uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Wednesday, 10 October 2012

Panduan Buat Skrip MC(Master of Ceremonies) Sesuatu Majlis

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Telah ditugaskan sebagai MC sesuatu majlis memang meresahkan. Penting sekali buat persiapan supaya majlis teratur, berjalan dengan lancar dan kita sebagai MC tidak gugup. Semuga skrip ini menjadi panduan kepada bakal MC yang lain. Pantun boleh ambil dari mana-mana laman web dan kita ubahsuai sedikit bersesuaian dengan majlis yang akan kita kendalikan.

Kadang-kadang, saat-saat akhir dan semasa majlis berjalan pun masih ada perubahan. Oleh itu, perlu peka dan bijak mengubahsuai dan membuat ulasan. Skrip ini adalah persiapan awal. Tiba-tiba Pengarah meninggalkan dewan sebelum beliau memberi kata-kata aluan dan penutup. Maka dalam tempoh majils tersebut berlangsung, sambil-sambil jadi MC, skrip perlu diubahsuai. Itulah cabarannya....

Selamat mencuba dan baca seterusnya untuk melihat contoh skrip
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERASMIAN PENUTUP MINGGU AKTIVITI
SESSI JULAI - DISEMBER 2012
INSTITUT KEMAHIRAN MARA ALOR SETAR
TARIKH: 12HB SEPTEMBER, 2012
TEMPAT: ANJUNG IKMAS
MASTER OF CEREMONIES: SA'EDAH
BIL
CLUE
ANN
CATATAN

1

Pengarah masuk ke dalam dewan

Mengumumkan ketibaan Tuan Hj Ahmad Shukri bin Mohd Suri, Pengarah Institut Kemahiran MARA Alor Setar



2

Protokol Majlis

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang dihormati Tuan Hj Ahmad Shukri bin Mohd Suri, Pengarah Institut Kemahiran MARA Alor Setar

Yang berusaha En Zakir bin Mohd Naain, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pengurusan,

En Azman bin Alias, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik,

En Shafiee bin Othman, Ketua Penyelaras Minggu Aktiviti IKMAS Sesi Julai-Disember 2012

Ketua jabatan, Pen. Pegawai Tadbir Kanan, Ketua-ketua Program, Tenaga Pengajar, kakitangan pentadbiran serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian.


Bila semua sudah sedia

3

Menyatakan kesyukuran

Mega berarak indah bersiaga,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat berbahagia,
Awal bismillah pembuka bicara.

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, sama-sama kita dapat berkumpul di Dewan majlis Ilmu ini untuk sama-sama mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan, Bulan  September dan Perasmian Penutup Minggu Aktiviti Sesi Julai – Disember 2012 



4

Bacaan doa

Warga dewan yang mulia.

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan sukacitanya dijemput saudara, Mohd Hasanul dari Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan Semester 2
untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Setelah selesai bacaan doa….

Majlis mengucapkan terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi.



5

Nyanyian lagu-lagu rasmi

Hadirin dan hadirat sekelian. Dikehendaki semua berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Mara dengan penuh semangat.

……dipersilakan duduk….



6

Ucapan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar

Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata ucapan.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan sukacitanya menjemput  saudara Nurasyraf Amin bin Nordin, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan
……..

Terima kasih di atas ucapan President Badan Perwakilan Pelajar tadi….Ulas…..



7

Ucapan oleh Penyelaras Minggu Aktiviti

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan hormatnya mempersilakan
En Shafie bin Othman, Penyelaras Minggu Aktiviti IKMAS untuk memberikan ucapan. Dipersilakan……
-----------------------------------------

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan tadi…Ulas….



8

Ucapan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik


Majlis dengan hormatnya mempersilakan pula En Azman bin Alias, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik untuk menyampaikan ucapan berkaitan pelaksanaan Jaminan Kualiti oleh Agensi Kelayakkan Malaysia (MQA).

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan tadi…Ulas….



9

Ucapan alu-aluan dan perasmian penutup oleh Pengarah

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Hj Ahmad Shukri bin Mohd Suri, Pengarah Institut Kemahiran MARA Alor Setar untuk memberikan ucapan dan  seterusnya merasmikan penutup Minggu Aktiviti sesi Julai- Disember 2012

---------------------------------
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan tadi…………




Penyampaian Sijil Staf terbaik bulan Ogos




Majlis seterusnya menjemput Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pengurusan naik ke pentas untuk mengiringi Pengarah bagi penyampaian sijil staf terbaik bulan Ogos.

Staf terbaik bulan Ogos:
1. Kategori pentadbiran – Mahazil bin   Ismail
2. Kategori Akademik – Mohamad Rosli b. Mohamed Yusof

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengarah dan timbalannya kerana sudi menyampaikan sijil tadi.



10

Penyampaian hadiah
Sambutan hari Malaysia & ulangtahun kemerdekaan dan  Penyampaian hadiah Minggu Aktiviti



Majlis seterusnya menjemput saudara Mohd Hanafi b. Jaafar dan saudari Norsyazana bt. Che Husin,  Ahli Jawatan Kuasa Minggu Aktiviti untuk mengumumkan pemenang pertandingan bagi aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.

Majlis juga menjemput En. Azman bin Alias, Pengerusi Minggu Aktiviti dan diiringi En. Shafie bin Othman selaku penyelaran minggu aktiviti naik ke pentas untuk menyampaikan hadiah.

Dipersilakan.
-----------------------
Majlis mengucapkan terima kasih di atas kesudian Pengerusi minggu aktiviti dan penyelarasnya menyampaikan hadiah-hadiah tadi.



11

Nyanyian lagu-lagu rasmi dan  penutup

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Hadirin dan hadirat sekelian. Majlis pada pagi ini sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Marilah kita sekali lagi berdiri untuk menyanyikan lagu IKM dengan penuh bersemangat.

Sekian, saya akhiri dengan lafaz suci,
Wabilah hitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullah hiyabarakatuh.




 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...