uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Saturday, 20 October 2012

Tumbuhan Herba Ara Tanah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Ara Tanah.

Semasa kecil lagi saya diajak emak mencari akar-akar kayu dan pucuk herba di dalam kebun dan belukar untuk dibuat minyak panas, jamu harian dan jamu selepas bersalin. Rempah ratusnya pula dibeli di kedai India.

Semasa hendak mengambil pucuk, daun, batang atau akar tumbuhan tersebut, perlu memberi salam dan membaca doa terlebih dahulu. Bila balek kampong nanti, nak tanya emak, apa salam dan doanya.



Saya sendiri membuat jamu untuk kawan-kawan dan untuk kegunaan sendiri. Sebab itu kawan-kawan panggil saya ratu jamu....He he he...

Kehidupan kita dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan. Di tepi rumah dan di pinggir-pinggir jalan, macam-macam kegunaan tumbuhan tersebut jika kita mengetahuinya.

Hari ini hendak perkenalkan herba Ara Tanah. Ketinggianya lebih kurang sejengkal dua sahaja. Batang, bunga dan daunnya kemerah-merahan sedikit. Berbunga dicelah antara daun dan batang. Getah batangnya berwarna putih, sebab itu ia dipanggil juga Susu Kambing. Jus herba ini digunakan untuk mengubati kurap dan campuran ramuan untuk ubat meroyan ibu selepas bersalin. Getahnya juga boleh dititiskan ke dalam mata untuk mengubati ketumbuhan pada mata.

Jangan gunakan pada mata jika anda sangsi, kerana saya tidak bertanggngjawab jika berlaku kecederaan pada mata anda.

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...