uD_oGQvuuFIHGuZIYcQOjRhf5n8

Mari kita berkongsi pengalaman,ilmu pengetahuan, gambar, video dan apa sahaja yang terfikir.....

Cara mudah, alaf kini...global

Friday 6 January 2012

Burung Tekukur Kesayangan Dicuri Orang

- See more at: http://www.helperblogger.com/2012/05/add-facebook-like-button-to-blogger.html#sthash.zt4521Ye.dpuf
Jam menunjukkan 5.45 pagi waktu Malaysia. Saat saya menulis entri ini, saya sedang menangis terisak-isak sambil menyika air mata. Hati mana yang tidak sedih, airmata mana yang tidak bercucuran bila burung kesayangan saya dilarikan orang. Mengapa tergamak mencuri burung saya yang saya anggap ibarat “burung dari syurga”. Suaranya, tkur kuk kuk kuk….cukup menghiburkan perasaan saya. Trasa terngiang-ngiang bunyinya….
Saya sendiri tidak tahu mengapa saya tidak boleh tidur malam ini. Pukul 4.45pagi saya bangkit dari pembaringan kerana tidak boleh tidur dan terasa lapar pula. Saya pergi ke dapur masak air dan buat air susu. Saya makan roti dengan bercicahkan air susu. Lepas makan saya masuk kebilik semula. Saya fikir untuk apa saya baring semula sebab memang tidak boleh tidur. Jadi saya mengemaskan buku-buku yang ada dibilik saya.

Tiba-tiba saya dengar burung saya mengelepar. Saya pun kehairanan…dan terdengar juga bunyi motosikal pergi berlalu. Saya pun ke ruang tamu dan meninjau burung saya dari pintu gelongsor hadapan. Alangkah terkejutnya saya bila saya dapati burung tekukur kesayangan saya telah tiada berserta dengan sangkarnya sekali. Tiba-tiba perasaan saya sebak…

Selepas 10 minit kemudian, tiada ikhtiar lain selain daripada mendail 999 untuk menghubungi balai polis. Panggilan saya berjawap dan di sambungkan ke balai polis berdekatan dengan daerah saya. Polis itu menyuruh saya datang buat lapuran polis dan dalam masa yang sama dia akan menghantar polis peronda ke rumah saya. Saya terasa nak marah juga. Mengapa tidak! Polis peronda nak datang ke rumah saya buat apa saya kata. Burung yang orang curi itu sudah dilarikan sepatutnya pergi carilah burung itu.

Situasi demikian menyebabkan air mata saya bercucuran….Polis yang menjawap panggilan saya tadi menyerahkan gagang talipon kepada kawannya untuk memujuk saya. Dia kata kalau sayangkan burung tersebut buat laporan di balai polis. Memang saya nak buat laporan polis dalam pukul 8.00 pagi nanti…

Tolonglah siapa yang ambil burung saya tadi pulangkan….tolonglah….
Petuapaje.blogspot.com

No comments:

Jangan Lepaskan Peluang.....Bertindak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...