uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday, 28 August 2012

Keindahan Semak Pinggir Kampung Dan Khasiat Tumbuhan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Ceri Malaysia

Raya ke-2 ada alumni suami/member IKM Pekan di Lubuk Jong, Jajahan Pasir Mas Kelantan. Terima kasih makanan yang disediakan dan layanan yang tidak berbelah bahagi.

Dalam pada itu, sempat juga aku dan anak sedara jalan-jalan di pinggir kampung melihat keindahan semak samun. Terdengar bunyi katak bersahut-sahutan dan aku katakan pada anak saudara, itu tanda-tanda kita berada berhampiran dengan sungai.

 

Apa nama bunga ini? Inilah pokok pepanggil. Bunga digunakan untuk
merenjis tepung tawar.
Tiba-tiba! Maukkkkk...Semangat kami seakan melompat dan mata kami berpandangan. Dalam hati macam bukan bunyi lembu mengembuk.

Harimau! Oh tak mungkin...Tak lama lepas itu bunyi mengembuk....Sah, lembu....Kami pun tergelak.

Sambil jalan-jalan kami terjumpa "pokok ceri Malaysia". Kami petik dan makan. Burung-burung pun suka makan buah ceri ini. Kalau buat jem mesti sedapkan?

Pokok Bulan

 Dalam semak pun banyak keindahannya...Contohnya bunga ini sangat cantek. Saya sendiri tak tahu namanya. Ada sesiapa tahu? Beri tahu....

Orang tua-tua kata, pucuk pokok bulan boleh dijadikan herba minuman untuk menghilangkan penyakit keputihan pada wanita. Ada mak bidan kata, pucuk pokok bulan ini juga sedap dimasak lemak puteh sebagai lauk makan nasi. Sehingga kini, saya belum ada kesempatan untuk mencubanya.


Pokok senduduk

Bila jumpa pokok senduduk pula, kami kutip dan makan buah senduduk. Rasanya manis buah dan berbiji halus. 

Masa zaman kanak-kanak dahulu, kami jadikannya sebagai bahan melegakan ulcer mulut.  Mengikut kata orang tua-tua dahulu, air rebusan pucuk senduduk ini bagus diminum untuk melembab dan menyerikan wajah agar awet muda.

Minum air rebusan pucuk senduduk memang pernah saya amalkan dahulu...Awet mudanya sampai sekarang! Ha ha ha......Cubalah....
http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...