Gua Wang Burma terletak di Taman Negeri Perlis. Kepada sesiapa yang hendak menjelajah ke dalam gua ini memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Ini adalah kerana perjalanan menuju ke pintu gua ini sahaja terpaksa bejalan kaki dengan pantas lebih kurang 1kilometer. Keadaan laluan pula berhalangan seperti naik turun bukit, meredah denai yang basah dan licin, meredah air, halangan dahan, akar dan kayu patah dan yang paling ditakuti dan mengelikan adalah pacat-pacat yang berjengkit-jengkit menyerbu ke kaki bila terhidu bau darah manusia.
Kadang-kadang terpaksa melompat, merangkak, berpaut dan mengharung air sebelum sampai ke pintu gua. Sesiapa yang tidak tahan dengan keadaan ini ditambah lagi dengan kekurangan daya tahan fizikal, maka terpaksalah berpatah balek dan membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalan.
Bercerita pasal pacat...walaupun beberapa ikhtiar telah dilakukan...entah bagaimana pacat-pacat tersebut boleh menyusup dalam baju, di kaki dan boleh sampai di atas kepala. Pastinya keadaan ini amat menakutkan gadis-gadis yang terdiri dari pelajar-pelajar hingga menjerit terguling-guling di atas tanah.
Perjalanan di dalam gua juga sangat memenatkan dan menakutkan. Kegelapan di dalam gua sangat menakutkan, hanya diterangi dengan cahaya lampu suluh yang dibawa masing-masing. Di dalam gua tersebut kita akan terjumpa katak bersaiz besar, kulit ular yang besar dan kelelawar yang berterbangan bila terdengar bunyi bising.
Perjalanan di dalam gua sangat memenatkan kerana adakalanya terpaksa meragkak, membongkok, berjalan itik, meniarap dan memanjat menggunakan tali. Paling melucukan ialah apabila hendak memboloskan diri di celahan batu gua.
Bayangkan kami terpaksa baring menelentang dan menunjalkan kaki sambil tangan kami terpaksa ditarik oleh kawan-kawan yang telah melepasi laluan sempit tersebut....Kalau badan melebihi 80kg sudah pasti tidak lepas. Kebiasaanya berat badan sedemikian, awal-awal dalam perjalanan lagi sudah berpatah balek.
Keindahan di dalam gua sungguh menakjubkan. Formasi yang terjadi telah mengambil masa beratus-ratus tahun. Di dalam gua ini juga terdapat kulit-kulit siput lama dan anak-anak ikan menandakan gua ini pernah menjadi sebahagian dari pantai dan laut.
No comments:
Post a Comment