uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Wednesday 30 November 2011

Urus Emosi Bentuk Interaksi Hasilkan Suasana Kondusif

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Setiap orang mempunyai emosi atau perasaan dan ia adalah merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai dari Maha Pencipta Allah s.w.t. Semua orang tahu tentang emosi. Rasa sedih, seronok, gembira, marah, meluat, suka, benci dan sebagainya. Emosi-emosi tersebut ada yang negatif dan ada yang positif. Sebagai individu yang berfikiran waras sudah tentu dapat membezakan yang manakah emosi positif dan yang mana pula emosi negatif. Jika emosi tersebut positif, sudah tentu mendatangkan kesan positif kepada empunya diri, bahkan kepada orang-orang yang berada disekelilingnya. Kita hidup bermasyrakat sudah tentu ada orang-orang yang berada disekeliling kita.

Tuesday 29 November 2011

Rokok Campakkan Diri Dalam Kebinasaan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Beberapa penyakit kronik yang dikaitkan dengan perokok telah lama diperkatakan lebih tiga puluh tahun lalu lagi. Namun kesedaran perokok tidak ada biarpun beberapa langkah yang telah diambil oleh pihak tertentu untuk mengurangkan gejala tersebut. 

Contohnya dengan memberi amaran bahaya di kotak rokok, menaikkan harga rokok, kempen kesedaran terhadap gejala merokok dikaitkan dengan penyakit kronik dan pakar nasihat dari Kementrian Kesihatan untuk menghilangkan ketagihan merokok seterusnya berhenti merokok.

Sunday 27 November 2011

Kepentingan Kecerdasan Emosi (EQ) Dalam Kehidupan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Pandai, bijak dan cerdik sahaja bukanlah jadi ukuran jaminan untuk seseorang berjaya sepenuhnya dalam kehidupan yang serba mencabar hari ini apatah lagi dimasa-masa akan datang. Terdapat aspek tambahan yang perlu demi menjawab persoalan tadi iaitu aspek kecerdasan emosi. Kita lihat dan dengar sendiri orang yang bijak tapi akhirnya pada satu peringkat keadaan, tidak dapat menyesuaikan diri dan mengawal emosi, akhirnya menuju kegagalan dan kehancuran.

Friday 25 November 2011

Kasturi Kijang Dalam Minyak Wangi Jadi Santapan Rohani

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Kandungan bintil kelenjar kijang jantan yang dipanggil kasturi kijang atau dalam bahasa Inggeris dipanggil musk digunakan sebagai bahan campuran untuk membuat minyak wangi. Ia adalah sebagai agen menyebarkan haruman dan juga menjadikan bau harum lebih tahan lama.

Berdasarkan kajian Ilmuwan dan ahli perubatan Islam terutamanya Imam Ibnu

Wednesday 23 November 2011

5"s" Kaizen Persekitaran Berkualiti

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Di Jepun 5"s" merupakan konsep penjagaan kebersihan di tempat kerja. 5"s" tersebut adalah Seiri(Sisih), Seiton(Susun), Seiso(Sapu), Seiketsu(Seragam), Shitsuke(Sentiasa Amal). Ia juga merupakan asas untuk program peningkatan Produktiviti dan Kualiti. Kejayaan melaksanakan program ini akan memudahkan kita melaksanakan program lain secara berkesan.

Pentingnya 5"s" adalah:
1. Tempat kerja yang bersih mempunyai   Produktiviti yang tinggi
2. Tempat kerja yang bersih mempunyai Mutu yang tinggi
3.Tempat kerja yang bersih mengurangkan  Kos
4.Tempat kerja yang bersih memastikan Pengiriman tepat
    pada    masanya
5. Tempat kerja yang bersih adalah tempat bekerja yang Selamat
6. Tempat kerja yang bersih tinggi dari segi Perangsang pekerjanya

Tuesday 22 November 2011

Cara Mengurangkan Lemak Dalam Makanan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Orang tua-tua biasanya tidak benarkan anak-anak makan bahagian organ-organ haiwan. Tentu ada sebabnyakan....sebelum itu biar saya terangkan apakah dia kolestrol.

Sunday 20 November 2011

Saranan Sajian Makan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Kita sambung kembali berkaitan gaya hidup sihat dan kaitannya dengan makan secara sihat...Makan bila lapar...berhenti sebelum kenyang...Jangan makan banyak sangat. Ikut saranan saya kalau nak maintain macam saya...ha..ha...ha.
Kumpulan 1
Nasi, roti, mi, bijirin dan produk bijirin serta ubi-ubian membekalkan nutrient 

Gaya Hidup Sihat

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Assalamualaikum....Lama sudah tidak membicarakan tentang kesihatan. Mari bincangkannya kembali...
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah:
      1.      Makan secara sihat
      2.      Lakukan aktiviti fizikal
      3.      Tidak merokok
      4.      Belajar menangani stress

Mengapa perlu makan secara sihat? Kepentingannya adalah kepada tubuh:
      1.      Membekalkan keperluan nutrient dan tenaga dari protein, lemak, karbohidrat, vitamin, mineral dan air.Nutrien dari makanan mempengaruhi fungsi dan kesejahteraan mental. Otak berfungsi dengan menggunakan sumber-sumber protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
       

Friday 18 November 2011

100 Touch Points

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Taklimat Belanjawan 2012
Tempat: Dewan Rakyat, Bandar Muazzam Anak Bukit, Kedah
Tarikh: 17 November 2011
Penganjur: Kementerian Kewangan
Isikandungan taklimat:
1. Prestasi ekonomi Malaysia dibandingkan di dalam dan di luar  negara
2. Anggaran Belanjawan 2012
3. Belanjawan 2012
4. Faedah yang diperolehi rakyat

Bunga Kebangsaan Malaysia

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

 Bunga Raya adalah Bunga Kebangsaan Malaysia. Semua ini ke? ada banyak lagi kan? atau yang mana satu?

Gambar bunga raya ini saya ambil dibeberapa lokasi....Jiran saya, Cameron Highland, Makhtab Rendah Sains MARA Merbok.....eh tenguk tu...macam-macam warna ada lagi...nak ambil gambar...macam mana ni...dalam perjalanan...kalau di rumah orang kena lah minta izin dahulu...sabar je ...lain kali lah...

Buat Model Bangunan Perlu Tekun Dan Sabar Supaya Hasil Kerja Berkualiti

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1(one) malaysia serta salam seluruh dunia...

Dinding menggunakan mounting board dan bumbung menggunakan corrugated board.  Bentuk bumbung dihasilkan menggunakan pembinaan kaedah pembentangan bentuk terlebih dahulu.

Thursday 17 November 2011

Jangan Bazir Bajet Bela Rakyat

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Saya puji Kerajaan kali ini kerana “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”. Biarpun sumbangannya sedikit tetapi berbaloi dan menepati terus kepada sasarannya sekiranya tidak membazir. Contohnya pemberian RM100 ringgit kepada anak yang bersekolah peringkat sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Bagi anak-anak yang belajar di institusi  pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6 pula mendapat baucar buku sebanyak RM200.

Wednesday 16 November 2011

Wow! Millionaire Mind Intensive

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Baru 2 hari menyertai Syarikat Pengiklanan Malaysia Asia Pasifik Naffnang ini sudah dapat tiket percuma untuk menyertai "life-transforming program" yang dianjurkan oleh Success Resources. Biar betul....Bukan seorang tapi "bring along your loved one - also with our compliments"......Wa caya sama lu...eh! di mana ?

Tuesday 15 November 2011

Al-Quran, sains dan sahsiah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Dr. Danial Zainal Abidin pada tarikh 14 November 2011 (Isnin) bertempat di Anjung Institut Kemahiran MARA Alor Setar pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi yang bertajuk Quran, sains dan sahsiah, menarik perhatian seluruh warga organisasi tersebut.
"Boleh dikatakan semua orang boleh membaca Al-Quran malahan terdapat segelintirnya hafiz Al-Quran. Pada hakikatnya Al-Quran adalah merupakan teks dan terdapat konteksnya."


Berjaya!

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Ya! sangat gembira dan lebih bersemangat sebagai blogger. Mengapa tidak! Saya bukan ada masa sangat untuk mengadap laptop. Petang lebih kurang 20minit sahaja. Bila malam adalah lebih masa sedikit. Kalau terlebih semangat, itu yang boleh terlajak sampai pukul 3 pagi. Walaupun berjaga malam dan bangun pagi awal, saya tidak lah pula mengantuk atau tertidur di siang hari. Kecualilah di hujung minggu, memang sengaja ambil masa untuk tidur sekejap...kononya ingin merasai nikmat tidur siang. Kadang-kadang tu sayang juga. Ada peluang dah tapi mata tidak mahu terlena. Bila dah keadaan macam itu, buat apa lagi hendak tunggu. Bangun je lah...buat lah sesuatu yang berfaedah.

Perbelanjaan Strategi Pemasaran Penjualan Rumah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Beberapa strategy pemasaran boleh dilaksanakan untuk melariskan penjualan rumah. Di antara strategi tersebut adalah seperti mengedarkan brosur, menyertai ekspo-ekspo, pameran, pengiklanan di akhbar dan terkini boleh menyiarkannya di laman web.

Saturday 12 November 2011

Pengurusan Projek Pembinaan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Pengurusan projek secara professional dan efisien adalah sangat diharapkan. Kumpulan pembinaan yang penyumbang kepada proses pembinaan perlu meningkatkan kebolehan mengurus dari masa kesemasa seiring dengan pembangunan fizikal.
The Chartered Institut Of Building (CIOB) United Kingdom (1982:12:1992:3), dan Greenwood (1987/1988) menakrifkan “Pengurusan Projek” adalah suatu proses keseluruhan perancangan, kawalan dan koordinasi sesuatu projek dari awal hingga akhir bertujuan memenuhi kehendak klien dan memastikan projek disiapkan pada masa dan kos yang dibenarkan serta memenuhi piawaian kualiti.

Pengurus Projek Pembinaan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
 Dikatakan (CIUB 1982:14) bahawa pelantikan seseorang pengurus projek adalah bagi meringankan tanggungjawab klien dalam menyediakan suatu organisasi untuk menguruskan perkara-perkara berkaitan reka bentuk dan pembinaan projek. Penjelmaan seseorang pengurus projek dalam organisasi pengurusan projek sepatutnya bermula pada tahap paling awal fasa projek lagi. Keperluan ini menjadi lebih ketara terutamanya apabila tahap bentuk, deskripsi dan jangka waktu sesuatu projek belum lagi ditetapkan (1992:105). Keadaan ini bertujuan memberi peluang dan keadilan serta kepuasan kepada semua pihak daripada klien, pasukan pembina, para juruperunding dan termasuklah pengurus projek itu sendiri.

Friday 11 November 2011

Petua Kempiskan Perut

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf




Amalkan senaman Rengkuk Tubi Separa....Saya sudah lama mengamalkan senaman ini....

Masa hendak tidur...buat 10 kali...Masa hendak bangun dari tidur...buat 10 kali...ada kelapangan buat 10 kali....

Kalau dah amalkan bertahun-tahun...tak kan tak kempis-kempis kot...

Kalau dah kempis tentu boleh pakai kebaya macam saya....he he he...

Jangan tidak amalkan....bye....






















Jelajah Gua Wang Burma, Taman Negeri Perlis, Malaysia

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Gua Wang Burma terletak di Taman Negeri Perlis. Kepada sesiapa yang hendak menjelajah ke dalam gua ini memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Ini adalah kerana perjalanan menuju ke pintu gua ini sahaja terpaksa bejalan kaki dengan pantas lebih kurang 1kilometer. Keadaan laluan pula berhalangan seperti naik turun bukit, meredah denai yang basah dan licin, meredah air, halangan dahan, akar dan kayu patah dan yang paling ditakuti dan mengelikan adalah pacat-pacat yang berjengkit-jengkit menyerbu ke kaki bila terhidu bau darah manusia.


Kadang-kadang terpaksa melompat, merangkak, berpaut dan mengharung air sebelum sampai  ke pintu gua. Sesiapa yang tidak tahan dengan keadaan ini ditambah lagi dengan kekurangan daya tahan fizikal, maka terpaksalah berpatah balek dan membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalan.





Bercerita pasal pacat...walaupun beberapa ikhtiar telah dilakukan...entah bagaimana pacat-pacat tersebut boleh menyusup dalam baju, di kaki dan boleh sampai di atas kepala. Pastinya keadaan ini amat menakutkan gadis-gadis yang terdiri dari pelajar-pelajar hingga menjerit terguling-guling di atas tanah.

Perjalanan di dalam gua juga sangat memenatkan dan menakutkan. Kegelapan di dalam gua sangat menakutkan, hanya diterangi dengan cahaya lampu suluh yang dibawa masing-masing. Di dalam gua tersebut kita akan terjumpa katak bersaiz besar, kulit ular yang besar dan kelelawar yang berterbangan bila terdengar bunyi bising.

Perjalanan di dalam gua sangat memenatkan kerana adakalanya terpaksa meragkak, membongkok, berjalan itik, meniarap dan memanjat menggunakan tali. Paling melucukan ialah apabila hendak memboloskan diri di celahan batu gua.

Bayangkan kami terpaksa baring menelentang dan menunjalkan kaki sambil tangan kami terpaksa ditarik oleh kawan-kawan  yang telah melepasi laluan sempit tersebut....Kalau badan melebihi 80kg sudah pasti tidak lepas. Kebiasaanya berat badan sedemikian, awal-awal dalam perjalanan lagi sudah berpatah balek.

Keindahan di dalam gua sungguh menakjubkan. Formasi yang terjadi telah mengambil masa beratus-ratus tahun. Di dalam gua ini juga terdapat kulit-kulit siput lama dan anak-anak ikan menandakan gua ini pernah menjadi sebahagian dari pantai dan laut.





Thursday 10 November 2011

Hilangkan Bau Petai

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum....


Kadang-kadang kita tidak berselera hendak makan nasi walaupun sudah ada lauk sayur, ikan, daging, sambal dan lain-lain lagi.


Apa kata jika kita sediakan ulam petai. Makan nasi berulamkan petai, cicah budu apatah lagi ditambah dengan tempoyak memang menyelerakan. Ramai yang enggan berulamkan petai memikirkan kesan baunya dari memikirkan khasiatnya.


Wednesday 9 November 2011

Berjaya Setanding Lelaki

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
    CIRI-CIRI WANITA BERJAYA SETANDING LELAKI
  1. Memberi keutamaan kepada perkara penting
  2. Lengkapkan diri dengan ilmu
  3. Patuhi arahan elak pelbagai kemungkinan
  4. Jangan lurus bendul
  5. Jangan gadai maruah
  6. Jadi yang terbaik dengan usaha berlipat ganda
  7. Buat penyelidikkan sebelum bertindak
  8. Jangan lawan ego lelaki
  9. Bersikap professional
    
     CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA
  1. Lengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu dalam bidang diceburi
  2. Motivasi dan desakan diri untuk lakukan terbaik mungkin
  3. Bersikap tegas
  4. Praktikal dan berfikiran terbuka
  5. Jujur dengan diri sendiri dan dalam pengurusan masa
  6. Bangga dan memandang tinggi apa yang dibuat
  7. Mahir berkomunikasi
      
     Berjaya dari segi keagamaan
  1. Menjaga kesopanan
-          Pergaulan
-          Cara berpakaian
-          Cara bercakap
  1. Adil dan bersungguh-sungguh
  2. Pohon kekuatan dan keredhaan dariAllah
     
     CABARAN
  1. Bank kurang berkeyakinan terhadap kemampuannya untuk memberi pinjaman
  2. Persaingan yang hebat
  3. Tiada ilmu pengetahuan dan kemahiran
  4. Detik indah perlu dikorbankan

Friday 4 November 2011

Hollow steel structure

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
 Location: Jeti Pulau Marina Lumut Perak Malaysia








Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...