uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Saturday 22 September 2012

www.Nuffnung.com Muka Baru. Welcome Back!

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Muka baru www.Nuffnung.com nampak lebih profesional. Sedap mata memandang. Nak sign up atau sign in lebih mudah dan tidak menunggu lama. Tidaklah berserabut macam dulu.

Bila sudah lama tidak menjengah Nuffnung dan ada pula perubahan baru, memang mengujakan. Sudah hampir sebulan rasanya tidak menjengah muka Nuffnung lantaran kesibukan hal urusan anak-anak di rumah, anak-anak murid dan urusan kerja yang terlalu banyak program. Terlalu sibuk diwaktu pagi, tengahari, petang dan malam, sehingga tiada waktu senggang untuk melaksanakan tuntutan hobi-hobi. Harap-harap segala kerja-kerja yang tergendala beberapa ketika ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat dan pulih seperti sediakala.

Ok...Jangan lupa menjengah www.Nufnung.com....Sign up!.....Sign in! Bila sudah join Nuffnung....Bolehlah pula joint Churp-Churp Malaysia, my.churpchurp.com......Share the campaingn..Untuk dapat reward....

http://Petuapaje.blogspot.com

Friday 21 September 2012

Jampi Biar Anjing Tidak Gigit

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Sesiapa sahaja takutkan anjing. Takut kena gigit, bahkan bukan itu sahaja...kesan gigitannya kena samak. Ada juga anjing yang sampai membunuh manusia. Kanak-kanak sekolah dan bahkan anak murid saya yang sudah remaja pun selalu kata takut nak lalu di jalan atau di lorong tertentu kerana ada anjing. Saya dah pun ajarkan ayat ini, rasanya mereka akan lupa kerana tidak dicatitkan. Masa zaman-zaman dahulu, kalau orang tua-tua ajarkan sesuatu ilmu, bukan mereka catitkan. Salah satu sebabnya ialah kemungkinan mereka adalah terdiri dari kalangan tidak pandai menulis.

Penerima ilmu pun ada masalah juga kerana pada saat orang tua-tua mengajarkan sesuatu ilmu, tiada pensil dan kertas untuk mencatit. Orang tua-tua dahulu pun, kalau dia ajarkan, sekali sahaja, kalau dapat, dapat lah, kalau tak dapat maknanya memang tidak layak mewarisi ilmu-ilmu tersebut.

Wednesday 19 September 2012

Tutup Bulan Syawal, Bulan Raya Aidil-Fitri

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Raya kali ini saya dapat ucapan raya melalui sms, email dan  dapat 4 keping kad raya. Kad raya tersebut  dari rakan kerja di IKM Lumut, bekas pelajar-pelajar yang sedang dan telah menamatkan latihan . Salah satu daripadanya ialah dari Hani batch 2009/2010...Terima kasih kad raya tersebut. Cantik kad raya, exploded lagi gitu.... ...gambarnya berperada emas, Hak Cipta Terpelihara oleh Kit-kard Corp. Tak boleh tunjuk.....

Lebih teruja lagi kad tersebut ada sajak tentang pengorbanan guru. Sebagai guru kami memang perlu berkorban demi kepentingan Agama, bangsa dan Negara. Sebenarnya pengajar dan pelajar selaku anak murid perlu saling bergantungan untuk mencapai wawasan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran demi kelangsungan hidup di masa akan datang. Mengikut visi MARA untuk menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat mertabat bangsa.

Sajak itu juga menegaskan sebagai pelajar tidak terbalas jasa kami. Sebenarnya kami tidak pernah mengharap pembalasan biarpun kamu semua telah mencapai tahap profesion atau meraih kekayaan rezeki yang lebih baik daripada kami. Andai kamu semua berjaya, kami tumpang gembira. Itulah yang kami harapkan dan merupakan satu kebahagian kepada kami bila dapat merialisasikan impian juga harapan ibu-bapa kamu.

Sunday 9 September 2012

Nostalgia Keretapi Tanah Melayu Menggunakan Wap

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Kepala keretapi Tanah Melayu
Lokasi: Stesen Keretapi Tanah Merah Kelantan

Cuti berhari raya di kampong baru ni, dalam perjalanan ke majlis alumni suami di sekolahnya...terpandang kepala keretapi ini.

Bagus juga dibina mercu tanda ini, kalau tidak, orang luar mesti tercari-cari dimana setesen keretapi di Pekan Tanah Merah ini.






Saturday 8 September 2012

Kampong Hujung Batu Perlis

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Hujung minggu lepas menghadiri jamuan kenduri meraikan pengantin anak kawan suami di Kampong Hujung Batu. Dalam hati...Oh..padanlah dipanggil kampong Hujung Batu sebab dekat kampong tersebut ada batu. Sungguh cantek pemandangannya.....

Di sebalik pemandangan tersebut rupanya ada beberapa buah homestay dalam pembinaan.

Tentu penduduk kampong ini bangga kerana terdapatnya pemandangan yang cantek di kampong mereka.

Sambutan Jamuan Raya JPJ Perlis

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Jamuan raya lagi...pada 7hb. September 2012 di Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis dari jam 8.30 petang hingga 10.00 malam.

Banyaknya makanan...ada daging kambing bakar, nasi tomatoo, acar timun, gulai daging, ayam masak goreng berlada, sambal belacan. Makanan lain, keawtiau goreng, mee bandung, rojak buah, ais krim, Air batu campur, air oren, teh tarik...... Buah pisang pun ada.

Aku makan tak henti-henti sampai nak ambil gambar pun terlupa. Sudahnya duduk setempat sahaja sambil mengambil gambar.

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...