uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday 28 October 2011

Roof trusses costruction at Jeti Pulau Pangkor Lumut Perak Malaysia

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf




Pemasangan lantai kayu HW HDTP

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf


Kursus Interior Advanced Work yang saya hadiri mingu lepas mengandungi juga modul pemasangan lantai kayu HW HDTP (hardwood high density timber panel).

Langkah-langkah pemasangan lantai tersebut adalah seperti berikut:

Langkah 1: Hamparkan foam roll





Sunday 23 October 2011

Pemasang Kertas dinding/wall paper

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum....

Minggu lepas saya menjalani kursus memasang kertas dinding. Kalau tengok orang memasang kertas dinding, nampak macam mudah...sebenarnya tidak semudah yang disangka sebab itulah upah memasang kertas dinding mahal.

Memasang kertas dinding memerlukan kemahiran dan perlu mengetahui serba sedikit masalah-masalah yang dihadapi semasa pemasangan. Di sini saya perturunkan sedikit ilmu cara-cara memasang kertas dinding.

Wednesday 12 October 2011

Kolestrol Tinggi/Hyperlipidemia

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Assalammualaikum….kepada anda semua.
Kali ini ingin saya menerangkan perihal berkaitan dengan kolestrol yang telah saya pelajari semasa berkursus “Kesihatan dan Kecergasan”. Semuga segala ilmu yang saya pelajari tersebut dapat dimenafaatkan bersama sebagai panduan untuk kita menjalani kehidupan mencabar ini dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera… 

Paras kolestrol yang tinggi adalah dimana satu keadaan paras kolestrol/lemak dalam darah melebihi paras normal. Ia adalah merupakan faktor utama penyakit vascular koronori. Terdapat 3 jenis lemak yang penting dalam badan iaitu:
   1.                   Lemak kepekatan sangat rendah (VLDL)
   2.                   Lemak kepekatan rendah (LDL)
   3.                   Lemak kepekatan tinggi (HDL)
Lemak LDL adalah kolestrol yang tidak baik untuk badan. Ia melekat pada dinding saluran darah dan menyempitkan saluran darah. Lemak HDL pula adalah lemak baik. Ia berfungsi sebagai pembawa lemak untuk disimpan dalam hati. Jadi ia mengurangkan paras lemak di dalam darah.

Bagaimana kah kita hendak mengenal tanda dan gejala paras kolestrol? Senang sahaja. Mengadap cermin muka anda dan perhatikan sekeliling mata anda. Sekiranya terdapat Xanthelasma iaitu warna kuning di sekitar atau kelopak mata,  itu adalah tanda-tanda paras kolestrol anda tinggi. Periksa pula pada bahagian sendi-sendi anda. Sekiranya terdapat Xanthoma iaitu ketulan lemak pada sendi. Ini bermakna tanda-tanda anda mempunyai paras kolestrol yang tinggi. Untuk memperkuatkan lagi bukti anda mempunyai paras kolestrol yang tinggi ialah dengan membuat pemeriksaan darah. Jika didapati paras kolestrol dalam darah anda lebih dari 5.2mmol/L maka sah lah anda berkolestrol tinggi.
  Kolestrol Darah
<5.2 mmol/L
Sepatutnya
5.2 – 6.1 mmol/L
Sempadan tinggi
≥6.2 mmol/L
Tinggi  

   Ok...sekian terima kasih....bye! bye!



Tuesday 11 October 2011

TekananDarah Tinggi

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera......


Tahukah anda bahawa bacaan bagi tekanan darah tinggi dan normal adalah seperti berikut:


Tekanan Darah Tinggi: 40 mm Hg Systollic
                                        95 mm Hg Diastolic

Normal:140 mm Hg Systollic
              90 mm Hg Diastolic

Untuk mengetahui tekanan darah anda, pergilah buat pemeriksaan doktor..
  
Tekanan yang kuat boleh merosakkan salur darah dan seterusnya merosakkan organ-organ di mana salur darah itu berada.


Komplikasi: Buta
                        Kematian mengejut
                        Penyakit angin ahmar
                        Penyakit buah pinggang
                        Penyakit jantung koronari


Mencegah adalah lebih baik dari mengubati....cegah sebelum parah....


Sekian terima kasih.           

Iklan Kursus Pengurusan Dan Operasi Kolam Renang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Kepada semua bekas pelajar lepasan IKM/KKTM yang berminat mengikuti kursus ini.
Dimaklumkan bahawa Unit Latihan Luar Institut, Bahagian Kemahiran dan Teknikal Mara akan mengadakan kursus tersebut di atas yang mempunyai potensi perniagaan pada masa hadapan. Pihak MARA akan menyediakan tempat kursus, tempat tinggal dan makan/minum sepanjang kursus dijalankan.

Butiran kursus ini adalah seperti berikut:
1. Tarikh jangkaan kursus: Penghujung bulan Oktober 2011 atau pertengahan bulan November 2011
2. Tempat kursus:              Sekitar Kuala Lumpur atau Selangor
3. Tempoh kursus:             3 hari
4. Pendaftaran kursus:        RM 100.00

Kursus akan dijalankan secara teori dan amali. Kandungan kursus adalah seperti berikut:
Bahagian 1

  • Pengurusan operasi kolam renang
  • Bahan cemar dan jangkitan
  • Proses membersih kolam renang
  • Sistem saliran paip kolam renang
  • Rekabentuk kolam renang
  • Rawatan kualiti air kolam renang
  • Bahan penyahjangkitan air kolam
  • Ujian atas kualiti air kolam renang
  • Sistem penyimpanan rekod
 Bahagian 2  

  • Kesalamatan dan kesihatan kolam
  • Penghantaran jangkitan
  • Sistem peredaran air kolam renang
  • Penapisan air di kolam renang
  • Pencemaran air kolam renang
  • Sistem sukatan bahan kimia
  • Pembetulan air di kolam renang
  • Sistem Kawalan Automatik 
  • Standard keselamatan bahan kimia
  • Penyimpana bahan kimia
  • Valves dan Pam air
Kepada peserta yang berjaya melalui kursus ini akan diberikan Sijil SKIL Teknikal Antarabangsa dan berpeluang dalam bidang kerjaya di Hotel dan Kondominium. Peserta juga berpeluang dalam keusahawanan kontraktor dan perkhidmatan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini, sila hubungi Pegawai Perhubungan Industri dengan kadar segera.

Pegawai Perhubungan Industri: Pn. Samsiyah 04-7729940 ext: 108
                                               Pn. Norita      04-7729940 ext: 138

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

"Keusahawanan dan Pendidikan Global"
"Amanah rakyat"

Sunday 9 October 2011

Aku Kesunyian

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Nak tergelak seorang diri. Mengapa tidak! Followers ramai, yang menjengah blog aku ni pun ramai. Serata dunia. Kalau tengok status blog aku, yang menjengah dari Negara US, Rusia, Hong kong, Vietnam, Thailand, Romania, Algeria, Hungary, Jerman, Australia, Jepun dll dan ramai sekali dari Malaysia. Tetapi tidak ada menyatakan sesuatu, maksudnya tidak meninggalkan komen diruang komen....tersenyum sendirian....mungkin tidak beri salam kot....ha ha ha.....

Aku ni...ha ha ha kadang-kadang menggunakan perkataan aku bila bersembang....yang formal-formal aku gunakan perkataan saya...Aku ni berfikiran terbuka...komen lah apa sahaja...samada negatif, positive dan nak belasah...nak kata apa pun tak kisah....aku sedia melayan...maklum sahajalah baharu mengenali dunia blogger ini memang banyak kekurangan. Jadi kalau ada komen-komen positif untuk menambah baik blog aku ni alangkah baiknya.

Kalau ada komen yang negatif-negatif, bukan ada pun sebelum ini ada orang kena aku pukul..aku jadikan bahan lawak adala...Sekuang-kurangnya bila kita berkata-kata untuk menyatakan sesuatu itu bermakna kita melatih diri kita bercakap-cakap dan belajar menyusun perkataan demi perkataan untuk menjadikannya beberapa baris ayat. Di samping itu sebenarnya juga kita "brain storm" sumbang saran, iaitu sama-sama berbincang mengeluarkan pendapat. Bila ada isue yang dikemukakan, maka bercambahlah pemikiran orang lain yang membacanya...dan ia akan mengeluarkan pendapat baru. Apabila sudah banyak pendapat, maka pendapat yang terbaik adalah dipilih untuk menyelesaikan isue tadi. Betul Tak?

Ok lah..komen atau perbincangan dialu-alukan....sekian Wasalam...

Risiko Gemok

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Andai anda dalam ketagori gemuk. Ketahuilah risikonya. Di antara risiko tersebut ialah:
1. Berisiko 3 kali ganda mendapat penyakit kencing manais
2. Setiap peningkatan 10% berat badan menaikkan sebanyak 6.5 mmHg tekanan darah sistolik
3. Peningkatan 10% berat badan bagi leleki menaikkan sebanyak 20% insiden penyakit koronori
4. Berisiko 6 kali ganda mendapat penyakit pundi hempedu

Oleh itu dengan apa cara sekali pun kurangkanlah berat badan. Banyak kebaikkannya apabila kita dapat menurunkan berat badan. Sekiranya kita dapat menurunkan setiap 10 kg berat badan, menafaatnya adalah seperti berikut:

Kematian
1. Mengurangkan lebih 20% kadar kematian
2. Mengurangkan lebih 30% kadar kematian disebabkan penyakit kencing manis
3. Mengurangkan kadar kegemukkan berkaitan dengan kematian disebabkan penyakit barah

Tekanan Darah 
1. Penurunan lebih kurang 10 mmHg Systolic
2. Penurunan lebih urang 20 mmHg Diastolic

Penyakit kencing manis
1. Penurunan 50% gula dalam darah

Kelestrol
1. Penurunan 10% kelestrol
2. Penurunan 15% Lemak Kepekatan Rendah
3. Penurunan 30% triglycerides
4. Peningkatan 8% Lemak kepekatan Tinggi

Saturday 8 October 2011

Adakah Anda Berpenyakit Kencing Manis ?

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Kalau kita dengar cerita-cerita orang yang menghidap penyakit kencing manis/diabetes mellitus….tentu menakutkan. Terpaksa mencucuk badan sendiri untuk memasukkan insulin, berkudis yang merebak, kena potong kaki, kaki gangrene dan mata jadi rabun. Itu adalah diantara yang kita dengar. Bagaimana pula yang ampunya diri menanggung penyakit tersebut. Sudah tentu berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul….betul tak?

Siapakah yang berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis? Rakyat Malaysia kini terancam. 1 orang setiap 7 orang dewasa menghidap diabetes. Sesiapa yang saya sebutkan ini adalah berisiko. Mereka-mereka ialah:
1. Berumur melebihi 35 tahun lebih
2. Faktor keturunan
3. Kegemukkan
4. Darah tinggi
5. Hyperlipidemia
6. Diabetes semasa hamil
7. Berat lahir anak melebihi 4 kg

Pada masakini umur bukan penentu. Ada juga kanak-kanak sudah berpenyakit kencing manis. Adakah anda atau anak anda? Cuba kita lihat pula tanda-tanda dan gejala penyakit kencing manis ini. Di antara tanda-tandanya ialah:
1. Tiada tanda/grjala (50% pesakit diabetes)
2. Berasa letih dan lesu
3. Kerap kencing
4. Merasa haus dan dahaga
5. Gatal-gatal di sekitar kemaluan
6. Hilang berat badan tanpa hilang selera makan
7. Kabur penglihatan

Komplikasi akut:
1. Hiperglisemia (glukosa darah tinggi)
2. Hipoglisemia (glukosa darah rendah)

Komplikasi kronik:
1. Kerosakkan kepada organ-organ seperti mata, jantung, buah pinggang, saraf dan saluran darah
2. Diabetes menyebabkan salur darah menjadi tebal dan mempunyai 2 hingga 3 kali kemungkinan serangan jantung

Untuk mengetahui samada anda berpenyakit kencing manis, buatlah pemeriksaan doktor. Setelah buat pemeriksaan lihat criteria diabetes berikut:
1. Sampel darah ketika puasa – 7.0 mmol/L dan atau
2. 2 jam OGTT - .1 mmol/l
3. Gejala diabetes + satu bacaan sampel darah secara rawak 11.1 mmol/L

Cegahah sebelum terlambat! Amalkan gaya hidup sihat. Ketahui Indeks Jisim Tubuh anda, lakukan aktiviti fizikal, makan secara sihat, jangan merokok dan jangan minum minuman beralkohol. Andaikata anda dapati berpenyakit, dengarlah nasihat doktor….ok thank you…bye…bye….

Friday 7 October 2011

Memahami Status Kesihatan

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Takrif Kesihatan:
"Sesuatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan". (WHO 1947)

Takrif Kesejahteraan:
"Satu proses proaktif untuk sedar dan membuat pilihan bagi membina kehidupan yang sihat dalam semua dimensi kehidupan". (Dunn 1970)

Komponen Kesihatan:
1.Kesihatan Sosial
2.Kesihatan Fizikal
3.Kesihatan Psikologi
4.Kesihatan Pemikiran
5.Kesihatan Persekitaran
6.Kesihatan Kerohanian

Faktor risiko dan penyakit:
1. Faktor umur, gender, genetik dan ethnik
2. Faktor tabiat merokok, minum arak, pemakanan, aktiviti fizikal dan tekanan
3. Faktor sosio-ekonomi merujuk kepada budaya dan persekitaran

Faktor-faktor di atas menyebabkan perasaan tertekanan, kegemukkan, berat badan berlebih, kemurungan, kencing manis, darah tinggi dan akhirnya menjurus kepada sakit jantung, barah, angin ahmar, ganguan mental dan kecederaan.

Dalam tahun 2005 secara global:
35 juta (60%) kematian adalah disebabkan penyakit kronik
17 juta (30%) kematian adalah disebabkan penyakit berjangkit, ibu mengandung dan kekurangan zat makanan.

Penyakit tidak berjangkit adalah seperti perokok, fizikal tidak aktif, pemakanan tidak seimbang dan berlebihan kelestrol. Dari tahun 1996 hingga 2006 dianggarkan 3 juta penduduk Malaysia berumur lebih dari 18 tahun adalah perokok. 5.7 juta tidak aktif, 3.8 juta berlebih berat badan dan 1.8 juta adalah gemok.

Dalam tahun 1986 hingga 2006 dianggarkan 1.7 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah pengidap kencing manis dan dianggarkan 4.4 juta penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah berpenyakit darah tinggi.

Banyak juga berlaku salah faham dikalangan kita yang berkaitan dengan penyakit keronik. Di antara andaian itu ialah....kebiasaannya yang berpenyakit adalah orang-orang tua...dah tua memang dah tidak boleh nak elak penyakit...datok saya pun perokok dan gemok tapi panjang umur sampai 90 tahun hidup dan lagi semua orang akan mati...penyakit adalah penyebabnya.


Hari ini adalah tahun 2011, sudah tentu berlaku peningkatan rakyat Malaysia yang mengidap penyakit kronik.
Jadi berapa ramai lah sahaja yang hidup dalam keadaan benar-benar sihat.....Adakah anda juga sihat!

Adakah Anda Gemok ?

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf

Kadang-kadang kita rasa gemok, kadang-kadang kita rasa kurus. Kalau kita rasa kurus tidak apalah. Masalahnya bila kita rasa gemok, bila kita tanya pada kawan-kawan. Dia kata tidak gemok malahan katanya ok lah slim macam itu. Dah cantek katanya lagi.....ha ha ha..........

Anda jangan susah hati..... Nilai lah samada anda betul-betul gemuk dan berat badan berlebihan dengan menggunakan Indeks Jisim Tubuh (IJT).

A. Pengiraan Indeks Jisim Tubuh (IJT) menggunakan formula:
     IJT = Berat Badan (kg)
              Tinggi (m) X Tinggi (m)

B. Kira Ukur Lilit Pinggang (ULP) anda:_______ cm

Catitkan keputusan IJT/ULP anda seperti jadual di bawah:

IJT
STATUS
KOMEN
KEPUTUSAN 
18.5 HINGGA KURANG 23
UNGGUL/SESUAI
SYABAS! Terus amalkan pemakanan sihat dan bersenam

23 HINGGA KURANG 25
BERAT BADAN BERLEBIHAN
Anda berisiko tinggi

Melebihi 25
GEMUK/OBESITI
Anda berisiko sangat tinggi


Ukur Lilit Pinggang:
ULP
STATUS
KOMEN
KEPUTUSAN 
Kurang dari 80cm (wanita)
 Risiko rendah
SYABAS! Terus amalkan pemakanan sihat dan bersenam

Kurang dari 90cm (lelaki)
 Risiko rendah
SYABAS! Terus amalkan pemakanan sihat dan bersenam

Lebih dari 80cm (wanita)
 Risiko tinggi
Ada berisiko tinggi. Anda perlu meneruskan ke panduan-panduan seterusnya

Lebih dari 90cm (lelaki)
 Risiko tinggi
Ada berisiko tinggi. Anda perlu meneruskan ke panduan-panduan seterusnya


Bagi anda yang mempunyai masalah berat badan, pilih jawapan di bawah, tulis di dalam buku catitan dan buatlah tindakan seterusnya.

A. Saya amat ingin mengurangkan berat badan dan yakin akan 
     berjaya.
B. Saya amat ingin mengurangkan berat badan tetapi tidak yakin 
     berjaya.
C. Saya tidak ingin mengurangkan berat badan tetapi bersedia 
     menerima panduan selanjutnya.

Reach your goals, act now and thank you.....

Thursday 6 October 2011

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kos Projek

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi kos keseluruhan projek. Di antara faktor-faktor tersebut ialah :-
1.                  Jenis Bangunan
Jenis-jenis bangunan diperlukan adalah mengikut permintaan klien. Bangunan-bangunan tersebut pula direkabentuk mengikut kehendak klien supaya bangunan tersebut dapat berfungsi, selamat dan selesa untuk digunakan. Faktor inilah seterusnya mempengaruhi keluasan lantai keseluruhan, circulation area, usable area, ancillary area dan ruang-ruang yang tiada kepungan dinding. Faktor-faktor inilah yang menentukan kos kerana setiap klien mahukan pulangan yang menguntungkan sepanjang tempoh hayat bangunan tersebut digunakan. Faktor lain yang diambil kira ialah pemilihan bahan binaan dari segi kualiti, kuantiti dan faktor kos bahan yang dipilih.

Wednesday 5 October 2011

Iklan Pengambilan Pelajar Ke IPMa Sesi Januari 2012

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMa)
"IPMa Pemacu Aspirasi Kerjaya Anda"

Mara sebagai peneraju pelbagai bidang pendidikan di Malaysia mampu melahirkan modal insan yang memenuhi keperluan industri.

Rebutlah peluang untuk bersama kami dengan memohon secara online di:
http://online.mara.gov.my/upimonline

KOLEJ PROFESIONAL MARA
KOLEJ POLY-TECH MARA
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)
INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)
GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE
UNIVERSITI KUALA LUMPUR

Tuesday 4 October 2011

Kueh Tunjuk-Tunjuk

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Budjet ciput, untung besar. Sebab itulah bila menjelang musim perayaan, ramai yang hendak berniaga kueh tunjuk-tunjuk.


Contohnya, jika buat biskut dahlia.
Bahan-bahan:

Tepong jagung 500gm RM 1.60
Telor 1 biji                  RM 0.30
Planta 120gm              RM 2.20
Asen Vanilla 1 botol    RM 1.20
Kesumba Merah         RM 1.50
Acuan Dahlia              RM 5.00
                                                                                    Buah Cheri                  RM 2.00



Jumlah Modal baru RM 13.80 Bahan seperti Asen dan kesumba guna sedikit je....

Setelah diadun, diacu, dibakar dan disusun-susun di dalam balang, didapati jumlah biskut dahlia tersebut adalah 100 keping. Di pasaran 25 keping biskut dahlia harganya ialah RM16.00 Kalau 100 keping dapat


RM 64.00
RM64.00 tolak modal RM13.80, dapat untung lebih kurang RM 50.20 Masa yang diambil untuk membuat kueh ialah 2 jam.

Mana pilihan anda? Hendak buat biskut sendiri untuk menyelamatkan RM50.20...atau pun biarlah habis lebih kurang RM64.00 untuk mendapatkan 100 keping biskut daripada menyelamatkan masa sengang 2 jam untuk memenuhi aktiviti kesukaan anda.

Nak Jadi Akitek Atau Kontraktor

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Masa zaman kanak-kanak main pondok-pondok buat pondok. Bila sudah dewasa, ambil kursus Senibina, buat replika rumah dari sumber alam semula jadi.

 Lama-lama boleh jadi akitek atau kontraktor ke? Boleh! Jawapannya memang boleh.




Sambung belajar, ambil diploma, lepas itu ambil peringkat ijazah pula.
Buat kerja yang berkaitan senibina dan daftar dalam PAM (Persatuan Akitek Malaysia)
Setelah cukup syarat-syaratnya bolehlah jadi akitek.





Kalau jadi kontraktor sudah tentu boleh jadi kontraktor kelas A. Kenalah berdaftar dengan PKK (Pusat Khidmat Kontraktor).


Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...