Assalamualaikum....Lama sudah tidak membicarakan tentang kesihatan. Mari bincangkannya kembali...
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah:
1. Makan secara sihat
2. Lakukan aktiviti fizikal
3. Tidak merokok
4. Belajar menangani stress
Mengapa perlu makan secara sihat? Kepentingannya adalah kepada tubuh:
1. Membekalkan keperluan nutrient dan tenaga dari protein, lemak, karbohidrat, vitamin, mineral dan air.Nutrien dari makanan mempengaruhi fungsi dan kesejahteraan mental. Otak berfungsi dengan menggunakan sumber-sumber protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
2. Mencegah dan merawat keadaan kekurangan zat makanan. Pemakanan seimbang juga boleh mencegah dan merawat obesity dan penyakit yang berkait dengannya seperti penyakit jantung, hipertensi, gout, kanser, diabetes dan osteoporosis
Keperluan harian kalori untuk dewasa
Lelaki 2500 kalori
Perempuan 2000 kalori
Kanak-kanak 1500 kalori
Makan secara sihat
Tidak ada satu jenis makanan pun yang dapat membekalkan semua nutrient yang kita perlukan. Oleh itu nikmatilah pelbagai jenis makanan. Namun makanlah secara sederhana dan waktu yang teratur.
SARANAN SAJIAN MAKANAN | |||
Kumpulan makanan | 1500 kcal | 2000 kcal | 2500 kcal |
Nasi, mi, roti, bijirin dan produk bijirin serta ubi-ubian | 4 | 6 | 8 |
Sayur-sayuran | 3 | 3 | 3 |
Buah-buahan | 2 | 2 | 2 |
Ikan | 1 | 1 | 1 |
Ayam, daging, telor | ½ | 1 | 1 |
Kekacang | ½ | 1 | 1 |
Susu | 1 | 2 | 3 |
No comments:
Post a Comment