uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday 23 October 2012

Lauk "Modified" Hidangan Keluarga

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Seorang wanita, ibu, isteri dan bekerja pula, memang memenatkan untuk melangsaikan tugas harian di rumah, juga tugas dan tanggungjawab di tempat bekerja. Hal makan minum anak-anak dan suami tidak boleh diabaikan dan tiada alasan yang boleh diterima jika makanan tidak dapat disediakan biarpun badan terasa begitu letih dan terasa demam setelah seharian bekerja di luar rumah.

Bila badan terasa terlalu penat, demam dan kesuntukan masa pula, lauk" modified" adalah penyelesai kepada cara pantas menyediakan hidangan keluarga. Bagaimana? Beli lauk di kedai makan, tuangkan ke dalam periuk, panaskan di atas api dapur dan modified mengikut selera sendiri.
Biasanya, peniaga menyediakan sesuatu masakan memang sudah mencukupi resipinya cuma terlebih atau terkurang rasa mengikut selera mereka. Selera kita juga berbeza dari masakan mereka, maka jika terasa kurang masin, tambahkan sedikit lagi garam. Begitu juga dengan perasa yang lain seperti garam dan asam.

Kandungan bahan dalam lauk yang dibeli juga perlu ditambah. Contohnya, masukkan kentang  pada kari ayam atau daging yang dibeli. Ikut kebiasaan masakan kita sendiri. Ada orang suka masukkan terong, kacang panjang, nenas, tomato, pisang muda, timun atau lain-lain lagi. Kalau beli sambal tumis, masukkan bahan lain seperti petai, hirisan kentang, tauhu, tempe atau bahan-bahan lain yang bersesuaian.

Begitu juga jika kita hendak mengadakan kuah. Tambahkan air di dalam lauk sayur. Contohnya dari bayam goreng menjadi tumis air bayam goreng. Kalau beli bayam masak air, boleh modified jadi bayam masak lemak bila ditambah dengan santan kelapa.

Ha! Bagaimana? Sudah tentu suami dan anak-anak berpuas hati dengan cara anda. Biar pun lauk beli, tetapi bila sudah diubahsuai, cukup memuaskan memenuhi selera keluarga anda. Selamat mencuba....

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...