uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday, 27 November 2012

Tumbuhan Herba Kaduk

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1(one)Malaysia serta salam seluruh dunia.......

Dulu saya suka masak ikan, masak  lemak cili padi campur  dengan pucuk kaduk. Daun pucuk kaduk ini hiris halus-halus macam bunga rampai (campuran bunga dan daun pandan yang dihiris halus-halus).

Kalau tidak pun masak lemak cili padi petai campur pucuk kaduk. Daun pucuk kaduknya dihiris halus-halus. Petainya pula biar berpapan-papan yang telah dikerat pendek cuma buangkan bahagian sisinya. Kedua-dua kaedah masakan orang zaman dahulu ini memang menambah selera makan. Sedap!


Rupanya dibuat ulam pun sedap. celur dahulu pucuk kaduk. Bila makan dengan nasi cicah dengan sambal belacan, budu, tempoyak atau cencaluk. Sedap! Jangan makan terlalu banyak nanti panas sangat badan. Jika semasa berpantang selepas bersalin tidak apalah kerana ia bersifat memanaskan badan, mengandungi antioxidan dan kandungan mineral yang tinggi. Ia juga sebagai bahan campuran daun rebusan untuk mandi selepas bersalin.

Selain daripada itu, ia juga baik untuk memperbaiki sistem penghadaman, mengubati bengkak urat, sakit gusi, asma dan demam.

Di pasaran telah banyak terjual bahan cuci yang dibuat dari pucuk kaduk ini kerana ia bertindak sebagai bahan antiseptik. Malahan juga kerepek daun kaduk juga ada terjual. Dah rasa, sedap juga. Kalau tetamu datang ke rumah, boleh juga kan buatkan kerepek daun kaduk kerana di tepi rumah banyak pokok kaduk ini.

http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...