uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday, 17 August 2012

Menjelang Raya.....

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Anak murid saya kata dia tak pernah pegang ketupat daun kelapa...Ok lah saya kata ...Saya akan anyamkan...Yang seorang lagi berjanji dah nak bawa daun kelapa...Sebab di rumahnya ada pokok kelapa. Tapi sebelum itu katanya dia sangka...Daun kelapa yang tua untuk dianyam untuk buat ketupat....Tunggu punya tunggu daun kelapa tak ada lagi di atas meja...Bila tanya mana daun kelapa? Pokoknya tinggi puan....Ha ha ha...Ya lah...Kalau nak buat ketupat daun kelapa kenalah menggunakan daun kelapa yaitu pucuk kelapa.

Tadi ronda-ronda di Pasar Besar...Di Kedah ni mana ada orang jual daun kelapa...Yang ada hanya daun palas....Bila raya di Johor..Buat Ketupat daun kelapa. Dulu masa duduk di pekan Pahang...bila raya buat ketupat daun palas sebab belakang taman ada semak-semak, ada pokok palas....Sekarang duduk di Kedah..Dah jadi malas..Ha ha ha..Buat ketupat Adabi...Ha ha ha....Tengok lah esok lusa..saya akan ajarkan macam mana nak anyam ketupat daun kelapa kalau ada masa. Itu pun guna reben kot...
Pergi ke Pasar Besar, bukan apa..Nak beli ragi untuk buat tapai pulut. Sebelum tu isi minyak di stesen minyak. Pembantu stesen minyak tanya hendak kemana? Jadi saya pun jawab, hendak ke pasar hendak membeli ragi. Eloklah dia kata...Buat tapai sekejap lagi...Nak berbuka nanti boleh makan dah. Dalam hati saya..Alamak! Ada juga orang tak tahu macam mana hendak buat tapai....Buat tapai ni remeh juga sebenarnya....Nak nak tapai jenis yang saya buat tadi...Perlu sediakan bahannya, pulut, halia, lada puteh, ragi, daun pisang dan daun cekur manis sebagai pewarna pulut dan menambahkan kemanisan tapai tersebut. Terjelir juga mengukus pulut 5 kilo....Dan seterusnya memprosesnya hingga membungkusnya untuk diperam. Nak tau...Pulut yang sudah diragi perlu diperam selama 3 hari, 3 malam baru jadi tapai.

Nak buat tapai banyak pantang larangnya....Masa buat tapai tak boleh muka masam dan marah-marah, nanti tapai jadi masam. Perempuan yang sedang datang bulan tidak boleh buat tapai, nanti tapainya juga jadi warna merah. Nak buat tapai kena senyap-senyap..Sebab kalau diketahui oleh orang yang ada ilmu..Ilmu apa..Saya pun tak tahu...Tapai tak menjadi. Kalau tak menjadi...Naya tau! 5 kilo....

Kueh tunjuk-tunjuk dah ready...Ada lebih kurang 10 jenis....Elmond London, Tart Nenas, Kueh siput, biskut kacang dan macam-macam lagi..Tunjuk je...Kalau sedap dan cantek, mahal. Kalau tak mahal..tak sedap...Anak-anak tak nak makan. Belum raya, sudah beberapa bekas kueh habis...Ya lah...Beli memang nak anak-anak makan. Nak-nak dah balik semua dan berkumpul ramai-ramai....makan-makan tak henti-henti.

Esok nak ready hias rumah pulak....Dan siap-siap bahan untuk memasak hidangan dipagi raya.......Baju Raya! Oh...sudah beli...Dulu-dulu jahit sendiri baju anak-anak, untuk suami dan saya sendiri...Mesin jahit sedang dibaiki...dan + +++++++hilang mood menjahit.....

Duit raya!....Ada...Ada...Siapa bertuah...Dapatlah duit raya...

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...