uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Wednesday 12 October 2011

Kolestrol Tinggi/Hyperlipidemia

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Assalammualaikum….kepada anda semua.
Kali ini ingin saya menerangkan perihal berkaitan dengan kolestrol yang telah saya pelajari semasa berkursus “Kesihatan dan Kecergasan”. Semuga segala ilmu yang saya pelajari tersebut dapat dimenafaatkan bersama sebagai panduan untuk kita menjalani kehidupan mencabar ini dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera… 

Paras kolestrol yang tinggi adalah dimana satu keadaan paras kolestrol/lemak dalam darah melebihi paras normal. Ia adalah merupakan faktor utama penyakit vascular koronori. Terdapat 3 jenis lemak yang penting dalam badan iaitu:
   1.                   Lemak kepekatan sangat rendah (VLDL)
   2.                   Lemak kepekatan rendah (LDL)
   3.                   Lemak kepekatan tinggi (HDL)
Lemak LDL adalah kolestrol yang tidak baik untuk badan. Ia melekat pada dinding saluran darah dan menyempitkan saluran darah. Lemak HDL pula adalah lemak baik. Ia berfungsi sebagai pembawa lemak untuk disimpan dalam hati. Jadi ia mengurangkan paras lemak di dalam darah.

Bagaimana kah kita hendak mengenal tanda dan gejala paras kolestrol? Senang sahaja. Mengadap cermin muka anda dan perhatikan sekeliling mata anda. Sekiranya terdapat Xanthelasma iaitu warna kuning di sekitar atau kelopak mata,  itu adalah tanda-tanda paras kolestrol anda tinggi. Periksa pula pada bahagian sendi-sendi anda. Sekiranya terdapat Xanthoma iaitu ketulan lemak pada sendi. Ini bermakna tanda-tanda anda mempunyai paras kolestrol yang tinggi. Untuk memperkuatkan lagi bukti anda mempunyai paras kolestrol yang tinggi ialah dengan membuat pemeriksaan darah. Jika didapati paras kolestrol dalam darah anda lebih dari 5.2mmol/L maka sah lah anda berkolestrol tinggi.
  Kolestrol Darah
<5.2 mmol/L
Sepatutnya
5.2 – 6.1 mmol/L
Sempadan tinggi
≥6.2 mmol/L
Tinggi  

   Ok...sekian terima kasih....bye! bye!



No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...