uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Tuesday 11 October 2011

Iklan Kursus Pengurusan Dan Operasi Kolam Renang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Kepada semua bekas pelajar lepasan IKM/KKTM yang berminat mengikuti kursus ini.
Dimaklumkan bahawa Unit Latihan Luar Institut, Bahagian Kemahiran dan Teknikal Mara akan mengadakan kursus tersebut di atas yang mempunyai potensi perniagaan pada masa hadapan. Pihak MARA akan menyediakan tempat kursus, tempat tinggal dan makan/minum sepanjang kursus dijalankan.

Butiran kursus ini adalah seperti berikut:
1. Tarikh jangkaan kursus: Penghujung bulan Oktober 2011 atau pertengahan bulan November 2011
2. Tempat kursus:              Sekitar Kuala Lumpur atau Selangor
3. Tempoh kursus:             3 hari
4. Pendaftaran kursus:        RM 100.00

Kursus akan dijalankan secara teori dan amali. Kandungan kursus adalah seperti berikut:
Bahagian 1

  • Pengurusan operasi kolam renang
  • Bahan cemar dan jangkitan
  • Proses membersih kolam renang
  • Sistem saliran paip kolam renang
  • Rekabentuk kolam renang
  • Rawatan kualiti air kolam renang
  • Bahan penyahjangkitan air kolam
  • Ujian atas kualiti air kolam renang
  • Sistem penyimpanan rekod
 Bahagian 2  

  • Kesalamatan dan kesihatan kolam
  • Penghantaran jangkitan
  • Sistem peredaran air kolam renang
  • Penapisan air di kolam renang
  • Pencemaran air kolam renang
  • Sistem sukatan bahan kimia
  • Pembetulan air di kolam renang
  • Sistem Kawalan Automatik 
  • Standard keselamatan bahan kimia
  • Penyimpana bahan kimia
  • Valves dan Pam air
Kepada peserta yang berjaya melalui kursus ini akan diberikan Sijil SKIL Teknikal Antarabangsa dan berpeluang dalam bidang kerjaya di Hotel dan Kondominium. Peserta juga berpeluang dalam keusahawanan kontraktor dan perkhidmatan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini, sila hubungi Pegawai Perhubungan Industri dengan kadar segera.

Pegawai Perhubungan Industri: Pn. Samsiyah 04-7729940 ext: 108
                                               Pn. Norita      04-7729940 ext: 138

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

"Keusahawanan dan Pendidikan Global"
"Amanah rakyat"

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...