uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday, 17 December 2013

Pengertian Islam

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Menurut Hadith Jibril  'alayhis-salam menerangkan: Dimana ketika Jibril datang bertemu Nabi berupa seorang A'rabi dan bertanya kepada baginda supaya dapat didengari oleh orang-orang yang hadir dan mereka dapat mempelajari urusan agama.

Dalam hadith ini disebutkan:
Maka beritahulah kepadaku tentang Islam? Jawab Rasulullah SAW: " Islam itu ialah engkau bersaksi bahawa tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah, mendirikan salat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke baytulLah jika berupaya".

"Rukun Islam" yang pertama bahkan menjadi anak kunci bagi seseorang masuk Islam adalah  melafazkan "Kalimah Al-Taqwa":
 أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله
Ertinya: "Aku meyakini serta menerangkan kebenaran, bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah"

Islam itu adalah tunduk, patuh dan menyerah diri kepada Allah Rabb al-'Alamin, yakni kepada sunnah al-kawniyyahNya meliputi keseluruhan makhluk secara sukarela, baharulah memberi kesan kepada pahala dan dosa.

Buktinya ialah tunduk yang bersungguh-sungguh terhadap syariat Allah serta benar-benar reda menerimanya tanpa diikat sebarang batas, syarat dan tuntutan tertentu, baharulah diredai di sisiNya, diwahyukan kepada para rasulNya yang mulia dan disampaikan kepada manusia seluruhnya.

Aal-i-Imran 3:19: إن الدين عند الله الإسلام 
"Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam"


Aal-i-Imran3:85 ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين
"Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi".

Islam itu adalah sistem dan peraturan yang lengkap menyeluruh bagi mengatur segala urusan hidup dan tingkahlaku manusia. Sesiapa yang menurut sistem dan peraturan ini diberi pahala dan sesiapa yang mengingkari dikenakan dosa.

Luqman 31:22:
 ومن يسلم وجهه إلى الله وهو محسن فقد استمسك بالعروة الوثقى وإلى الله عاقبة الأمور
"Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan  tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan".

Lafaz islam itu dikhususkan kepada din yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW daripada Rabbnya. Takrif Islam dalam pengertian yang lebih khusus ini telah dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya:

Al-Maaida 5:3
اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu".

Islam itu ialah kepatuhan secara sukarela kepada Allah Rabb al-'Alamin. Buktinya ialah ketaatan terhadap syariat Allah yang telah diwahyukan kepada Rasulnya Muhammad SAW dan telah diperintahkan kepada Baginda supaya menyampaikannya kepada manusia.

Ajaran yang telah diturunkan Allah Ta'ala ke atas Rasulnya Muhammad SAW itu meliputi hukum 'aqidah, akhlak, ibadah, mu'amalat, hukum-hukum dan berita-berita yang terkandung di dalam al-Quran al-karim dan al-Sunnah al -Mutahharah. Itulah din Allah, iaitu Islam

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...