uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Saturday 8 October 2011

Adakah Anda Berpenyakit Kencing Manis ?

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Kalau kita dengar cerita-cerita orang yang menghidap penyakit kencing manis/diabetes mellitus….tentu menakutkan. Terpaksa mencucuk badan sendiri untuk memasukkan insulin, berkudis yang merebak, kena potong kaki, kaki gangrene dan mata jadi rabun. Itu adalah diantara yang kita dengar. Bagaimana pula yang ampunya diri menanggung penyakit tersebut. Sudah tentu berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul….betul tak?

Siapakah yang berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis? Rakyat Malaysia kini terancam. 1 orang setiap 7 orang dewasa menghidap diabetes. Sesiapa yang saya sebutkan ini adalah berisiko. Mereka-mereka ialah:
1. Berumur melebihi 35 tahun lebih
2. Faktor keturunan
3. Kegemukkan
4. Darah tinggi
5. Hyperlipidemia
6. Diabetes semasa hamil
7. Berat lahir anak melebihi 4 kg

Pada masakini umur bukan penentu. Ada juga kanak-kanak sudah berpenyakit kencing manis. Adakah anda atau anak anda? Cuba kita lihat pula tanda-tanda dan gejala penyakit kencing manis ini. Di antara tanda-tandanya ialah:
1. Tiada tanda/grjala (50% pesakit diabetes)
2. Berasa letih dan lesu
3. Kerap kencing
4. Merasa haus dan dahaga
5. Gatal-gatal di sekitar kemaluan
6. Hilang berat badan tanpa hilang selera makan
7. Kabur penglihatan

Komplikasi akut:
1. Hiperglisemia (glukosa darah tinggi)
2. Hipoglisemia (glukosa darah rendah)

Komplikasi kronik:
1. Kerosakkan kepada organ-organ seperti mata, jantung, buah pinggang, saraf dan saluran darah
2. Diabetes menyebabkan salur darah menjadi tebal dan mempunyai 2 hingga 3 kali kemungkinan serangan jantung

Untuk mengetahui samada anda berpenyakit kencing manis, buatlah pemeriksaan doktor. Setelah buat pemeriksaan lihat criteria diabetes berikut:
1. Sampel darah ketika puasa – 7.0 mmol/L dan atau
2. 2 jam OGTT - .1 mmol/l
3. Gejala diabetes + satu bacaan sampel darah secara rawak 11.1 mmol/L

Cegahah sebelum terlambat! Amalkan gaya hidup sihat. Ketahui Indeks Jisim Tubuh anda, lakukan aktiviti fizikal, makan secara sihat, jangan merokok dan jangan minum minuman beralkohol. Andaikata anda dapati berpenyakit, dengarlah nasihat doktor….ok thank you…bye…bye….

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...