uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Khamis, 28 Jun 2012

Bela Arnab Umbro Memenuhi Permintaan Anak

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......


Banyakkali dah anak asyik tanya bila lagi nak beli arnab. Dia kata nak bela. Dah tanya juga dua tiga tempat tapi tidak ada sepasang. Berbulan-bulan dok tanya bila lagi, bila lagi.

Ya lah, asyik sekolah, tusion, mengaji, tengok television...bosan juga...

Kebetulan satu hari saya lalu di jalan Sungai Dua, terpandanglah label ada arnab dijual di situ. Beberapa minggu lepas itu kami pun pergilah membeli sepasang arnab.


Ada beberapa jenis yaitu jenis Telinga Patah, jenis Biasa, jenis Teady Bear dan jenis yang kami beli ialah jenis Umbro. Jenis yang lain tu mukanya nampak hodoh. Jenis ini bulunya pun kembang dan cantek.

Arnab ni umurnya satu bulan. Dalam empat bulan lagi beranaklah arnab ni. Rasanya pada masa itu, saya pun terlibat tolong jaga arnab juga.

Baru-baru beli anak-anak suka lah...dok peluh, cium, mandikan dengan shampoo, lap dengan tuala. Terkejut juga saya. Boleh ke arnab dimandikan macam kucing?

Rebannya kena cuci hari-hari, beri makan dan minum. Kalau rajin bawa main-main tepi rumah. Arnab ni suka makan daun semalu, daun maman dan rumput israil. Kalau ada nasi lebih, bagi juga pada arnab ni.

 http://Petuapaje.blogspot.com

Tiada ulasan:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...