uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday 17 July 2012

Perhimpunan Bulanan Bulan Julai 2012

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Tarikh:        16hb. Julai 2012
Tempat:      Dewan Ikmas
Masa:         8.15 hingga 9.45 pagi

Majlis dimulakan demgan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Majlis Amanah Raayat dan Lagu Institut Kemahiran Mara. Tidak dilupakan juga bacaan doa untuk mendapat keberkatan dari Allah Subhanahuyataala. 

Majlis seterusnya diperdengarkan dengan taklimat Fadilat Puasa di bulan Ramadan oleh Ustaz Hisham dan Ucapan Aluan Pengarah.  


Acara kemuncak adalah penyampaian Anugerah Dekan kepada Pelajar-Pelajar yang cemerlang dalam akademik dengan mencapai GPA melebihi 3.50 ke atas, Anugerah Pelajar Amali Cemerlang dan Anugerah Staf Terbaik Bulanan bagi bulan Februari, Mac dan April.

Seramai 24 orang pelajar mendapat Anugerah Dekan dari Program Sijil Kejuruteraan Bangunan, Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Lukisan Struktur, Program Sijil Senibina dan Program Sijil Teknologi Rekabentuk dan Pembuatan Perabot.

Tidak ketingalan juga, peluang untuk memberikan sepatah-dua kata perangsang kepada rakan-rakan dari Peserta Pertandingan Kemahiran Malaysia yang telah berjaya mendapat pingat gangsa dan membolot hadiah wang tunai RM 1000.00 serta Sijil Kecemerlangan. Pelajar tersebut adalah memasuki pertandingan bidang Joinery yang telah diadakan di Akademi Binaan Malaysia Johor Bahru pada 4hb. Hingga 7hb. Julai 2012. 
Anugerah tersebut telahpun disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia di PICC Putera Jaya. pada 10hb. Julai 2012.

Selepas Program Perhimpunan berakhir. Program pendaftaran Kokurikulum bagi pelajar ambilan ke-dua pula berlangsung dan diiringi kemudiannya Ceramah Penghayatan Ramadhan.
 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...