uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday, 28 March 2014

Kehilangan Dan Pencarian (SAR) #MH370 Yang Tiada Kesudahan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Salam takziah diucapkan kepada semua keluarga, tidak mengira Agama, Bangsa dan Negara yang terlibat dalam peristiwa kehilangan Pesawat #MH370 milik Malaysia Airline (MAS) yang kini telah 21 hari, dari 8hb. Mac, 2014 namun masih belum dapat ditemui.

Sewajarnyalah juga kita memberi penghormatan kepada Pilot, Krew Penerbangan dan semua Penumpang yang telah terkorban bukan sebaliknya menerima cercaan, penghinaa, tohmahan dan spekulasi negatif yang menguris hati waris-waris yang sedang menderita meratapi pemergian sanak saudara yang belum diketahui hilang entah di mana. Sedangkan sesiapa sahaja yang tidak terlibat secara langsung pun boleh terguris perasaan, hiba dan berlinangan air mata bila mendengar berita-berita yang disiarkan, inikan pula waris-waris yang terdekat.

Aku berandaian juga, kemungkinan kata-kata yang dihemburkan berbaur negatif kerana adanya perasaan marah, tidak puas hati, terkejut disamping spekulasi pelbagai yang mencurigakan. Sudah sampai masanya kepada pelaku-pelaku tersebut memohon maaf secara terbuka kepada waris kelurga semuga mendapat kemaafan, diampuni dan dirahmati Allah subhanahuwataala. Mangsa yang terkorban pula bersemadi dalam keadaan aman, mendapat keampunan Allah dan mati syahid akhirat.

Kita juga perlu akur ketentuan Allah, ada sebab dan musababnya terjadi, muga semua pihak yang terlibat lebih berwaspada dan membaiki kelemahan yang ada demi kepentingan Agama, Bangsa dan Kedaulatan Negara. Keakuran ketentuan Takdir dengan tidak mengeluarkan kata kata yang menunjukkan kelemahan Diri, Bangsa dan Negara kerana setiap kenyataan dalam laman sosial adalah dibaca oleh pencari maklumat secara global.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat #MH370 melibatkan 26 buah negara termasuk negara Malaysia sendiri bagai menuju ke medan peperangan dengan mengerakkan aset masing-masing, petanda keperihatinan dan kerjasama semua pihak. Diharapkan semua negara yang terlibat tidak berganjak untuk terus menerus mencari bukti terutamanya untuk mencari kotak hitam yang mampu memberi isyarat dalam tempoh 30 hari, yang berbaki 9 hari.

Semuga doa-doa terus mengiringi penumpang MH370 yang hilang dan kepada individu yang terlibat dalam pencarian.

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...