uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Jumaat, 8 Jun 2012

Sembang Menghias Rumah Idaman

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......


Sembang-sembang menghias rumah idaman membuat kami tergelak sakit perut dan kecut perut pu ada. Mengapa tidaknya! Di antara berlakunya tidak keharmonian rumahtangga, berlaku perceraian dan suami beralih arah keluar rumah adalah kerana disebabkan keadaan rumah yang tidak harmoni, keadaan dalam rumah yang tidak cantik dan menenangkan hati suami. Ya ke?  Ya la...kalau sudah spesisnya, buatlah macam manapun, perangainya macam itulah juga. Sembang-sembang rumah in bukan apa, adalah kerana tidak lama lagi kita akan menyambut Perayaan Hari Raya AidilFitri.

Keharmonian sesuatu ruang dalam rumah bukan tertumpu kepada ruang tamu sahaja tetapi setiap ruang di dalam rumah tersebut. Kerana itu pemilihan konsep, warna, kekemasan serta perabot yang betul cukup membantu serta memberikan kesan pertama yang baik kepada tetamu yang datang dan penghuni rumah itu sendiri. Macam-macam konsep yang ada untuk diterapkan seperti Retro, Minimalis, Feng Shuie, Inggeris, Royal, Nusantara dan Macam-Macam Ada atau Rojak sahaja. Lepas itu kena lihat pula bentuk, saiz, corak, motif dan warna perabut dan bentuk perabut, adakah ia bersesuaian di antara satu dengan lain.

Ruang tamu merupakan ruang yang selalunya diberikan perhatian oleh setiap penghuni rumah . Disinilah bermulanya keperibadian serta personaliti penghuni rumah tersebut. Maka tidak menghairankan apabila kita seringkali berhabisan untuk satu ruang ini. Ya lah...tak kan nak tunjuk terang-terang keperibadian kita. Selagi boleh sorok, kita sorok...

Perkara utama yang perlu diingat bahawa ruang tamu seharusnya memberi keceriaan, keselesaan dan kedamaian kepada pemiliknya. Realisasikan impian anda dan jangan pandang ringan dalam menghias.

Langkah pertama ialah pilih warna yang cerah dan rona semulajadi untuk kemasan dinding. Pemilihan skima warna yang sesuai  memudahkan anda memilih serta membeli perabot nanti. Kebarangkalian untuk menukar dan suai padankan perabot baru juga lebih mudah tanpa perlu menukar skima warna dinding. 
Penggunaan warna terang daripada kumpulan warna hangat seperti merah, kuning, jingga dan oren menyebabkan ruang nampak lebih sempit, gelap atau siling nampak lebih rendah. Jika warna daripada kumpulan warna sejuk seperti hijau kebiruan dan biru muda menjadikan ruang nampak lebih luas, sesuai pada negara panas dan kelihatan lebih redup. Sebaiknya pilihlah satu warna yang hangat atau sejuk sebagai warna utama. 

Langkah ke-dua pula gunakan  warna yang agak cerah sama ada  pada kumpulan warna hangat atau sejuk sebagai warna kedua dan diikuti warna terang dari kumpulan warna hangat sebagai warna tumpuan pada jumlah yang sedikit. Sebaiknya pilihlah warna yang memiliki rona yang sama. Jangan mengecat beberapa warna dari kelompok yang terang dan gelap sama banyak di satu ruang

Langkah ke-tiga adalah berkenaan dengan kemasan lantai. Lantai kemasan kayu akan mencantikkan lagi penampilan ruang tamu. Sekiranya peruntukan sederhana, penggunaan karpet dan warna-warna semulajadi adalah pilihan yang terbaik. Perlu di ingat juga berkaitan dengan penyelenggaraannya. Contohnya penggunaan permaidani menyebabkan debu berkumpul dan perlu selenggaran yang kerap jika sebaliknya akan menjejaskan kesihatan anak. Pilihan terbaik adalah menggunakan tikar yang dibuat dari buluh atau permaidani yang nipis supaya senang dibasuh di dalam mesin basuh.

Penggunaan jubin juga merupakan pilihan yang tepat dan mudah diselenggara tetapi permukaanya yang sejuk menyebabkan kita terpaksa juga membentang alas seperti tikar dan permaidani untuk duduk atau berpijak.

Langkah ke-empat ialah susun atur perabut. Jika kita memiliki ruang yang luas, kita boleh memisahkannya kepada dua dengan penghadang, pembatas ruang dekoratif seperti dinding kayu berukir, kayu lekkar atau skrin soji (jepun) untuk mengasingkan ruang menonton dan ruang tamu formal. Pembatas ini memberi sedikit ruang untuk kegunaan peribadi tanpa menjejaskan penyebaran cahaya keseluruh ruang dan menyusun perabot yang berbeza pada setiap ruang. Cara ini lebih selesa supaya pada keadaan tertentu bila rumah kita dikunjungi tetamu, selain dapat melayan tetamu dalam kelompok yang berbeza, ahli keluarga kita yang lainnya berada pada ruang yang bersebelahan dan tidak menggangu tetamu yang bertandang.

Langkah ke-lima ialah pemilihan perabot yang selesa, sedap mata memandang, sesuai dengan keluasan ruang, rekabentuk yang tahan lama dan paling penting ialah berpadanan dengan kemampuan kita. Menyembang pasal kemampuan ini yang membuatkan kami sakit perut ketawa. Mengapa tidaknya, oleh kerana kemampuanlah menyebabkan sesaorang itu membeli perabut bila ada tawaran murah sahaja. Bila begini, hilang konsep, hilang sedap mata memandang, hilang sesuai dengan keluasan dan rekabentuk. Nak, nak kalau beli perabut di Court! Arm rest sahaja bukan main besar, gemuk, ruang kelihatan sesak dan padat sehingga menimbul ketidakselesaan.  Macamlah  nak letak tangan gergasi. Itu yang menyebabkan jadi Konsep Macam-Macam Ada dan Rojak.

Susunan perabot pada ruang tamu sebaiknya dapat mengarah kepada satu titik tumpu mengalihkan pandangan tetamu ke arah luar dari memandang kearah dalam rumah menghala ke bilik, ruang keluarga dan dapur. Jika mengantung bingkai cermin hiasan dinding,  pilihlah kedudukan mengantung yang sesuai agar tetamu tidak tergangggu dengan imej mereka sendiri yang sering kelihatan. Mereka akan berasa kurang selesa jika melihat imej mereka sendiri.

Letakkan television pada ruang keluarga yang bersaiz sederhana sahaja supaya  television anda tidak menguasai ruang.

Langkah ke-enam ialah fikirkan kaedah lain untuk menceriakan ruang. Terapkan warna-warna kusyen yang bermotif dan menarik warnanya.  Ceriakan juga dengan lukisan yang bewarna terang dan menarik pada dinding. Bagi anda yang menggemari karya-karya seni, pastikan anda menggantung karya-karya seni  bertentangan dengan perabot utama supaya menjadi titik tumpuan pada karya seni tersebut.

Langkah ke-tujuh ialah menghidupkan suasana ruang dalam rumah anda dengan tumbuhan hijau. Sepohon pokok renek yang tinggi, kurang merimbun serta segar sangat menarik jika diletakkan di ruang pintu masuk atau berhampiran televisyen. Pokok yang dipilih hendaklah dari jenis yang tahan lasak da tidak beracun.

Langkah ke-lapan ialah pencahayaan yang baik adalah mendapatkan sebanyak mungkin bukaan dan pencahayaan secara semulajadi untuk tujuan kelihatan luas dan dari pelbagai jenis lampu yang berbeza fungsi. Sebaiknya perlu ada lampu untuk menerangi seluruh ruang dan lampu tugasan. Letakkan juga lampu lantai yang sesuai dengan konsep. Jika anda ingin menimbulkan suasana yang romantik, sekali-sekala pasang dan  nyalakan lilin-lilin untuk menerangi sesuatu ruang. Romantik !!!! Malam je la......

Bila sudah cantik, selesa, harmoni dan bersih, jangan pula membataskan ahli keluarga untuk menggunakannya. Ada yang melarang anak-anak menggunakan ruang tamu, melarang suami berbaring di atas katil bila sudah di hias cantik. Masa tidak ada anak tak apalah...kata kawan-kawan ....Bila ada anak ramai dan sedang kanak-kanak...jangan kan berbaring...melompat-lompat lagi atas katil...

Penting sekali kita belajar menjadi kreatif, tak semua yang murah tidak cantik!! Contoh-contoh hiasan boleh kita pelajari dengan membaca, melihat gambar-gambar hiasan dan bertanya dengan kawan-kawan. Merancanglah  sebelum membeli dan bawa contoh gambar kepada  penjual supaya jelas apa yang anda mahukan. Nak cantik...duit pun kena cantik...

http://Petuapaje.blogspot.com





Tiada ulasan:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...