uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday, 15 November 2011

Berjaya!

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Ya! sangat gembira dan lebih bersemangat sebagai blogger. Mengapa tidak! Saya bukan ada masa sangat untuk mengadap laptop. Petang lebih kurang 20minit sahaja. Bila malam adalah lebih masa sedikit. Kalau terlebih semangat, itu yang boleh terlajak sampai pukul 3 pagi. Walaupun berjaga malam dan bangun pagi awal, saya tidak lah pula mengantuk atau tertidur di siang hari. Kecualilah di hujung minggu, memang sengaja ambil masa untuk tidur sekejap...kononya ingin merasai nikmat tidur siang. Kadang-kadang tu sayang juga. Ada peluang dah tapi mata tidak mahu terlena. Bila dah keadaan macam itu, buat apa lagi hendak tunggu. Bangun je lah...buat lah sesuatu yang berfaedah.
Berbalik kepada sangat gembira tadi ialah berkenaan hendak memasukkan iklan ke dalam blog. Mungkin bukan rezeki saya dengan Chittaka. Pertamanya masalah bahasa. Mengaku je lah.....Perkara kedua bukan masalah dari saya sendiri tapi masaalah dari Advertising Company itu sendiri. Ia itu dia hanya melayani permintaan blogger yang berada di benua Eropah sahaja....Ya lah berniaga ni bukan lah boleh tamak sangat. Nak takluk satu dunia tapi keupayaan tiada akhirnya memungkinkan kegagalan.

Saya juga menawarkan syarikat pengiklanan Adsence Google untuk mengiklan produk dari syarikat berdaftar dengannya. Masalah saya ialah, buat blog dahulu baharu baca polisi, terma dan syarat-syaratnya. Bila saya kemukakan permohonan saya. Dia menghargainya tapi dia akan buat analisa dahulu. Rupanya dia menilai tingkahlaku saya semasa berblog mengikut polisi yang telah digariskan. Setelah seminggu dia memberi jawapan bahawa saya tidak layak dan akaun saya tidak di sahkan kerana tidak mengikut polisi, terma dan syaratnya. Bila saya fahamkan...oh...oh...Ya lah sebelum hendak kesuatu destinasi kita mesti selidik dahulu....Saya daftar sekali lagi...tapi tersilap langkah lagi...Dalam hati saya mesti syarikat itu kata..."Eh-eh! tak faham-faham kot dia ni." Walaupun tidak bersua tapi terasa malu juga.. Dia menawarkan lagi tapi saya jadi lebih malu...takut nanti macam dengan syarikat mula-mula tu...

Akhirnya saya buat keputusan menyertai Nuffnang Malaysia/Asia Pacifik Blog Advertising Company. Cara menyertainya senang tanpa banyak syarat. Akhirnya saya saya sangat gembira .....He he he. Aku bakal Jutawan Internet .....

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...