Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......
Semasa zaman kanak-kanak, aku tidak terkecuali daripada menoreh getah kerana aku adalah anak seorang penoreh getah. Sehingga sekarang pun, kalau ada pisau menoreh getah dan ada pokok getah yang hendak ditoreh, sudah pasti kemahiran tersebut masih belum hilang rasanya.
Bukan itu sahaja, semasa zaman itu, aku juga terlibat mengahwinkan pokok getah. Kedengarannya pelik bukan?
Bagaimana mengahwinkan pokok getah?
Mula-mula sekali pokok getah disemai menggunakan biji getah. Bila sudah besar, batangnya anggaran besar ibu jari, ia pun dialihkan ke kebun dan disusun berbaris-baris lebih kurang 3 meter kot he he he.....
Bila ia sudah hidup, maka ia perlu dikahwinkan menggunakan tunas anak pokok getah yang lebih berkualiti.
Caranya ialah membuat potongan pada kulit pokok getah yang berhampiran dengan pangkalnya dan mengoyakkan sedikit kulit pokok tadi.
Letakkan tunas pokok getah atau cantumkan tunas tadi pada bukaan pada kulit pokok, tutup dengan kulit pokok tadi dan ikat keliling pokok tadi supaya melekat menanti tunas tersebut tumbuh. Bila tunas tersebut tumbuh, pokok asal akan dipotong pada bahagian atas daripada tunas tadi.
Dalam tempoh membesar perlu dibaja dan semak-samun dibersihkan. Mana yang mati akan disulam. Maknanya digantikan dengan anak pokok lain.
Bila sudah besar sepemeluk boleh lah membuka pelan yang bermaksud memulakan menoreh, meletakkan sudu untuk mengalirkan susu getah kecawan, meletakkan dawai pendakap untuk memegang cawan dan meletakkan cawan getah.
Menoreh getah menggunakan pisau penoreh. Malam sebelum tidur, pisau perlu diasah menggunakan pengasah pisau. Keesokannya, pagi-pagi sudah menuju ke kebun untuk menoreh getah. Kalau menoreh getah lepas sembahyang subuh, itu dipanggil menyuluh menggunakan lampu penyuluh yang diletakkan di kepala. Lampu penyuluh dahulu menggunakan lampu yang menggunakan minyak tanah. Tak ada pula cerita pasal orang terbakar kerana meletakkan lampu di atas kepala kan?
Siap sahaja menoreh pokok, berehat seketika untuk makan dan minum. Kemudian selanjutnya mengutip susu getah dengan memasukkan ke dalam beldi dari satu pokok ke satu pokok. Susu getah yang sudah dikutip akan dibawa ketempat membekukan susu getah dengan memasukkan cuka getah. Awas! asid atau cuka getah ini sangat merbahaya. Sebelum dimasukkan ke dalam susu getah, ia perlu dicampurkan dengan air mengikut sukatan supaya getah tersebut membeku mengikut kesesuaian kerasnya supaya ia mudah dimesin untuk menipiskan kepingan getah tersebut. Aku pernah juga membancuhnya. Sangat berhati-hati supaya tidak terpercih ke kulit atau ke mata....Sekarang ini awas! simbahan asid...Lain kali cerita lagi...
http://Petuapaje.blogspot.com

2 comments:
macam mana nak handle cuka getah tu? memang kena pegang hati2 sangat2 ke atau macam mana?
Cuka getah itu asid. Dijual dalam botol sebesar botol kicap yang kecil harganya murah je dulu tak sampai pun RM5. Masa hendak buka botol kena berhati-hati jadi jauhkan dari mata. Tuang dalam cawan getah perlahan-lahan dan masukkan ke dalam tempayan yang sudah berisi air perlahan-lahan dan kacau perlahan-lahan juga.Terpercih ke mata boleh buta. Simbahan acid pada wajah boleh melecur dan menjadi hodoh
Post a Comment