uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Sunday 15 January 2012

Burung Tekukur Bersarang Di Pokok Pinang Tepi Rumah

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.......
Tidak disangka-sangka, bila burung saya hilang, berganti banyak dan bersarang di pokok pinang sebelah rumah lebih kurang dua depa sahaja dari  dinding rumah. 

Saya telah menanam empat batang pokok pinang. Dua pokok pinang tersebut dipenuhi dengan sarang burung.

Pada mulanya saya sangka jiran sebelah rumah juga beralih hobi memelihara burung. Bila saya tinjau-tinjau, burung tekukur berterbangan dari pokok pinang.

Harap-harap tidak ada sesiapa menyedarinya....dan tidak menjolok sarang-sarang burung tersebut.

Pada hujung minggu, terasa sangat meriah dengan kokokan burung-burung terkukur tersebut di sekeliling rumah. Saya sudah tidak kesunyian lagi .....suara burung tekukur sentiasa menemani saya....he he he....

Lepas ini kalau saya hendak memikat tidak payah lah hendak ke hutan kot. Sambil memasak, basuh kain, mengemas rumah dan berblogging pun  boleh memikat burung....

 http://Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...