uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Saturday, 3 November 2012

Tumbuhan Herba Inai

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......


Ada inai berbunga puteh dan ada berbunga merah. Inai digunakan untuk mewarnakan kuku dan rambut supaya berwarna  merah. 

Tumbuk inai lumat-lumat dan letak di atas kuku kaki, kuku tangan atau rambut. Bungkus dengan plastik dan ikat supaya inai tidak tertanggal. Biasanya berinai di waktu malam. Ke esokan pagi, buangkan bungkusan inai tadi. Kuku akan berwarna merah, cantek, kuat dan tidak mudah dijangkiti penyakit kuku.   

 Rambut pula akan menjadi hitam perang, berkilat, kuat dan tidak mudah gugur. Menjelang majlis perkahwinan, pengantin akan berinai pada malam hari. Inai diletakkan pada kuku, tangan dan keliling tapak kaki. Pada tangan, inai akan di lukiskan di tangan dengan corak supaya kelihatan lebih menarik dan berseni.

Daun inai juga digunakan sebagai bahan untuk mandian selepas melahirkan anak. Ia akan menghangatkan tubuh badan. Sesetengah orang, menjadikan daun inai sebagai ramuan untuk membuat jamu.


http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...