uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Thursday 12 June 2014

Ancaman Akidah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Bermohonlah kepada Allah subhanahu wa taala untuk berlindung dari keburukkan diri, amalan buruk diri sendiri dan supaya Allah sentiasa tunjukkan jalan lurus, benar dan diredhai.

Diharapkan ilmu yang benar dan betul dapat menjadi benteng untuk menilai terjahan dari ancaman akidah. Jika kita menuntut ilmu secara formal atau pun tidak, maka perhatikan dan siasatlah dahulu samada ajaran terebut benar-benar disyariatkan oleh ahli Sunnah waljamaah berlandaskan Al-quran, hadith dan sunnah Nabi Muhamad S.A.W


Kalau tindakan, amalan yang pelik-pelik...tanya dalam hati..Agak-agak Nabi Muhamad S.A.W macam itu ke? Contohnya jika seseorang itu berzikir, tok guru dan anak muridnya menari terlompat-lompat dan berpusing-pusing...Tanya diri sendiri. Nabi Muhamad S.A.W dan Para Sahabat Nabi begini ke? Jika jawapannya tidak maka perlu ditinggalkan kerana ia adalah merupakan ajaran sesat.

Teliti juga kata-kata Tok guru tersebut adakah memuliakan Nabi, Kaum Keluarga dan Para Sahabatnya. Jangan biarkan diri ibarat batang pisang dan tok Guru bertindak seperti Pemandi Mayat. Ternyata modes operandi ajaran sesat semuanya adalah sama iaitu untuk menyesatkan akidah orang-orang Islam. Jauhkanlan diri dari tersesat dan terjerumus dalam kekufuran.

Wassalam


 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...