uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Wednesday, 19 September 2012

Tutup Bulan Syawal, Bulan Raya Aidil-Fitri

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Raya kali ini saya dapat ucapan raya melalui sms, email dan  dapat 4 keping kad raya. Kad raya tersebut  dari rakan kerja di IKM Lumut, bekas pelajar-pelajar yang sedang dan telah menamatkan latihan . Salah satu daripadanya ialah dari Hani batch 2009/2010...Terima kasih kad raya tersebut. Cantik kad raya, exploded lagi gitu.... ...gambarnya berperada emas, Hak Cipta Terpelihara oleh Kit-kard Corp. Tak boleh tunjuk.....

Lebih teruja lagi kad tersebut ada sajak tentang pengorbanan guru. Sebagai guru kami memang perlu berkorban demi kepentingan Agama, bangsa dan Negara. Sebenarnya pengajar dan pelajar selaku anak murid perlu saling bergantungan untuk mencapai wawasan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran demi kelangsungan hidup di masa akan datang. Mengikut visi MARA untuk menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat mertabat bangsa.

Sajak itu juga menegaskan sebagai pelajar tidak terbalas jasa kami. Sebenarnya kami tidak pernah mengharap pembalasan biarpun kamu semua telah mencapai tahap profesion atau meraih kekayaan rezeki yang lebih baik daripada kami. Andai kamu semua berjaya, kami tumpang gembira. Itulah yang kami harapkan dan merupakan satu kebahagian kepada kami bila dapat merialisasikan impian juga harapan ibu-bapa kamu.
Terima kasih juga di atas CD lagu yang diselitkan sekali di dalam kad raya tersebut. CD koleksi lagu hari raya, ada lagu Menjelang Hari Raya, Suasana Riang Di Hari Raya, Lagu Aidilfitri, Lagu Cahaya Aidilfitri, Lagu Dendang Perantau, Lagu Suasana Riang Aidilfitri, Satu Hari Di Hari Raya, Selamat Hari Raya dan Ucapan dan Doa Hari Raya...Bestnya sebab percuma! Ha ha ha...

Hari ini pun masih ada lagi jamuan raya walau bulan Syawal telah berlalu 2 hari....ketupat, rendang, lontong, laksa, lemang dan kuih-muih pun banyak lagi. Tak boleh jadi ni...Asyik makan je...kerja-kerja nanti tergendala pula. Tutup bulan raya Aidil-Fitri. Tutup! Tutup! Tutup! Diistiharkan tutup....

Kalau duit banyak, hari-hari boleh raya...masalahnya.....banyakkah duit atau harta kita mengatasi harta-harta bukan bumiputera yang datang berhijrah di Negara kita yang tercinta ini. Malaysia merdeka...merdekakan lah diri kita dari belengu tersebut.

Selamat tinggal bulan Syawal, bulan Hari Raya kepada semua umat muslimin dan muslimat....

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...