uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday 23 October 2011

Pemasang Kertas dinding/wall paper

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum....

Minggu lepas saya menjalani kursus memasang kertas dinding. Kalau tengok orang memasang kertas dinding, nampak macam mudah...sebenarnya tidak semudah yang disangka sebab itulah upah memasang kertas dinding mahal.

Memasang kertas dinding memerlukan kemahiran dan perlu mengetahui serba sedikit masalah-masalah yang dihadapi semasa pemasangan. Di sini saya perturunkan sedikit ilmu cara-cara memasang kertas dinding.


Langkah 2: Ukur dan potong kertas dinding mengikut ukuran yang perlu ditampal. Pastikan potong lebih sedikit untuk pengemasan.

Langkah 3: Sapukan gam untuk kertas dinding. 

Langkah 4: Lipat kertas dinding bergam bertemu bergam supaya sapuan gam tidak mengering sementara sebelum dipasang.

Langkah 5: Gulung kertas dinding tadi untuk dibawa ke dinding perletakan kertas dinding.

Langkah 6: Letakan kertas dinding menegak mengikut cahaya leser dari alat pemancar cahaya laser.


Langkah 7: Potong lebihan kertas dinding menggunakan pisau dan dipandu menggunakan kepingan besi untuk mendapatkan potongan lurus melintang.

Langkah 8: Potong kertas dinding untuk bukaan suis dan lain-lain jika ada.

Langkah 9: Lekatkan kertas dinding dan ratakan menggunakan kepingaan plastik untuk mendapatkan permukaan yang rata dan tidak memerangkap udara.

Langkah 10: Pastikan kesesuaian padanan corak dari perigkat sebelum memotong kertas lagi bagi kertas dinding yang bercorak.


Langkah 11: Buangkan lebihan gam pada dinding menggunakan air dan span.



Pastikan pemilihan jenis kertas dinding, corak, konsep dan skim warna bersesuaian dengan ruang yang hendak ditampal. Ok...selamat mencuba...

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...