uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Jumaat, 20 Julai 2012

Anugerah Kecemerlangan Sek. Keb. Seberang Perak Baru

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Ucapan Guru Besar di atas pentas yang berhias cantek
Tarikh:     18hb. Julai 2012
Tempat:   Dewan Sri Perak
Masa:      8.30 - 12.45 pagi

Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Haji Abdul Muthalib bin Harun, JP, Pengerusi Kumpulan WETRA.

Saya berada dimajlis ini kerana anak saya Nur Aizzah tahun 6 mendapat anugerah kecemerlangan kedudukan dalam aliran dan mata pelajaran terbaik. Mula-mula saya memang tidak bercadang untuk menghadiri majlis kerana kesibukkan urusan kerja.



Persembahan Nasyid
Akhirnya pada pagi tersebut saya buat keputusan untuk menjenguk sekejap memandangkan jadual mengajar saya bermula pada pukul 10.45 pagi.


Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, bacaan doa dan seterusnya ucapan YDP PIBG, ucapan Guru Besar dan Ucapan perasmian. Sebelum penyampaian anugerah dan cenderahati, persembahan nasyid oleh pelajar sekolah termasuklah anak saya juga.



Pelajar Tadika beratur untuk mengambil hadiah
 Selepas persembahan nasyid, penyampaian anugerah menyusul. Saya terkejut juga kerana ibubapa juga dikehendaki naik ke pentas mengiringi anak mengambil anugerah. Mulanya saya enggan juga, sekadar ingin mengambil gambar anak mengambil anugerah sahaja tapi bila anak beria mengajak naik ke pentas terpaksalah juga naik ke pentas.
Nur Aizzah....sempat posing...
 Selepas turun dari pentas, saya disuakan dengan bungukusan makanan. Bila sudah dapat makanan ...apa lagi kan? Balek je lah ke tempat kerja semula dan menyambung tugas semula..

Terima kasih kepada Jawatankuasa Induk dan AJK majlis tersebut . Terima kasih juga kepada semua guru-guru yang terlibat mengajar anak saya dan anak-anak saya sebelum ini.
Pelajar Cemerlang...Bakal doktor...Engineer...Pensyarah...InsyaAllah...
Ibu/bapa mengiringi pelajar mengambil anugerah..
 http://Petuapaje.blogspot.com

Tiada ulasan:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...