uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday, 22 November 2011

Cara Mengurangkan Lemak Dalam Makanan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Orang tua-tua biasanya tidak benarkan anak-anak makan bahagian organ-organ haiwan. Tentu ada sebabnyakan....sebelum itu biar saya terangkan apakah dia kolestrol.
Kolestrol adalah merupakan sejenis lemak yang merupakan bahan utama untuk penghasilan hormon dan asid hempedu serta bahan dinding sel. Organ hati akan memproses dan menghasilkan kolestro dalam badan. Kolestrol juga boleh didapati dari sumber makanan berasaskan haiwan terutama organ dalaman (hati, otak, ginjal, jantung), kuning telor, udang, sotong, dan ikan bilis (dengan kepala). Pengambilan lemak dan kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan penyumbatan salur darah dengan cara membentuk plak di dinding saluran darah. Semakin tebal plak semakin sempit saluran darah. Maka semakin kuat tekanan diperlukan untuk peredaran darah dan keperluan oksigen. Dengan itu meningkatkan peluang mendapat hipertensi, penyakit kardiovaskular dan sebagainya.

Jadi bagaimanakah cara-caranya untuk mengurangkan lemak dalam makanan kita?Senang sahaja....
1. Buangkan kulit ayam atau lemak yang kelihatan pada daging.
2. Hadkan makan organ dalaman kurang atau 2 kali sahaja dalam sebulan
3. Pilih susu rendah lemak atau susu skim dan gunakan salad dressing rendah lemak.
4. Semasa memasak pula gunakan periok tekanan tinggi, ketuhar gelombang mikro, guna kuali atau periok tidak melekat.
5. Gunakan kaedah memasak secara panggang dan rebus
6. Elakkan mengoreng makanan dan sekiranya mengoreng pastikan minyak betul-betul panas
7. Gunakan tisu atau kertas penyerap minyak
8. Kurangkan kekerapan pengambilan makanan tinggi lemak seperti roti canai (31% lemak), Nasi briyani (27% lemak), mi kari (4% lemak), Mi goreng (39% lemak), kuetiau goreng (44% lemak), nasi ayam (34% lemak)

KANDUNGAN KOLESTROL MAKANAN
Makanan
Kandungan kolestrol
(mg/100g)

Otak
1000
Telor (ayam, itik)
500
Ikan bilis dengan kepala
380
Hati
180
Udang, sotong dan ketam
120
Mentega
100
Ayam dan kambing
90
Kerang
50
Susu
40
Ikan
40

Tengok tu...ikan paling rendah kolestrol. Sanggup ke kan nak makan ikan selalu, di bandingkan dengan yang lain. Sanggup tak?

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...