada logiknya. “Kalau hendak seribu daya, dah dapat tidak mahu bertanggungjawab malahan berbagai-bagai alasan pula yang diberikan”.

Di zaman moden, zaman sains dan teknologi sepatutnya orang tidak lagi mempercayai kaedah tahayul dan syirik seperti sihir, ubat guna-guna, susuk dan seumpanya tetapi semakin moden semakin menjadi-jadi kaedah penggunaannya untuk perangkap cinta. Tidak terkecuali juga yang menggunakan ayat-ayat suci Al-Quraan sebagi jampi serapah. Sesetengahnya mengena kemungkinan pasangannya adalah yang memang jenis lemah semangat. Bagaimana pula sekiranya tidak menjadi dan tidak mengena. Duit habis ribuan ringgit, masa dan usaha terbuang dan sia-sia. Alasan bomoh, belum menjadi, tidak serasi dan bomoh boleh pula buat tuduhan pasangan yang diidamkan ada membela hanturaya, jin dan kemungkinan saka.

Begitu sukar sekali bagi pihak wanita yang memilih jalan singkat untuk mengharapkan pasangan meminang dan seterusnya melangsungkan pernikahan dan perkahwinan. Ini adalah kerana zaman moden ini hanya segelintir sahaja anak gadis dijodohkan melalui urusan yang di padankan oleh keluarga. Selebihnya mencari pasangan sendiri. Pihak wanita bukan boleh dan senang hendak memilih-milih seperti memilih antah di dalam beras kerana yang memilih dan meminang adalah dipihak lelaki. Itulah di antara perangkap cinta wanita tujuannya adalah hanya satu iaitu untuk menjalin ikatan hingga bersanding di atas pelamin.

Ada sesetengahnya perkahwinan melalui peroses terperangkap dalam cinta, ada yang memerangkap pasangannya. Sudah tentu di sebalah pihak tidak berpuas hati dengan ini boleh mengundang salah faham, pertengkaran, bahan ungkitan dan rentetan perisiwa demi peristiwa akhirnya berlaku pembubaran perkahwinan kerana kedua belah pihak merasakan tidak ada kebahagian.

Nasihat saya jauhi lah tipu helah semasa bercinta, bersikap jujur dengan pasangan, kalau cinta katakana cinta. Kalau tidak cinta beranilah mengatakan tidak. Janganlah berpura-pura semasa bercinta kerana lakonan semasa berumahtangga tidak sama dengan lakonan semasa bercinta. Tembelang perangai diri akan terserlah berperingkat-peringkat dalam masa satu minggu, tiga bulan, satu tahun, 3 tahun, 5 tahun sehingga berapa lamakah pasangan anda sanggup bertahan……..

Bagaimana pula perangkap cinta lelaki?

Akan saya utarakan di lain masa. Walau bagaimana pun tulisan ini tidak ada kena mengena dengan individu tertentu sama ada yang masih hidup atau pun yang sudah mati. Hanyalah sekadar membincangkan isue-isue semasa “banyak udang banyak garamnya, ramai orang macam-macam ragamnya. Jadikan iktibar, yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Friday 9 September 2011

Ops sikap 24

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Kemalangan boleh berlaku di mana sahaja. Penyumbang utama kemalangan di Negara kita kebanyakkannya adalah dalam sektor perkilangan, pembinaan dan kemalangan jalan raya adalah penyumbang terbesar kemalangan maut. Beragai-bagai usaha telah dilaksanakan malangnya kemalangan terus juga berlaku.

Sebab-sebab kemalangan yang dikenalpasti adalah:
      Tidak berhati-hati dan cuai
      Kurang rehat
      Tidak berhati-hati
      Mengantuk

Jenis kemalangan yang terjadi:
       Terbabas sendiri
       Memasuki laluan pengguna lain
       Cuba memotong laluan lain
       Mengekor kenderaan lain dalam jarak dekat
       Keluar simpang sesuka-hati tanpa menyedari kewujudan kenderaan lain

Waktu berlaku kemalangan maut:
      4 petang hingga 12 malam - 25 kes
       12 malam hingga 2 pagi - 15 kes

Golongan yang terlibat:
       16 hingga 20 tahun - 64 kes
       21 hingga 22 tahun - 36 kes

Sebagai Pengguna Jalan raya kita hendaklah berhemah bukan sahaja memikirkan keselamatan kita tetapi perlu memikirkan juga keselamatan pengguna jalanraya lain seperti penunggang motorsikal dan pejalan kaki. Apabila memandu "ingat orang tersayang" sedang menunggu kehadiran kita. Apapun kemalangan tidak dapat dijangkakan. Kadang-kadang kita berhati-hati, kemalangan terjadi juga disebabkan kecuaian orang lain.
Cuba anda sendiri bayangkan jika anda memandu laju melebihi had kelajuan lebuhraya, 120km/j ……. 130km/j…… 150km/j ….Jika tiba-tiba memperlahankan kenderaan tentulah gagal. Jika kelajuan demikian, seolah-olah kereta terbang. Bila berlaku insiden mengejut sudah tentu kereta tersebut melayang dengan tuannya sekali melayang nyawa.
Kadang-kadang tergelak juga memikirkan….Apabila berlaku kemalangan mengakibatkan kecederan anggota tubuh badan, kelumpuhan, koma dan kehilangan nyawa. Kalau mati, habis cerita di dunia. Kalau tak mati, kecederaan tersebut mungkin menjadikan kita hilang upaya dan menyusahkan pula orang lain. Jadi fikirkanlah, tepuk dada tanya selera. Lepas ini bertindak lah mengikut pertimbangan yang sewajarnya. Jangan jadikan jalan raya tempat mencari keseronokan memandu dan menjadikan litar perlumbaan. Andaikata pemandu lain membuat kesilapan kecil seperti memandu perlahan…simpanlah kemarahan anda!

Pisang berbuah sekali

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Saya cakap dengan anak jom lah pergi belakang rumah sebab pisang sudah masak dua tiga biji. Kalau tidak ditebang nanti habis dimakan burung.

Anak saya kata janganlah ditebang. Ambil buahnya sahaja. Saya pun gelak....ha ha ha.....

Mana ada pisang berbuah dua tiga kali. Kan ada peribahasa menyatakan. Tidak akan pisang berbuah dua kali. 

Ramli: Petik je lah pisang yang dah masak tu. Tak payah nak tebang-tebang. Nantikan boleh berbuah lagi.
Ahmad: Ha ha ha ha……memangla, kalau pisang dah masak kena lah tebang. Mana ada pisang berbuah dua kali….Sebab itulah pepatah orang tua-tua ada menyatakan “tak                         Yang bermaksud sekiranya kita sudah membuat kesilapan. Jadikan lah pengajaran supaya tidak mahu kesilapan yang sama akan berulang lagi.

Bila aku ceritakan pada kawan-kawan tentang betapa tidak tahunya anak aku "bandar sangat" tentang pokok pisang. Itu belum lagi apa yang boleh di buat dengan pokok pisang.

Kawan aku pun cakap, dia pun tidak tahu bahawa pokok pisang hanya boleh beruah sekali sahaja. Ah! Biar benar.......Rupanya ramai yan tidak tahu perkara ini. Hairan! Hairan!...ya lah..nak makan pisang, beli je...tidak terfikir pun tentang pokoknya apatah lagi kesesuaian tanah untuk menanam pokok pisang.

Gara-gara hujan renyai-renyai, cepat-cepat tebang pokok pisang. Alamak! tersilap tebang pulak. Rugi...rugi....setandan pokok pisang.
Ramli: Ya lah…..orang lain ….”kampung betul”.Kamu ni “Bandar betul”….
Aminah: Yak ke? Minah pun tak tahu, pisang, bila dah masak kena tebang
Ahmad: Ai! Ada lagi juga orag tak tahu …
Fatimah: Timah pun tak tahu juga
Ahmad: La…ramainya orang tak tahu…”Bandar betul”….tahu makan je buah pisang tapi tak pernah memikirkan tentang pokok pisang. Taunya makan pisang Lepas tu….bila pergi kenduri makan gulai kawah daging campur batang pisang. Ha ha ha….sedap! sedap
Lama-lama pisang ini masak tapi tak boleh di makan
Bila menebang pokok pisang, jangan pula tersilap tebang. Perhati dan tengok betul-betul batang pisang mana yang hendak ditebang. Kalau tersilap tebang, ru
Dulu batang Pisang digunakan untuk membuat tali sebelum tali raphia digunakan. Jangan tersilap pula. Batang pisang yang digunakan untuk buat gulai hanyalah bahagian tengah batang pisang yang masih lembut itu. Gulai daging campur batang pisang....sedap!...sedap!

Daun pisang pula digunakan untuk memasak contohnya digunakan untuk membungkus kueh seperti kueh lepat pisang, kueh koci, pulut dakap dan macam-macam lagi. Ia juga digunakan juga untuk membungkus pais ikan, membakar ikan, buat satah ikan, lempeng pisang dan lain-lain lagi.
Sekarang ini dengan kebijaksanaan pakar penyelidik..batang pisang telah diproses menjadi kertas kraftanga

Topup kena cukai 6 peratus

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf


Berita Harian 9 September 2011

Sesiapa menggunakan talian prabayar akan dikenakan cukai perkhidmatan berkuatkuasa 15 September 2011

Maknanya kalau topup RM 10 kena bayar RM10.60

Yalah....tak patutlah kan kalau tak kena cukai sedangkan pengguna yang menggunakan talian pascabayar dah berzaman kena cukai. Charge 1 sms pun mahal jadi pengguna pascabayar jarang bersms

Pengguna prabayar pula asyik bersms siang dan malam tapi tak bayar cukai perkhidmatan,Tak patut! Tak patut!.....ha ha ha to be win win situation...

10,000 kerja baru dan perkembangan ekonomi

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Pm umum 8 projek pelaburan ETP (Program Transformasi Ekonomi bernilai RM 1.4 billion.
Berita Harian m/s 1 tarikh: 9 Sept. 2011

Semestinya semua pihak bertindak di atas pengumuman ini untuk mengandakan usaha kearah mencapai kejayaan. "Only the best will do".

Sektor yang terlibat:
Pertanian
Kuala Lumpur Kepong Bhd (RM 706 juta)-membangunkan sektor hiliran dalam industri kelapa sawit.Hannan Corporation Sdn Bhd (RM 72.r juta- membangunkan kompleks akuakultur udang puteh
Nova Laboratories Sdn Bhd (RM 16,29 juta)-Penyelidikan, pembangunan dan ujian praklinikal dan klinikal membangunkan tiga produk herba dan mengkomersialkan produk.

Aeroangkasa
Stand Aerospace Malaysia (RM177 juta)

Kesihatan
Vasseti Datatech Bhd (RM 400 juta)

Pemborongan dan peruncitan
Doorstep Retail Sdn Bhd (RM 35 juta) - menyediakan kemudahan dan sokongan teknikal kepada PKS (perusahaan kecil sederhana)
Koperasi Jiwa Malaysia Bhd (RM15 juta) Platform belibelah maya untuk PKS

Pembuatan
DSEM Holding Sdn Bhd RM 22 juta)-menghasilkan, mengedar dan memasarkan produk diod pemancar cahaya (LED)

Thursday 8 September 2011

Nama blog/URL

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Alamat blog adalah digunakan oleh pengunjung untuk mencari blog anda. Oleh itu rekalah alamat yang kreatif dan ringkas supaya pengunjung tertarik dan senang nak taip atas keyboard....ha ha ha. Andaikata anda tidak berpuashati dengan nama tersebut kemudiannya anda boleh ubah tanpa terjejas isi kandungannya...

Itulah yang kemungkinan akan saya lakukan kerana terasa kalau sendiripun hendak menaip nama blog saya terkial-kial dengan ejaan yang tepat.....he he he...tak boleh jadi ni...nak kena tukar juga nampaknya nama blog saya. Ok lah nak tukar nama blog dulu...bye..bye...

Ahak! Ahak! ingatkan senang nak tukar nama..rupanya kena ambil masa yang lama....rehat dulu, makan-makan bila ada kelapangan update lagi.

Jamuan Hariraya IKMAS 2011

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Selamat hari raya maaf zahir batin .....































Wednesday 7 September 2011

Wujudkan blog

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Percuma! bukan kena bayar. Kalau kena bayar saya pun tak nak. Ha ha ha bukanlah kedekut tapi nak buat benda yang tak tentu pasal yang alang-alang pandai. Mahir tidak. Nak kata tak boleh buat tu tak pasti sebabnya pandailah juga kerja menekan keyboard walaupun menggunakan dua jari sahaja. Membaca pun boleh lah sikit-sikit...ada yang faham dan ada juga yang tak faham. sekali-sekala gunalah juga kamus.

Berbalik kepada bagaimana mengwujudkan blog. Senang sahaja! Langkah yang pertama ialah anda dikehendaki membuka akaun. Buat blog ni dapat banyak duit tau....kita boleh tengok pendapatan kita setiap bulan melalui akaun kita. Macam mana nak dapatkan pendapatan "Duit" saya cerita di lain masa. Bukalah akaun dengan klik created an account on blogger.com

Apa itu "Blogger" dan "Blogspot" ?

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Dari dahulu lagi dan kini kita tertanya-tanya dua perkataan ini. Andaikata hari ini kita tidak mengetahuinya sudah pasti dimasa akan datang kita masih tertanya-tanya dua perkataan ini selagi kita tidak menerokainya.

Label Blogger ini akan saya gunakan untuk berkongi pengalaman bagaimana pengalaman usaha-usaha saya untuk mengwujudkan http://petuapaje.blogspot.com saya sendiri. Saya akan terangkan menggunakan ayat yang paling ringkas dan mudah difahami. Maklum sahajalah pada masakini bermacam-macam komitmen yang tepaksa kita laksanakan menyebabkan kita kesuntukkan masa untuk melaksanakan setiap aktiviti kelangsungan hidup.

Apa itu blogger? ha ha ha...kalau tersilap penerangannya harap maaf. Mengharapkan blogger- blogger lain tolong bantu. Help! Help! Al-maklum saya pun baru dalam bidang ini.

Ok lah. Blogger adalah merupakan suatu alat berasaskan sesawang yang membantu anda untuk menyiarkan maklumat, gambar, video, data-data dan apa sahaja kepada rakan-rakan malahan di dunia tampa sempadan ini.

Blogspot pula adalah saluran perkhidmatan sesawang blog yang disediakan oleh kumpulan blogger-blogger seperti saya.

Tuesday 6 September 2011

Public speaking/Pertuturan umum

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Kebolehan bercakap dihadapan umum tidak boleh diukur dengan kelulusan akedemik seseorang. Mempunyai kelulusan tinggi dan boleh bertutur dengan petah dikhalayak ramai adalah satu kelebihan. Pertuturan umum adalah merupakan seni yang boleh dipelajari untuk mempastikan penonton duduk dan dengar.

Perasaan gugup berhadapan dengan penonton boleh dikurangkan dengan beberapa cara seperti berikut:
1. Cukup persediaan
Buatlah persediaan dengan rapi dan sempurna supaya keyakinan bertambah dan kegugupan berkurang.

2. Biarkan penonton menilai
Perasaan tidak suka dinilai menyebabkan kita gugup. Biarkan sahaja mereka menilai apa yang kita ucapkan dan gerakgeri kita.

3. Bercakap bidang kepakaran
Elakkan bercakap yang tidak berkaitan dengan bidang kepakaran kita.

4. Kehadiran orang yang disegani
Lebih baik bercakap dihadapan orang yang tidak dikenali dibandingkan ada kenalan, saudara mara ataupun orang yang lebih kepakaran dari kita.


Ciri pertuturan umum

1. Penceramah

Cukup latihan dan maklum balas yang sempurna dari penonton. Jangan kaku bila bertutur
dan penyesuaian masa.

2. Bahan yang diperkatakan

susunan: Pembukaan ceramah mengandungi pertanyaan am, kenyataan fakta yang menarik, pernyataan keadaan yang berkaitan dengan ceramah, cerita pendek yang berkaitan atau jenaka lucu.Pertuturan hendaklah lancar dan gaya yang berbagai-bagai. Jangan memperkatakan sesuatu yang membosankan seperti soal negatif tentang diri sendiri atau orang lain.

kandungan ceramah: Menepati matlamat dan tujuan, sasaran pendengar, masa, tempat dan peralatan yang disediakan. bijaksana mengaitkan dari satu hujah ke satu hujah yang lain.

Penutup: Ungkapan teratur dan menyeluruh. Jangan mengulang perkataan
"Akhir sekali "berulangkali sedangkan anda tidak juga mengakhiri ucapan. Ini boleh menyebabkan penonton ketawa dan bercakap-cakap.

3. Pendengar

Pendengar hanya mampu memberi tumpuan selama 5-10 minit. Selepas 20 minit pendengar hanya mampu mengingat kembali 40%. Mengingat kembali 20% bagi syarahan 40 minit.

Gaya dan teknik persembahan

1. Mulakan dengan senyuman
2. Sentiasa bertenang
3. Tunjukkan penceramah berkuasa dengan berdiri menghala pendengar tanpa kelihatan takut dan gugup
4. Berdiri dengan penuh keyakinan
5. Rancangkan apa yang hendak diperkatakan
6. Ceramah hendaklah mudah dan ringkas
7. Gunakan gambar, carta, video dan slaid untuk menarik perhatian
8. Ceramah hendaklah berterusan
9. Sampaikan ceramah dengan suara yang terkawal dan bernada
10. Libatkan semua penonton
11. Jaga masa
12. Teruskan latihan

Kemahiran bertutur hanya boleh diperolehi dengan latihan. Sikap ingin mempertingkat dan memperbaiki sentiasa mesti ada pada semua yang terlibat dalam pertuturan.

flying fox

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Gayat...gayat....Terutamanya apabila hendak melepaskan punggung dari pelantar pelepas.Kalau tengok ke bawah dari pelantar itu pun sudah gayat apatah lagi saat-saat flying....macam-macam gaya ada. Ada menjerit, ketawa, pejam mata, badan lurus longlai, badan merengkuk, senyap muka pucat lesi...ha ha ha...gara-gara gayat.







Monday 5 September 2011

Childhood song

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf






Buah jambu masak.....
Masak hujung Julai....
Apa jamu kakak.........
Nasi dengan gulai.....

Jom Mandi Air Terjun Titi Hayun

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Semasa keadaan cuaca panas tentu seronok dan menyegarkan bila dapat mandi-manda di air terjun terutamanya di hujung minggu. Melihat sahaja gambar ini sudah tentu dapat merasakan kesegarannya.

Namun, awas! jangan pula terlupa menjaga keselamatan diri supaya tidak berlaku kemalangan yang mengakibatkan kecederaan.




Orang tua-tua berpesan, jika mandi di punca air seperti air terjun, sungai dan sebagainya hendaklah kedudukan kita mengadap arah air datang. Ini adalah mengelakkan kemungkinan rempuhan air yang tiba-tiba datang disebabkan hujan di sebelah hulu.

Biarpun negeri Kedah terkenal dengan Negeri Jelapang Padi namun kawasan hutannya melebihi keluasan sawah bendangnya. Selain mandi-manda, aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah seperti berkelah, berkemah, bersukan, menikmati keindahan alam dan lain-lain lagi.

Aktivi yang paling teruja untuk disertai adalah seperti meredah denai-denai hutan. Disepanjang perjalanan tersebut bolehlah kita melihat spesis hutan sama ada kecil atau besar yang mencuit hati kita.

Gambar ini adalah hanya sebahagian dari pemandang di Air Terjun Titi Hayun. Kalau datang sendiri ketempat ini pastinya pengunjung terasa aman, damai dan tenteram jauh dari kesibukan kota dan tertarik melihat suasana alam semulajadi anugerah Illahi.

ulat gonggok

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Tidak pernah lagi dengar cerita ada orang kena gigit ulat gongok.....Jadi jangan takut untuk bermain dengannya. Kemungkinan geli adalah sebab bila diletakkan di atas tapak tangan terasa kaki ulat gongok ini merayap-rayap mengeletek tapak tangan. Its fun to play with during childhood. When we touched, it will roll their body.

Serangga

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Apakah nama serangga ini ? Pernahkah anda melihat sebelum ini ? Kelihatan seperti rama-rama tetapi ia tidak terbang seperti rama-rama. Rekabentuk serangga ini seperti kapalterbang pejuang dan ia menghuni pokok pakis ini untuk menyesuaikan dengan warna tubuhnya.


Pulau Pinang dahulu kini dan masa hadapan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Dahulu Pulau Pinang lenggang sahaja jika dibandingkan dengan keadaan sekarang ini. Cuba bandingkan gambar-gambar ini dengan keadaan sekarang. Tentunya sangat jauh berbeza. Sekarang ini Pulau Pinang telah maju membangun.




Jika kita pergi ke Pulau Pinang, kita akan lihat pembangunan dari segi projek perumahan. Rumah-rumah kediaman seperti sangkar burung dan diselangi dengan kediaman mencecah kos melebihi jutaan ringgit.Projek pelancungan mengamit pelancung datang untuk menginap tetapi adalah diluar kemampuan kita untuk merasainya.

Keadaan kehidupan di sana semakin terhimpit dengan arus pembangunan. Arus kemajuan terlalu cepat bergerak kehadapan sedangkan sebahagian dari penduduknya masih jauh ketinggalan dari segi pendidikan, kemahiran dan kemantapan modal insan
Di mana sahaja penomena ini akan berlaku andainya kita lalai untuk mempersiapkan diri dari segala aspek kehidupan. Oleh itu janganlah berundur untuk memajukan diri semuga senario ini berubah dimasa hadapan. Perubahan kejayaan tidak akan dapat dicapai dalam sekelip mata seperti silap mata tetapi hendaklah diusahakan tampa lelah dan jemu.
Tepuk dada tanya selera kemanakah hala tuju kita untuk merubah segalanya.




Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...