uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday, 19 August 2012

Himpunan SMS Ucapan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Allah hu akbar....Allah hu akbar.....Walillah ilham.....Assalammualaikum..

Beningkanlah hatimu  dengan Dzikirullah,
Cerahkanlah  jiwamu dengan cintakan kepada Allah,
Lalui hari-harimu dengan senyuman,
Tetapkanlah langkahmu dengan syukur,
Sucikanlah dirimu dengan permohonan maaf,
Atas kesalahan dan kekhilafan,
Baik sengaja atau pun tidak,
Yang aku perbuat,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Taqobbalallahu Minna Wa Minkum. Semuga Allah menerima Ibadah kita semua dan kita beroleh RIDHA, keampunan serta kurniaNYA. Minal  Aidzin  Wal Faidzin

**



Indah tutur kadang mengata,
Cantik bahasa kadang berpura,
Gurau senda kadang terluka,
Gerak laku kadang mengada,
Janji manis kadang terlupa,
Detik hati kadang prasangka,
Salah dan silap kelemahan manusia,
Ampun dan maaf harap dipinta,
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.


**

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidil-Fitri,
Sms dikirim penganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati,
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

**

Untuk orang yang menyanyaingiku:
Terima kasih kerana telah membuatku  menjadi orang yang begitu sempurna.

Untuk orang yang pernah menyakitiku:
Terima kasih kerana telah mengajarku erti kesabaran,
semoga kamu tidak akan pernah merasa sakit yang pernah aku rasakan.

Untuk orang yang pernah aku sakiti:
Maafkanlah kekhilafanku.,
aku hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan.

Untuk orang yang pernah mencintaiku:
Terima kasih kerana telah memberi warna-warni cinta dalam kehidupanku.

Minal  Aidzin  Wal Faidzin
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin

**

Ada ketikanya mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata,
Fikiran silap menafsir,
Hati silap menduga,
Rasa tersinggung pada perasaan,
Sempena Aidil-Fitri,
Jari disusun maaf atas segalanya.

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...