uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday 7 October 2011

Adakah Anda Gemok ?

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Kadang-kadang kita rasa gemok, kadang-kadang kita rasa kurus. Kalau kita rasa kurus tidak apalah. Masalahnya bila kita rasa gemok, bila kita tanya pada kawan-kawan. Dia kata tidak gemok malahan katanya ok lah slim macam itu. Dah cantek katanya lagi.....ha ha ha..........

Anda jangan susah hati..... Nilai lah samada anda betul-betul gemuk dan berat badan berlebihan dengan menggunakan Indeks Jisim Tubuh (IJT).

A. Pengiraan Indeks Jisim Tubuh (IJT) menggunakan formula:
     IJT = Berat Badan (kg)
              Tinggi (m) X Tinggi (m)

B. Kira Ukur Lilit Pinggang (ULP) anda:_______ cm

Catitkan keputusan IJT/ULP anda seperti jadual di bawah:

IJT
STATUS
KOMEN
KEPUTUSAN 
18.5 HINGGA KURANG 23
UNGGUL/SESUAI
SYABAS! Terus amalkan pemakanan sihat dan bersenam

23 HINGGA KURANG 25
BERAT BADAN BERLEBIHAN
Anda berisiko tinggi

Melebihi 25
GEMUK/OBESITI
Anda berisiko sangat tinggi


Ukur Lilit Pinggang:
ULP
STATUS
KOMEN
KEPUTUSAN 
Kurang dari 80cm (wanita)
 Risiko rendah
SYABAS! Terus amalkan pemakanan sihat dan bersenam

Kurang dari 90cm (lelaki)
 Risiko rendah
SYABAS! Terus amalkan pemakanan sihat dan bersenam

Lebih dari 80cm (wanita)
 Risiko tinggi
Ada berisiko tinggi. Anda perlu meneruskan ke panduan-panduan seterusnya

Lebih dari 90cm (lelaki)
 Risiko tinggi
Ada berisiko tinggi. Anda perlu meneruskan ke panduan-panduan seterusnya


Bagi anda yang mempunyai masalah berat badan, pilih jawapan di bawah, tulis di dalam buku catitan dan buatlah tindakan seterusnya.

A. Saya amat ingin mengurangkan berat badan dan yakin akan 
     berjaya.
B. Saya amat ingin mengurangkan berat badan tetapi tidak yakin 
     berjaya.
C. Saya tidak ingin mengurangkan berat badan tetapi bersedia 
     menerima panduan selanjutnya.

Reach your goals, act now and thank you.....

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...