uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday, 31 December 2013

Islam Agama Kasih, Sayang dan Perdamaian

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Hilangnya kasih sayang, maka banyaklah terjadi pertentangan, pertengkaran, pergaduhan, pengabaian dan peperangan. Gejala ini boleh menimbulkan kehilangan nyawa. Sifat kasih sayang merupakan kurnia Allah dan  adalah tanda keimanan terhadap Allah Yang Maha Berkuasa. Rasa kasih sayang bukan sahaja ditujukan kepada umat Islam bahkan ditujukan juga kepada semua makhluk dan segala ciptaan Allah yang ada dalam alam semesta ini. Firman Allah Subhanawata'ala:

 وابتغ فيما آتاك الله الدار الآخرة ولا تنس نصيبك من الدنيا وأحسن كما أحسن الله إليك ولا تبغ الفساد في الأرض إن الله لا يحب المفسدين 
Al-Qasas:28:77: Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakkan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakkan.


Nikmat yang kita perolehi di dunia ini adalah kurnia Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang maka bersyukurlah. Setiap Surah dalam Al-Quran didahului dengan Bismillahir Rahmaanir Rahiim. Ertinya "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang". Setiap umat Islam juga dianjurkan memulakan sesuatu pekerjaan yang merupakan ibadah dengan Bismillahir Rahmaanir Rahiim. Ini bererti bahawa Sifat Allah dalam hal kasih sayang tersebut mempunyai nilai yang sangat tinggi.

Allah juga telah memberi petunjukNya dalam firmanNya:

 ذلك الذي يبشر الله عباده الذين آمنوا وعملوا الصالحات قل لا أسألكم عليه أجرا إلا المودة في القربى ومن يقترف حسنة نزد له فيها حسنا إن الله غفور شكور

Ash-Shura:42:23: Itulah (kurnia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal yang salleh. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan". Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.

Memelihara sifat kasih sayang dalam keluarga, masyarakat, bangsa dan negara berdasarkan keikhlasan akan membawa kebahagiaan lahir dan batin samada di dunia dan di akhirat. Rasa kasih dan sayang akan dianugerahkan oleh Allah Ar-Rahman, Allah Ar-Rahim hanya kepada hambanya yang beriman dan beramal salleh.

Firman Allah Subhanawata'ala:
 إن الذين آمنوا وعملوا الصالحات سيجعل لهم الرحمن ودا
Maryam:19:96: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.
Sabda Nabi Muhamad SAW: "Berlaku kasih sayanglah terhadap mereka penghuni bumi, niscaya kamu akan dikasihi oleh Zat yang ada di langit".
http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...