uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Saturday 24 November 2012

Tumbuhan Herba Lidah Buaya

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Ia dikenali juga sebagai AloeVera. Di setiap rumah patut menanam pokok lidah buaya ini. Kebiasaan yang aku gunakan ialah apabila terkena percikan minyak panas. Cepat-cepat sapukan lendir lidah buaya ini untuk mengelakkan perit melecur dan untuk mengelakkan kesan lecur tersebut daripada mengelembung.

Hampir 30 tahun aku mengalami sakit kepala "maigrain". Aku amalkan minum air lidah buaya ini. Buangkan duri bahagian tepi dan potong-potong daun lidah buaya ini. Masak dengan gula batu dan minum.


Satu hari, urat saraf dalam kepala terasa berdenyut-denyut. Selama ini macam urat saraf tersebut tersumbat agaknya. Selepas itu hingga kehari ini, aku tidak pernah mengalami maigrain lagi. Dulu memang fobia hendak menonton telivision apatah lagi hendak mengadap computer seperti hari ini.

Bila buat bubur apa sahaja, aku selalu masukkan isi daun lidah buaya ini tampa pengetahuan anak-anak demi kesihatan keluarga. Jika hendak mengelakkan muka cepat berkedut, campurkan lendir lidah buaya ini dengan bedak sejuk dan sapukan pada kulit muka. Jika mahukan rambut lembut dan beralun, jadikan lendir lidah buaya ini sebagai perapi rambut selepas bershampoo.

Jadikan pati minuman dengan cara merebus keratan daun lidah buaya ini dengan gula. Simpan dalam peti ais, bila hendak minum, bancuh denan air suam. Secara tidak langsung boleh melegakan sakit tekak, sakit mulut dan melawaskan pembuang air besar.

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...