uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Saturday, 13 July 2013

Arnab Kesayangan Di Terkam Anjing

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Anak tanya, bukankah sebelum dia pergi ke luar negara, saya ada memelihara arnab. Saya katakan kepadanya bahawa saya sampai sekarang masih bagaikan tergamam sebab itulah saya tak pernah posting pasal arnab dalam blog.

Biasanya saya lepaskan arnab keluar dari rebannya sebelah petang tapi balik tengahari itu tiba-tiba saya lepaskan. Masuk sahaja ke dalam bilik tidur, saya menjengah keluar melalui tingkap dan alangkah terkejutnya, entah bagaimana 3 ekor anjing memboloskan diri ke dalam pagar kawasan rumah



 melalui longkang dan menerkam arnab yang
berwarna kelabu.

Sebelumnya saya telah menyembang dengan pelajar, saya ada memelihara arnab. Mereka kata nanti kita sembelih untuk buat sate. Saya pun setuju dan akan menyemblih arnab tersebut bila sudah besar.

Dah mati, tak ada rezeki. Lagi seekor berwarna putih, seminggu kemudiannya mati pula. Kemungkinan ada berlaku kecederaan pada tubuh badannya kerana ia menunjukkankan rasa takut bila
hendak ditangkap.

Anak saya kata pelihara lah lagi arnab tapi saya katakan padanya saya sudah serik. Sekarang ini saya pelihara burung-burung yang bebas lepas dengan meletakkan sisa makanan di tepi rumah. Saya juga memberi makan 4 ekor kucing hitam liar di tepi rumah.

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...