uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday 6 January 2012

Laporan Polis Sudah Dibuat Tapi Mana Tindakannya!

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Dalam pukul 9.30 pagi saya sampai ke Balai Polis dan membuat laporan. Beberapa soalan telah dikemukan oleh polis yang bertugas. Salah satu soalan yang paling saya tidak suka ialah pertanyaan berapa harga saya membeli burung tersebut. Kepada sesiapa sahaja, kalau sesuatu barang itu menjadi kesayangan hilang, biarpun harganya dua puluh sen. Tentulah sangat sedih dan mendukacitakan.
Polis yang bertugas tersebut kata, Pegawai penyiasat akan menghubungi saya melalui telefon. Sekarang jam sudah pun menunjukkan pukul 7.00 petang. Satu panggilan telefon pun tiada dari Balai Polis. Ini yang membuatkan perasaan saya tambah bercampur baur antara kesedihan kehilangan burung dan perasaan geram terhadap Polis.  Ini yang membuatkan orang awam enggan ibaratnya malas hendak buat laporan jika berlaku perkara remeh-temeh. 

Bila sesuatu perkara sudah menular baharulah semua buka mata dan pada masa itu semuanya sudah terlambat. Perlukah bersikap demikian? Pihak berwajib hendaklah peka terhadap permasalahan begini supaya orang ramai tidak hilang kepercayaan kepada pihak berkuasa.

Entahlah...semuanya membuat saya resah....resahlah bila seakan-akan terdengar-dengar suara burung itu memanggil. Entah-entah burung saya itu kelaparan dan kehausan...jika pencuri tersebut tidak beri makan dan minum....

Wassalam....
Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...